Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»5 Motosikal Kuasa Tinggi yang Mesra Penunggang Novis
Roda2

5 Motosikal Kuasa Tinggi yang Mesra Penunggang Novis

Suffian XBy Suffian X29/06/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MEMILIH dan menunggang motosikal kuasa tinggi atau big bike bukanlah hal mudah, terutama buat mereka yang baru mula hendak berminat. Ramai penunggang muda atau kurang pengalaman masih mencari dan tertanya apakah jenis, kategori dan harga motosikal besar impian mereka. Hati pula berkobar-kobar dek teracun gaya hidup rakan-rakan yang sudah berjaya melamar big bike masing-masing.

Apapun, tahniah dahulu kepada mereka yang dapat menahan nafsu dan poket daripada memilih jentera pertama hanya berdasarkan jenama, populariti dan prestasi tinggi. Sebaliknya lebih mementingkan aspek pengalaman, keselamatan dan keserasian gaya tunggangan.

BACA >>> 5 Motosikal Paling Mahal yang Anda Boleh Beli Online di Malaysia! [untuk Orang Kaya Sahaja]

Kami sentiasa menyokong mana-mana penunggang baru yang meletakkan aspek pengendalian sebagai kriteria utama membeli motosikal besar. Mesti kena banyak membaca dan buat kajian sendiri supaya keputusan yang diambil tidak dipengaruhi kawan (dan setan). Apatah lagi keputusan itu hanya bersandarkan gaya dan nafsu dunia semata-mata. Ingat, nyawa kita semua cuma ada satu kecuali Catwoman (ada tujuh).

Di bawah ini kami senaraikan 5  motosikal besar mesra novis:

1. KTN RS3

Asalnya, model ini ialah model tunggal 250cc bagi kategori touring bike. Tetapi kelibat KTN RS3 (lebih dikenali sebagai CSC Cyclone RX-3) di peringkat antarabangsa mula disaingi Honda CRF250 Rally dan Kawasaki Versys X250 yang jelas menunjukkan segmen touring bike semakin mendapat tempat di hati peminat. Model yang mirip BMW GS ini boleh diklasifikasikan sebagai mesra novis dengan harga sekitar RM13,500.

2. BARISAN SIRI HONDA CB500

Honda memperkenalkan 3 jenis varian CB500 dalam bentuk CB500F (naked), CBR500R (sportbike/fairing) dan CB500X (touring). Barisan jentera berkuasa 43hp ini menawarkan opsyen ABS (Sistem Brek Anti-Kunci) dengan tinggi pelana sekitar 779mm yang cukup membantu pengendalian. Semua model ini dapat dimiliki pada harga bermula RM31,000 – RM36,000, bergantung kepada varian dan aksesori dipilih.

BACA >>> Honda CBR500R, CB500F dan CB500X Sambut 2018 dengan Wajah Serba Baharu

3. HONDA REBEL 500

Model Honda kategori cruiser ini suatu masa dulu seakan dianaktirikan. Namun kini melalui fasa penambahbaikan agresif demi menambat semula hati peminat. Menariknya, model Rebel 500 edisi baharu ini menawarkan variasi gaya dan personaliti istimewa kepada penunggang baru yang mengidamkan motosikal berkuasa besar dengan ciri pengendalian yang mesra dan selesa. Peminat boleh memiliki model ini pada harga sekitar RM32,000.

BACA >>> Honda Rebel 2017 Kini di Malaysia

4. FAMILI KAWASAKI NINJA < 400CC

Kawasaki Ninja 300

Jentera aras mula atau entry-level dalam kategori sportbike ini sering menjadi tajuk utama di serata sesi tunggang uji peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Sesuai dijadikan jentera suai kenal yang mantap sebelum mengasah tayar dengan jentera bersesaran 600cc ke atas (seperti Ninja ZX6R, Ninja ZX10R atau Ninja H2) yang jelas berada pada tahap lain yang sangat berbeza. Harga famili Ninja ini adalah sekitar RM27,000.

BACA >>> Perbandingan Spesifikasi Ninja 250

5. YAMAHA YZF-R25

Dengar sahaja Yamaha, jenama itu begitu sinonim dengan legenda MotoGP. Siapa lagi kalau bukan encik Valentino Rossi. Memang diakui nama Rossi itu sendiri mempengaruhi ramai peminat tegar al kuda tua dari Itali itu dalam memilih Yamaha sebagai motosikal pilihan mereka tanpa mengira kelas, sama ada kapcai, skuter ataupun motosikal berkuasa tinggi.

Begitu juga jentera entry-level kelas sportbike seperti Yamaha YZF-R25 ini, yang mana Rossi dijadikan ikon untuk menonjolkan ciri agresif, kemantapan dan keberanian si penunggangnya.

YZF-R25 tidak kurang hebat jika mahu dibandingkan barisan jentera handalan Kawasaki. Isunya cuma posisi tunggangan sportbike Yamaha yang agak radikal dan lebih ke arah mod perlumbaan yang kadangkala membuatkan si penunggang kurang selesa.

Namun, ada ramai saja penunggang di luar sana yang sangat sukakan rekabentuk seperti ini (termasuk tuan penulis yang bijaksana). Jentera agresif dan berkuasa serta mudah dikendalikan adalah antara faktor yang meletakkan YZF-R25 terpilih sebagai jentera yang mesra novis. Harga pula sekitar RM 21,000.

BACA >>> Langkah Pertama ke Dunia Sportbike: Modenas Pulsar RS200 vs Yamaha YZF-R25

big bike big bike untuk novis motosikal besar motosikal kuasa tinggi motosikal untuk novis roda2 sportbike tip
Suffian X

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026

    1 Comment

    1. Towing Motor on 05/09/2020 11:36

      Article yang amat bagus buat para penunggang. Moto Aid Malaysia (bantuan Towing Motosikal 24jam ) sentiasa support semua bikers yang perlukan pertolongan… 016-3778183 / 017-4387101

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.