Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah ‘Chicken Strips’? Pantang Besar Buat Si Hati Kering!
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah ‘Chicken Strips’? Pantang Besar Buat Si Hati Kering!

Suffian XBy Suffian X12/01/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


‘CHICKEN STRIPS’? Apa benda ni, makanan ke? Bukan brader. Istilah ini lebih sinonim dengan selekoh, dan juga merujuk kepada indikator tahap keberanian seseorang penunggang big bike ‘meleper’ ketika mengendalikan jentera tercinta. Dalam istilah susah faham tetapi mesra, bermaksud ketidakmampuan penunggang mengambil selekoh pada halaju tinggi. Ini akan menyebabkan sudut miring motor lebih menegak, sekali gus meninggalkan kesan ‘chicken strips’ pada tayar.

Dalam istilah kasar pula, senang cerita, brader macho bawak big bike tak berani nak corner laju-laju dan tepi tayar masih penuh dengan kompaun getah yang masih dara. Brader pakai motor 1000cc pun tak guna kalau tayar penuh chicken strips lagi. Maka dah tentu brader pun akan jawab balik, suka hati gualah nak beli apa pun, dah itu duit gua!

BACA >>> 5 Motosikal Kuasa Tinggi yang Mesra Penunggang Novis

Di sini, kami mencadangkan apa saja metod dan kelas jentera kita, silalah berlapang dada dan janganlah berselisih faham pasal perkara kecil. Berikut beberapa fakta dan auta menarik berkenaan ‘Chicken Strips’:

1. KESELAMATAN

Balik trackday memang tayar selalu macam ni!

Bagi kebanyakan penunggang big bike Malaysia, sesi konvoi ke Genting, Bukit Tinggi, Kuala Kelawang, Lebuhraya Karak, Pos Betau, Simpang Pulai dan lain-lain seakan menjadi acara wajib hujung minggu dengan matlamat berkumpul sambil menghilangkan ‘chicken strips’ tayar masing-masing. Apapun niat brader, faktor keselamatan dan undang-undang jalan raya perlu dititikberatkan sepanjang misi konvoi tersebut.

Penunggang yang berusaha menghilangkan ‘chicken strips’ di jalan raya awam sentiasa mengundang risiko bahaya yang sangat tinggi terhadap keselamatan sendiri dan orang lain. Tindakan itu bukan saja sangat bahaya, tetapi juga kurang cerdik (baca: bengap). Kalau brader layan Karak siap pakai sut lumba, jangan tipulah kata ride santai-santai je.

BACA >>> Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini

Terlalu fokus untuk merebahkan diri demi menghilangkan ‘chicken strips’ seringkali membuatkan kita lalai daripada kemahiran menunggang lain seperti kepekaan (awareness), mengimbas potensi bahaya (scanning), mengawal kadar pecutan (throttling), dan garis tunggangan (riding line). Jangan lupa gaya menunggang agresif juga memerlukan stamina tinggi.

Dari aspek keselamatan, asahlah tayar di trek yang dapat mengurangkan risiko kemalangan kerana persekitaran di situ lebih terkawal. Jadi, rajin-rajinkanlah diri turun trackday. Sudah semestinya malang itu tidak berbau, setidak-tidaknya risiko bahaya dapat diminimumkan tanpa melibatkan pengguna jalan raya lain.

2. SAIZ TAYAR

Lebih tinggi sesaran (cc), maka secara amnya motosikal itu akan mempunyai saiz tayar belakang lebih besar dan lebih lebar. Logiknya, brader perlu berusaha lebih keras untuk menghilangkan ‘chicken strips’ motor sendiri. Berusaha lebih keras di sini bermaksud tunggangan perlu lebih laju, manakala sudut miring (lean angle) ketika membelok mesti lebih rendah.

Kebiasaannya, motosikal kategori sportbike bersesaran 600cc akan dimuatkan dengan tayar belakang selebar 170-180mm, manakala jentera bersesaran 1000cc akan menggunakan tayar selebar 190mm. Tayar belakang bersaiz 200mm pula lazimnya lebih banyak digunapakai atas trek lumba. Walaupun brader berjaya membereskan ‘chicken strips’ tayar belakang, tetapi belum tentu tayar depan dapat dibereskan dengan mudah kerana lebih payah.

Teknik kawal balas (counter steer) perlu dilatih berulang kali ketika mengambil selekoh, khusus untuk ‘chicken strips’ tayar depan. Tetapi pada masa sama perlu berhati-hati, salah counter steer, brader yang tergolek nanti.

Seperkara lagi, tayar yang lebih lebar itu adalah lebih stabil ketika mengambil selekoh pada halaju tinggi dan lebih memberi keyakinan buat penunggang agresif.

BACA >>> Tayar Prestasi Tinggi – Tips Pemilihan Saiz & Jenis Tayar Sesuai

3. SPESIES JENTERA

Tak payah nak bersungguh sangat, bang!
Pakai sander pun boleh! Haha

Kelincahan dan berat juga menjadi faktor yang mempengaruhi aspek pengendalian motosikal berkuasa tinggi. Bagi segmen lain seperti cruiser/easy rider, lebih sukar membelok dalam kelajuan tinggi kerana fizikal motosikal jenis itu didatangkan dengan badan berat,  manakala hendal dan fork pula lebih panjang.

Jika brader pernah tunggang Harley Davidson, pasti terlintas di fikiran betapa mustahil motosikal jenis itu hendak dibawa meleper di tempat-tempat popular. Itu ada pengecualian, jangan memandai pula gelakkan mereka sebab tayar ada ‘chicken strips’. Kalau brader kena pelangkung, abang tak nak bertanggungjawab. Cukuplah kita panggil mereka sebagai brader ganas dan macho saja.

4. TAYAR AKU MAHAL

Apa yang kecoh sangat pasal ‘chicken strips’? Memanglah kecoh sebab harga tayar mahal! Biar alah membeli menang memakai. Rugi kalau tayar tidak sekata dan tidak dilenjan seoptimum mungkin. Selain itu, ‘chicken strips’ bolehlah dijadikan penanda aras bagi mengukur ketajaman skil mengambil selekoh. Serupa macam skil memotong sayur. Semua orang boleh memotong sayur. Ramai juga yang boleh memotong laju-laju. Tetapi jarang sangat orang yang boleh memotong laju, tepat dan halus. Faham tak perumpamaan abang bagi ni?

BACA >>> 5 Alasan Ini Mungkin Buatkan Anda Tidak Jadi Beli Superbike!

Begitulah impak emosi yang mengganggu rata-rata pemilik motosikal bertayar Pirelli Supercorsa, Battlax R10 dan jenama lain yang menggunakan kompaun sederhana atau lembut. Bagi kebanyakan penunggang yang memilih tayar berkualiti, keyakinan ketika menunggang amat penting. Tayar perlu diasah di jalanan bagi mengekalkan bentuk bulat asal untuk penggunaan optimum.

Ada sesetengah pemilik motosikal berkuasa tinggi sanggup menolak jemputan konvoi ke lokasi yang jalannya lebih banyak lurus daripada bengkok. Ada pula yang sudah tidak berminat ke mana-mana. Cukup hanya membelasah trackday saja. Apapun, tepuk dada tanyalah selera.

Tayar lebih makan tengah, dan bersegi! Ramai akan cuba mengelakkan tayar jadi begini.
apakah chicken strips autotainment berani big bike chicken strip motosikal besar motosikal kuasa tinggi roda2 sportbike tip
Suffian X

    Artikel Berkaitan

    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.