Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Maksud GT yang Sebenar-Benarnya?
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Maksud GT yang Sebenar-Benarnya?

Han OthmanBy Han Othman11/08/20183 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERNAHKAH anda perasan sesetengah kereta direka sebagai model GT. Misalnyanya Ford Mustang GT, Alfa Romeo GT, Ferrrari GT, Pontiac GT dan banyak lagi.

Tetapi apakah maksud GT sebenarnya? Grup Taliban? Giant Turtle? Garang Teruk?

Sebenarnya, GT bermaksud ‘Grand Touring’ atau ‘Gran Turismo’ . Dalam terma Itali, Gran Turismo merujuk kepada kereta yang dibikin untuk mampu dipandu secara jarak jauh dengan selesa dan penuh gaya. Banyak GT moden didatangkan dengan kit badan seperti spoiler atau set tambahan lampu utama yang tiada pada model asas lain.

BACA >>> Kembara Ford GT Merentasi Jalan Lautan Atlantik Ini Pasti Buat Anda Terpesona

Sementara itu, banyak kereta GT dihasilkan sebagai kenderaan prestasi tinggi dengan ciri keselesaan tambahan seperti sistem suspensi lembut atau kerusi kulit. Tipikal kereta GT juga lebih besar dan berat berbanding kereta sport biasa. Apa yang pasti, model-model GT lebih menumpukan kepada aspek prestasi dan keselesaan.

SEJARAH GT

Alfa Romeo GT 1300 Junior (1969)
Ferrari 288 GTO (1984)
Lancia Delta GT (1989)

Model GT asli diperkenalkan pada awal abad ke-20 oleh pengeluar seperti Alfa Romeo, Ferrari dan Lancia. GT kemudian pantas meraih populariti di kalangan peminat automotif Amerika Utara dan Eropah.

Selepas berakhir era kenderaan tanpa kuda pada penghujung abad ke-19 yang menyaksikan bermulanya industri pembuatan kereta, gaya hidup manusia turut berubah. Justeru buat pertama kali mereka dapat bergerak lebih jauh daripada biasa sama ada untuk urusan tertentu ataupun sekadar bersantai atau mengembara.

Rekabentuk kereta turut berubah sepanjang tempoh berkenaan yang menjadi semakin mewah dan selesa, serta bukan sekadar kemudahan bergerak dari A ke B. Ada banyak versi GT dikeluarkan seperti GTO (GranTurismo Omologato) dan GTS (yang memberikan pelbagai maksud seperti Gran Turismo Spider, Sport, atau Special).

SUMBER: CarCoversDirect

apakah maksud GT autotainment Gran Turismo Grand Touring GT kereta GT maksud GT tahukah anda
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026

3 Comments

  1. Fahmi on 14/11/2017 20:22

    Saya nak tanya, kenapa kereta tengah drive tiba-tiba seakan mati sekejap, hidup kembali around 2 or 3second. lampu sensor pada meter pun menyala that time and mati kembali. 100km perjalan lancar kadang-kadang jalan stuck maybe around 2,3 time this happen. Mohon pencerahan kereta honda fd2 tahun 2012.

    Reply
  2. Vtecyo on 02/09/2020 09:56

    Kene refer pomen tuan

    Reply
  3. nazri on 07/09/2020 22:56

    good sportcar injasteber….. good idea is for live!

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

By Shazwan Hisam03/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.