Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»TERKINI! Loke Arah JPJ Buka Semula Sistem Tukar Milik Online Hari Ini Juga!
Auto Terkini

TERKINI! Loke Arah JPJ Buka Semula Sistem Tukar Milik Online Hari Ini Juga!

Han OthmanBy Han Othman25/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

TIDAK sampai 24 jam digantung, sistem tukar hak milik kenderaan secara dalam talian (online) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini akan dipulihkan serta-merta.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengesahkan perkara itu sebentar tadi selepas mengadakan perbincangan dengan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berikutan laporan mengenai penggantungan perkhidmatan pagi tadi.

Logo JPJ

Dalam kenyataan itu, Loke menjelaskan JPJ memaklumkan kepada Kementerian, penggantungan itu dibuat kerana wujud penyalahgunaan dan aktiviti penipuan dalam sistem yang mengakibatkan liabiliti dan memerlukan penambahbaikan segera.

Bagaimanapun, saya sudah menasihatkan JPJ untuk memastikan kerja penambahbaikan sistem tidak mengganggu urusan harian pengguna biasa atau menyebabkan kesesakan besar di pejabat JPJ,” kata Loke.

Sehubungan itu, JPJ bersetuju untuk mengembalikan serta-merta perkhidmatan tukar milik online tersebut.

Ini bermakna platform seperti portal MySIKAP JPJ, kiosk, MyEG dan eAuto Sdn Bhd yang digantung pada pagi 25 Mei akan kembali beroperasi seperti biasa dalam masa terdekat.

Selepas Ini, Naik Taraf Hanya Waktu Cuti Panjang

Cara tukar nama pemilik secara online dan JPJ

Bagi mengelakkan kekeliruan berulang, Loke turut menetapkan garis panduan baharu.

Sebarang penggantungan sistem pada masa depan untuk kerja-kerja naik taraf hanya akan dilaksanakan pada hujung minggu panjang akan datang untuk meminimumkan gangguan,” katanya.

Langkah itu dilihat sebagai jalan tengah kerana JPJ tetap boleh memperbaiki kelemahan keselamatan sistem yang menyebabkan tukaran hak milik dibuat tanpa kebenaran pemilik. Namun pada masa sama tidak menyusahkan puluhan ribu pengguna dan pengedar kereta terpakai yang bergantung sepenuhnya kepada sistem online.

Ringkasan Kronologi

  • Pagi 25 Mei: JPJ umum gantung semua tukar milik online (MyEG, eAuto, portal) kerana kes penipuan
  • Petang 25 Mei: Loke masuk campur, arah pulihkan segera
  • Selepas ini: Sistem akan dibuka semula, dan sebarang penyelenggaraan akan dibuat pada cuti panjang sahaja

Kepada pembeli dan penjual, anda boleh meneruskan urusan seperti biasa. Namun, kami menyarankan anda sentiasa semak status pemilikan dalam aplikasi MyJPJ selepas selesai urusan untuk memastikan tiada sebarang aktiviti mencurigakan.

Anthony Loke Datuk Aedy Fadly eAuto JPJ buka semula JPJ MyEG sistem JPJ digantung tukar milik online tukar nama kereta online
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
Auto Terkini

Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

10/07/2026
Auto Terkini

Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

09/07/2026
Auto Terkini

BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

09/07/2026
Auto Terkini

Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

08/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

By Shazwan Hisam03/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.