Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Beza PKPB, PKPD, PKPDB dan PKPP? (Jangan Pening!)
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Beza PKPB, PKPD, PKPDB dan PKPP? (Jangan Pening!)

Han OthmanBy Han Othman12/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MENTERI Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri semalam mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur bermula 14 hingga 27 Oktober 2020.

Ada yang sudah lupa mengenai syarat PKPB, dan ramai juga yang keliru dengan penguatkuasaan lain seperti PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan), PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat) dan PKPDB (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat Bersasar).

Jom kita huraikan satu-persatu.

PKPD: Kawalan pergerakan penuh. Tiada pergerakan dibenarkan dan dilaksanakan jika kes menular tinggi secara berselerak dan sukar dikawal.

PKPDB: Kawalan pergerakan penuh di kawasan setempat terpilih yang terbabit kes Covid-19 seperti di kampung, asrama, dan perumahan dalam radius tertentu. Sama seperti PKPD, cuma kawasan penguatkuasaan lebih kecil.

PKPB: Kawalan pergerakan yang lebih longgar daripada PKPD dan PKP dengan mengehadkan perhimpunan di majlis, acara atau aktiviti sosial, manakala sektor ekonomi masih dibenarkan beroperasi seperti biasa dengan mematuhi prosedur standard operasi (SOP) ditetapkan.

Masa operasi perniagaan juga dihadkan dan ada campur tangan pihak berkuasa seperti sekatan jalan raya, dan pemantauan premis ke premis.

PKPP:  Tiada lagi kawalan ketat pihak berkuasa seperti sekatan jalan raya. Orang ramai disarankan mematuhi SOP dengan menjaga penjarakan sosial, memakai pelitup muka di kawasan tumpuan ramai dan kerap mencuci tangan.


KENAPA KENA PKPB?

Berikut penjelasan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah tentang kenapa PKPB perlu dilaksanakan di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur pada 14 Oktober ini.


APA TAK BOLEH BUAT SEPANJANG PKPB?

Jadi untuk PKPB pada 14 hingga 27 Oktober ini, kita masih boleh bekerja seperti biasa dengan mengikuti SOP penjarakan sosial dan sentiasa cakna dengan perkembangan baharu diumumkan Kerajaan. erikut enam perkara yang tidak boleh dilakukan sepanjang PKPB.

  • Hanya dua orang daripada sebuah rumah dibenarkan keluar unuk beli barangan keperluan
  • Masjid dan surau, serta rumah ibadat bukan Islam ditutup.
  • Tiada aktiviti kelab malam dan pusat hiburan.
  • Tiada aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya, termasuk majlis kenduri perkahwinan dan pertunangan,
  • Semua sekolah, institut pengajian tinggi (IPT), pusat tahfiz, institut kemahiran, tadika, taska, taman awam dan rekreasi ditutup.
  • Tiada pergerakan keluar-masuk rentas daerah. Perlu ada pas kerja atau surat kebenaran kerja daripada majikan.
Auto Terkini Datuk Dr Noor Hisham Abdullah PKPB PKPD PKPDB PKPP tahukah anda
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

08/07/2026
Auto Terkini

Chery x Robert Lewandowski Raikan Demam Bola Sepak, Tempah Kereta Dapat Jersi Edisi Terhad

08/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

By Shazwan Hisam03/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.