Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: 5 Litar Lumba Paling Banyak Ragut Nyawa di Dunia
Auto Terkini

#TahukahAnda: 5 Litar Lumba Paling Banyak Ragut Nyawa di Dunia

ZYBy ZY19/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ARTIKEL sebelum ini kami ada berkongsi serba ringkas tentang seni pembinaan sesebuah litar lumba yang sangat mementingkan aspek keselamatan, tanpa mengabaikan nilai estetika trek, keterujaan penonton dan tahap cabaran dihadapi penunggang.

Namun, faktor bahaya tidak dapat dielakkan dalam sukan permotoran. Malah beberapa bahagian atau kondisi litar itu sendiri yang membuatkan sesuatu trek lumba itu lebih bahaya berbanding litar lain.

Di manakan litar paling bahaya dan paling banyak meragut nyawa pelumba di dunia?

BACA >>> Di Sebalik Seni Litar Lumba: Bukan Sekadar Trek Lurus dan Selekoh, Mesti Emosional!

1. SPA-FRANCORCHAMPS, BELGIUM

Di litar inilah dua pelumba Formula Satu (F1) dari Britain, Chris Bristow dan Alan Stacey maut akibat hilang kawalan di selekoh Burnenville pada GP Belgium 1960. Sehari sebelum itu, Stirling Moss (mungkin ada yang mengenali nama ini daripada Mercedez Benz SLR edisi khas Stirling Moss) terlibat dalam kemalangan di selekoh sama yang mematahkan tulang kedua-dua belah kakinya, termasuk beberapa tulang rusuk.

Sehingga kini, sebanyak 48 pelumba tanpa mengira kejuaraan perlumbaan terkorban di litar tersebut.

2. AUTODROMO NIZIONALE MONZA, ITALI

Litar Monza adalah antara litar perlumbaan kekal tertua di dunia sejak pembukaan pada 1922, hampir 100 tahun! Bukan saja tertua, litar itu juga terkenal sebagai paling berbahaya di dunia.

Dengan trek lurus panjang dan selekoh laju, kelajuan maksimum setinggi 372kmj mampu dicapai jentera F1. Litar ini menyaksikan korban sebanyak 52 pelumba dan 35 penonton.

Walaupun sering diubah suai untuk penambahbaikan dalam aspek keselamatan penonton, termasuk mengurangkan halaju selekoh, litar tersebut masih dikritik pelumba moden kerana kurang ruang babas aka run-off , terutama selekoh Turn 4 (Variante della Roggia).

BACA >>> Terengganu Cadang Bina Litar Lumba Kedua di Kemaman

* Run-Off – Kawasan atau ruang khas di bahagian trek tertentu, terutama selekoh, yang dibina untuk menahan impak akibat terbabas.  

3. CIRCUIT DE LA SARTHE, PERANCIS

Perlumbaan 24 Hours of Le Mans, yang bertempat di Litar de la Sarthe, adalah antara perlumbaan terkenal dunia. Litar ini turut menyaksikan berlaku insiden terbesar dalam sejarah sukan permotoran.

Pada 11 Jun 1955, seramai 83 penonton dan pelumba, Pierre Levegh terkorban apabila pelumba itu merempuh jentera pesaing, Lance Macklin dan melayang masuk ke kawasan penonton. Kemalangan itu turut menyebabkan kecederaan ke atas lebih 120 penonton.

Le Mans turut merekodkan begitu banyak angka kematian di kalangan pelumba. Kepenatan, kelajuan tinggi dan kesesakan atas litar adalah antara punca utama kemalangan berlaku di litar berkenaan. Apa tidaknya, dengan trek lurus sepanjang 6km yang membenarkan pelumba memecut lebih 400kmj.

Litar Le Mans kini sudah diubah suai dengan menambah dua selekoh chichane bagi mengehadkan purata kelajuan maksimum sekitar 330kmj sahaja.

* Selekoh chichane – Selekoh yang dibina untuk mengurangkan kelajuan atas aspek keselamatan.

4. NURBURGRING NORDSCHLEIFE, JERMAN

Litar legenda yang terkenal dengan gelaran ‘The Green Hell’ atau ‘Neraka Hijau’ itu memiliki trek sepanjang lebih 20km dan kira-kira 73 selekoh (ada mendakwa 154 dan 179 selekoh, angka ini masih dibahaskan).

Jumlah selekoh, kepelbagaian permukaan dan keadaan cuaca yang sukar diramal menjadikan litar tersebut sangat sukar ditempuh. Dengan yuran masuk sangat rendah, hanya €24 (sekitar RM110) untuk sepusingan, ini menjadikan Nurburgring sangat bahaya kerana ramai pemandu dan penunggang amatur menganggap diri mereka sudah faham benar selok belok litar berkenaan. Faktanya, sepanjang sesi perlumbaan awam sahaja, dianggarkan kira-kira 3-12 kematian berlaku setiap tahun!

BACA >>> Selangor Akan Ada Litar Lumba Baharu Seluas 20 Ekar di Gombak

5. ISLE OF MAN TT, BRITAIN

Walaupun senarai dalam artikel ini tidak mengikut turutan, tetapi tidak dapat dinafikan takhta litar paling bahaya di dunia dipegang Isle of Man TT. Litar ini terdiri daripada jalan raya desa dan pekan selorong yang dikelilingi tembok batu, cerun curam dan juga kediaman penduduk.

Motosikal yang berlumba di sini mampu mencapai kelajuan hampir 300kmj dan disukarkan lagi  dengan pelbagai cabaran seperti 200 selekoh tajam dan sempit, serta jalan berbukit. Jadi faktor bahaya di sini berkali ganda lebih tinggi berbanding litar lumba lain. Sehingga kini, angka kematian akibat kemalangan di Isle of Man TT mencapai lebih 250 kes!

BACA >>> Litar KymiRing di Finland Siap Sepenuhnya, Akan Masuk Kalendar MotoGP 2020!

24 Hours of Le Mans Daihatsu DN Trek de la sarthe isle of man tt Le Mans litar bahaya litar lumba monza nordschelife Nürburgring spa franchorcamp trek
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
LaLaport Transportation Hub (LTH)
Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

20/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.