Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Betul Membrek Kereta dengan ABS?
Autotainment

#ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Betul Membrek Kereta dengan ABS?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/02/20192 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APABILA memandu atas permukaan jalan licin, brek dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) memberi manfaat besar kepada pemandu, tetapi kita perlu tahu cara yang betul menggunakan sistem itu. Di Malaysia, ABS mula menjadi ciri wajib apabila Kerajaan menyaratkan setiap kenderaan penumpang baharu perlu dilengkapkan Kawalan Stabiliti Elektornik (ESC) bermula Jun 2018. Apabila ada ESC, maka ABS juga ada.

Selaku pemerhati industri automotif, sudah tentu kami di PanduLaju sentiasa menyokong kuat atas sebarang usaha menjadikan teknologi ini sebagai ciri keselamatan wajib untuk semua jenis varian kenderaan.

Sistem ABS menggunakan bantuan elektronik untuk mengoptimumkan kecekapan membrek, sekali gus menambah baik aspek keselamatan kenderaan jika dibandingkan dengan kereta tanpa ABS yang bergantung sepenuhnya kepada  keupayaan pemandu.

BACA >>> Tentang Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Yang Perlu Anda Tahu

Hari ini, ramai pengguna tahu kereta mereka memiliki ciri ABS, tetapi ramai pula yang masih kurang memahami fungsi dan cara sistem tersebut bekerja.

Ringkasnya begini, sensor ABS dipasang pada roda untuk mengenal pasti sama ada pemandu dalam situasi terkunci ketika membrek. Sekiranya roda terkunci, injap hidraulik dilepaskan untuk mengurangkan tekanan membrek secara perlahan-lahan supaya situasi tersebut tidak berlaku.

Bahagian elektronik pula berfungsi membrek secara mengepam berkali-kali, yakni situasi yang sama seperti pemandu mengepam pedal brek (tekan-lepas-tekan-lepas) secara manual untuk  mengelak roda terkunci. Kaedah begini membolehkan pemandu mengekalkan kawalan stereng yang hampir mustahil dilakukan pemandu kereta tanpa ABS.

Cara mengetahui bilakah sistem ABS diaktifkan adalah apabila kaki merasai kesan getaran atau denyutan pada pedal brek ketika membrek. Sesetengah kereta dilengkapkan dengan sistem keselamatan bersepadu seperti tali keledar pra-tegang (pre-tensioner), dan signal henti kecemasan (ESS) yang kedua-duanya akan diaktifkan apabila pemandu membrek kecemasan.

JANGAN MEMANDU SEMBARANGAN

Bagaimanapun, ABS bukan jaringan keselamatan yang tidak dapat ditembusi dan bukan pula alasan untuk kita memandu secara berbahaya dengan mengekor rapat kenderaan depan. Betul, ABS memang membantu mengurangkan jarak membrek, tetapi kita tetap perlu mengekalkan jarak selamat supaya tidak perlu mengaktifkan ABS. Malah, respon ABS juga bergantung kepada kualiti dan kondisi tayar.

Ingat, ABS juga tidak dapat bekerja cekap atas permukaan jalan basah atau licin. Jadi kelajuan kenderaan adalah perkara penting yang perlu diambil berat. Sila perlahankan kenderaan jika memandu ketika hujan, banjir atau jalan basah.

MEMBREK TANPA ABS?


Jika memandu kereta tanpa ABS dan terpaksa membrek kecemasa, kita berdepan risiko roda terkunci hingga menyebabkan kereta menggelincir dan menghentam sebarang objek sekeliling. Ini berlaku kerana stereng tidak lagi dapat mengawal arah tuju kereta.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Brek Dram Masih Relevan Walaupun Sudah Lebih 100 Tahun?

Situasinya, jika roda terkunci dalam kedudukan lurus, kereta akan menghentam kenderaan depan. Jika terkunci ketika stereng membelok, kereta boleh berpusing-pusing dan melanggar pembahagi jalan atau objek sekeliling lain.

Jadi, cara menghentikan kereta tanpa ABS supaya tidak menggelincir adalah dengan mengepam pedal brek bertalu-talu secara tekan-lepas-tekan-lepas hingga berhenti. Cara ini sebenarnya cuba meniru bagaimana sistem ABS bekerja. Ingat, anda perlu sentiasa melihat arah tuju kereta dan cuba untuk tidak panik jika tidak mahu roda kereta terkunci hingga menyebabkan nahas.

MEMBREK DENGAN ABS?


ABS ialah antara teknologi keselamatan kenderaan mengagumkan yang banyak membantu menyelamatkan nyawa pemandu. Itupun kalau kita  faham tentang kegunaan ABS dan tahu juga tentang bagaimanakah menggunakan sistem itu dalam situasi kecemasan (yang ramai tidak tahu).

Manfaat utama sistem ABS adalah membolehkan tekanan brek maksimum dicapai dan pada masa sama pemandu dapat mengawal stereng untuk mengelak perlanggaran. Jadi, kepada pemandu kereta ABS, apa yang perlu dibuat adalah tekan saja pedal brek terus ke lantai dan aksi selebihnya akan dilakukan sistem ABS itu sendiri.

BACA >>> #RetroAuto: Evolusi Sistem Brek, daripada Blok Kayu kepada ABS, EBD dan BA

Paling penting, pemandu kereta ABS perlu tahu bahawa stereng kereta anda sebenarnya masih berfungsi walaupun ABS diaktifkan. Namun, ramai pemandu kereta ABS jadi panik ketika berada dalam situasi cemas dan hanya mampu memandang ke depan hingga terlupa mengawal stereng untuk tidak berlanggar.

Jadi, bagi mengelak situasi terkedu berlaku, pemandu ABS mungkin boleh ikut tip ini, iaitu dengan menjerit ‘BREK’ dan ‘ELAK’. Jeritan yang kuat akan membantu kita lebih fokus selain memberikan cukup masa untuk bertindak betul dan tepat bagi mengelak kereta berlanggar dengan kereta atau objek lain.

SUMBER: AutoExpress

ABS autotainment Roda4 Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) tip
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Jaecoo J5 EV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

    09/07/2026
    McLaren 788HS 2027
    Roda4

    Model Penutup Era Supercar, McLaren 788HS 2027 Diperkenal Hanya 200 Unit,

    09/07/2026

    2 Comments

    1. Shaq on 24/02/2019 09:16

      Kereta yang hanya dilengkapi dengan sistem ABS tetapi tiada sistem keselamatan VSC adakah masih selamat dipandu contohnya Perodua Alza?

      Reply
    2. Pearce on 29/11/2019 22:05

      i also have the same question, my car is axia 1.0 G only equipped with ABS/EBD+BA but no VSC !!!

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.