Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Itu Agihan Brek Elektronik (EBD)?
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Itu Agihan Brek Elektronik (EBD)?

Han OthmanBy Han Othman02/04/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANDA mungkin fikir sistem brek kereta secara relatif ialah sangat ringkas. Tanggapan tersebut betul jika itu hanya brek konvensional jenis dram tanpa Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).  Namun kenderaan moden masa kini sudah siap didatangkan dengan sistem brek termaju. Malah Malaysia sendiri sudah mewajibkan ciri ABS dan Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) untuk kenderaan penumpang sebagai syarat jualan pasaran tempatan.

Asasnya, sistem brek moden hari ini menumpukan kepada teknologi yang dapat menghalang brek daripada terkunci, mengagihkan daya brek sama rata kepada keempat-empat tayar dan menggunakan brek untuk membantu pemandu mengawal kenderaan lebih baik.

BACA >>> #RetroAuto: Evolusi Sistem Brek, daripada Blok Kayu kepada ABS, EBD dan BA

Artikel kali ini akan membincangkan tentang satu lagi teknologi brek kenderaan, dinamakan Agihan Brek Elektronik (EBD) yang kini dikombokan bersama ABS dan semestinya dibangunkan untuk meningkatkan keselamatan pemandu, terutama ketika berlaku situasi kecemasan.

APAKAH EBD?

Agihan Brek Elektronik (EBD) ialah subsistem kepada ABS dan ESC. Teknologi ini menggunakan ESC dan ABS untuk mengenal pasti agihan daya brek yang sesuai untuk keempat-empat roda ketika pemandu menekan brek.

EBD juga menggunakan sensor rewang (yaw) untuk mengesan olengan dan anggulan (roll and pitch) ketika membelok. Katakan kereta membelok ke kanan dan mengalami olengan sisi, yang mana sudut miring lebih bertumpu kepada tayar kiri dan menyebabkan berat kenderaan beranjak ke tayar kanan.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Betul Membrek Kereta dengan ABS?

Dalam senario ini EBD akan melaraskan agihan daya brek kepada tayar luar (tayar kiri), dan mengunci tayar dalaman (tayar kanan. Lihat video di bawah untuk pemahaman:

EBD juga membantu menambah baik pengendalian kenderaan. Jika memandu terlalu laju di selekoh dan mula mengalami insiden belokan kurang (understeer), iaitu situasi stereng dipusing, tetapi kenderaan gagal mengikut arah putaran stereng, di sini sistem EBD akan mengaktifkan input brek mengikut keperluan roda.

Maknanya, sistem akan mengenakan brek pada tayar yang kurang traksi atau cengkaman, dan menyerap tork bagi memulihkan kawalan kenderaan. Sistem ini bekerja cukup pantas dan cekap hingga kebanyakan pemandu sendiri tidak dapat mengesan bagaimana ia beroperasi. Ini kerana EBD bekerja secara automatik setiap kali brek ditekan.

ADAKAH SEMUA KERETA HARI INI MENAWARKAN EBD?

Ya, boleh dikatakan begitu. Lebih-lebih lagi jika sesebuah model itu dilengkap teknologi ABS dan ESC, serta boleh dianggap sebagai teknologi tiga sekawan – ABS, ESC dan EBD. Agak janggal, pelik dan patut dijauhkan jika masih ada pengeluar yang gagal melengkapkan teknologi tiga sekawan ini. Malah, Perodua Myvi paling asas, iaitu versi manual pun turut dilengkapkan dengan teknologi ini.

Sila baca pautan di bawah ini untuk memudahkan lagi pemahaman anda:

BACA >>> Apakah Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Propaganda Jualan atau Ciri Keselamatan?

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) yang Perlu Anda Tahu

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

SUMBER: AutoGuide

Agihan Brek Elektronik (EBD) autotainment EBD Electronic Brake Distribution (EBD) sistem keselamatan
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.