Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: 10 Sektor yang DIBENARKAN Buka Operasi 4 Mei Ini
Auto Terkini

#TahukahAnda: 10 Sektor yang DIBENARKAN Buka Operasi 4 Mei Ini

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju01/05/202022 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan sempena Hari Buruh 2020 hari ini membenarkan majoriti sektor ekonomi dan perniagaan dalam negara untuk beroperasi semula bermula 4 Mei ini (Isnin) dengan melakukan beberapa peraturan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Keputusan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tersebut dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Mesyuarat Jemaah Menteri, termasuk mendapat nasihat Kementerian Kesihatan berdasarkan data dikumpul dan amalan terbaik ditentukan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Cuma peniagaan dan aktiviti melibatkan perhimpunan ramai dan sentuhan badan tidak dibenarkan kerana sukar melakukan penjarakan sosial seperti: pawagam, pusat karaoke, pusat refleksologi, pusat hiburan, kelab malam, taman tema, bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, karnival jualan dan semua bentuk persidangan dan pameran.

BACA >>> PM: Tak Boleh Rentas Negeri Balik Raya Tahun Ini!
BACA >>> FAQ BNM: Apakah Fakta Penting Moratorium yang Perlu Anda Tahu?
BACA >>> Covid-19: Thailand Pun Longgar Sekatan Pergerakan, Kedai Gunting Rambut Boleh Buka

SENARAI SEKTOR EKONOMI, PERNIAGAAN YANG BOLEH OPERASI 4 MEI INI

Berikut beberapa sektor ekonomi dan perniagaan yang dibenarkan Kerajaan untuk beroperasi bermula 4 Mei (Isnin) ini sepanjang PKPB dengan melakukan SOP kesihatan dan keselamatan ditetapkan:

1. SEKTOR MAKANAN

i. Perniagaan Berpremis

  • Restoran
  • Medan selera/pusat penjaja
  • Gerai makan tepi jalan (berbumbung)/kiosk

ii. Perniagaan/Penjajaan Tanpa Premis

  • Trak makanan (food truck)
  • Penjaja beredar
  • Penjaja tepi jalan (sementara)

iii. Pasar Bangunan

  • Pasar awam berbumbung
  • Pasar borong (Kuala Lumpur sahaja)

iv. Pasar Tanpa Premis

  • Pasar segar terkawal

v. Peruncitan/Serbaneka Makanan dan Minuman

  • Pasar raya mini
  • Kedai runcit
  • Kedai serbaneka
2. SEKTOR SUKAN DAN REKREASI

i. Sukan Prestasi Tinggi

  • Latihan pasukan kebangsaan
  • Latihan peringkat negeri

ii. Sukan Massa

  • Aktiviti sukan secara individu
  • Sukan kecergasan dan rekreasi
  • e-Sukan (e-Sport)
  • Sukan bermotor
  • Riadah dan kecergasan ringan

iii. Operasi dan Pentadbiran Organisasi Berkaitan Sukan

  • Sewaan kemudahan/fasiliti (terhad)
  • Baik pulih, naik taraf dan penyelenggaraan fasiliti

iv. Penganjuran Acara Sukan

3. SEKTOR PENGANGKUTAN

i. Bahagian Udara

  • Perkhidmatan penerbangan berjadual penumpang dan kargo bagi laluan domestik dan antarabangsa
  • Perkhidmatan penerbangan awam dan operasi perniagaan jet peribadi
  • Perkhidmatan lapangan terbang
  • Perkhidmatan pengendalian darat
  • Perkhidmatan kawalan trafik udara
  • Perkhidmatan sekolah penerbangan/kolej penerbangan/latihan penerbangan (sama seperti sektor pengajian tinggi)

ii. Bahagian Maritim

  • Operasi Pelabuhan
  • Perkhidmatan berjadual feri penumpang

iii. Bahagian Awam Darat

  • Operasi perkhidmatan teksi dan e-hailing
    • Menjalankan perkhidmatan mengambil penumpang
  • Operasi perkhidmatan rel penumpang
    • KTMB (ETS, Antara Bandar dan Komuter) Prasarana / Rapidrail (MRT, LRT & Monorel)
    • ERL (KLIA Ekspress & KLIA Transit)
  • Aktiviti perniagaan dan fasiliti awam di stesen

iv. Bahagian Logistik

  • Perkhidmatan freight forwarder dan ejen kastam
  • Operasi lori hauliers
  • Operasi rel barangan
  • Operasi shipping line dan Non Vessel Operating Common Carrier (NVOCC)
  • Operasi kargo udara
  • Aktiviti penstoran (pergudangan, offdock)
  • Operasi Inland Container Depot
  • Operasi servis sampingan kepada pengangkutan melalui darat, air atau udara (tunda,bengkel,bekalan tayar, dan lain-lain)
  • Operasi kurier/e-hailing (penghantaran barangan melalui kenderaan persendirian dan perdagangan)
4. SEKTOR PEMBUATAN

Semua sektor pembuatan.

5. SEKTOR PERKHIDMATAN IKHTISAS & PROFESIONAL

Semua perkhidmatan ikhtisas dan profesional yang menjadi rantaian kepada ekonomi.

6. SEKTOR SOSIAL

Pengurusan Aktiviti Rukun Tetangga (KRT) dan Pengurusan Skim Rondaan Sukarela (SRS).

7. SEKTOR PERUNCITAN
  • Kompleks beli-belah
  • Pasaraya/pasar raya besar
  • Departmental store
  • Farmasi/penjagaan diri
  • Butik/kedai pakaian
  • Kedai serbaneka/pasar mini
  • Dobi ( termasuk layan diri)
  • Kedai pakaian dan aksesori fesyen
  • Restoran
  • Kedai perabot
  • Kedai emas
  • Kedai elektrik dan elektronik
  • Kedai buku dan alat tulis
  • Kedai perkakasan (hardware)
  • Makanan haiwan
  • Bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti
  • Kedai cermin mata dan alat optik
  • Stesen minyak
8. SEKTOR PELBAGAI
  • Kemudahan penginapan berpusat pekerja (CLQ)/hostel/asrama pekerja di sektor pembuatan dan lain-lain sektor.
  • Pemasangan dan penyenggaraan jentera (lif, eskalator, dan lain-lain) bagi sektor perkhidmatan.
  • Pemasangan dan penyelenggaraan kren menara (tower crane) di tapak pembinaan.
9. SEKTOR MINYAK & GAS
  • Penerokaan
  • Pembangunan
  • Pengeluaran
  • Pemprosesan gas
  • Pencairan
  • Penapisan minyak
  • Petrokimia
10. SEKTOR AKTIVITI AR-RAHNU KOPERASI

Semua sektor.

BACA >>> Iklan Motosikal [Siri 1]: Evolusi 100 Tahun Seni Poster yang Unik dan Artistik
BACA >>> Proton Kongsi 3 Tip Jaga Kebersihan Kereta Elak Covid-19
BACA >>> Apa Syarat Keluar Berdua PKP Fasa Keempat Ini?

Auto Terkini autoterkini cara cegah covid-19 Covid-19 Majlis Keselamatan Negara (MKN) Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Mesyuarat Jemaah Menteri Operasi Covid-19 Perdana Menteri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Sektor Boleh Operasi 4 Mei 2020 Tan Sri Muhyiddin Yassin
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BYD Dolphin G DM-i Untuk Eropah, Jarak EV 105 km, Jarak Penuh Lebih 1,000 km!

    10/06/2026
    Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
    Auto Terkini

    Konflik Asia Barat Lonjak Bil Subsidi Bahan Api Malaysia Kepada RM7.5 Bilion Pada April

    10/06/2026
    Auto Terkini

    Indonesia Naikkan Harga Petrol Pertamax RON92 Kepada RM3.64 Seliter Mulai Hari Ini

    10/06/2026
    Auto Terkini

    Ducati Desmo450 EDS Diperkenalkan, Motosikal Enduro Pertama Ducati

    10/06/2026

    22 Comments

    1. shahreal on 02/05/2020 19:21

      Salam sejahtera admin.

      Saya ada perniagaan dalam sektot perabot (saya memiliki kedai perabot). Saya ingin bertanya, perluka saya meminta kebenaran dari MITI untuk beroperasi pada 4 Mei ini?

      Mohon pencerahan dari Admin pandulaju.

      Sekian.

      Reply
      • Abang GYL on 02/05/2020 22:42

        Boleh beroperasi tanpa minta kebenaran

        Reply
    2. Shara on 03/05/2020 00:02

      Salam sejahtera..sector kedai cuci kereta boleh buka ke

      Reply
    3. mohan on 03/05/2020 00:52

      hi..
      saya perniagaan sayur-sayuran di pasar malam.. lepas 4 mei..saya boleh berniaga ke ?

      Reply
    4. kayrool on 03/05/2020 01:11

      salam admin…
      kedai-kedai yang menjual dan membaik pulih
      handset juga dibenarkan beroperasi atau tidak sewaktu pkpb nie? mohon pencerahan sebab takde di sebut pun lagi pun senang nak hantar
      handset yang rosak pergi baiki.

      terima kasih

      Reply
      • Abang GYL on 03/05/2020 19:11

        Boleh

        Reply
    5. Clement Kubin on 03/05/2020 07:42

      Salam sejahtera…saya Dalam sektor pembinaan (membina rumah persendirian Dan ubah Suai rumah) perlukah saya memohon kelulusan Dari pihak miti untuk beroperasi 4hb mei ini.Mohon penjelasan..terima kasih admin pandulaju.

      Reply
      • Abang GYL on 03/05/2020 19:10

        Untuk pembinaan, perlu dapat kelulusan dan juga kelulusan PBT

        Reply
    6. Jaya on 03/05/2020 19:33

      Tolong berikan jawapan secepat mungkin …..kami ingin tahu perniagaan cuci kereta dibenarkan buka pada 4/5/20 kalau tidak bila tarikh kemungkinana boleh dibuka ….atau terpaksa minta kebenaran dari majlis bandaraya …sekian terima kasih

      Reply
    7. Shah on 03/05/2020 19:48

      Salam admin, bagi saya Perkhidmatan pembaikan aircond dan electrik bagaimana ya? Rumah dan bagunan.. Tolong bagi pecerahan admin.

      Reply
    8. Nor Azmi bin Mohd Salleh on 03/05/2020 20:44

      Saya mempunyai kedai Gunting Rambut boleh ke beroperasi 4 Mei

      Reply
      • Abang GYL on 05/05/2020 00:08

        Tidak

        Reply
    9. moon on 03/05/2020 22:02

      hi admin,nak tnya..klu kedai mcm jual bju ,kasut dan sbgainya dibuka tak?

      Reply
    10. hafid bin musa on 04/05/2020 06:52

      Assalam,saya nak tanya kedai gunting rambut boleh buka pada 4 mei.

      Reply
      • Abang GYL on 05/05/2020 00:08

        Tidak

        Reply
    11. Asrizan on 04/05/2020 12:10

      Carwash macam mana? Boleh ke?

      Reply
    12. Sumandip Kaur on 04/05/2020 17:50

      Saya memiliki kedai pakaian baju.boleh saya beroperasi

      Reply
    13. Amirah on 04/05/2020 20:50

      Salam..kalau under laundry service perlu minta kebenaran miti ke utk dibuka pada 4 mei.?

      Reply
    14. Nadia on 08/05/2020 07:16

      Assalamualaikum saya nak tanya carwash ni sektor apa ? Dan boleh ka beroperasi sehingga 1pagi ? Rasa mcm melebihi waktu pkp yg ditetapkan

      Reply
    15. norsalawati saad on 01/06/2020 09:59

      Maaf, sya ingin bertanya, adakah MITI akan mengeluar dan meluluskan sekirnya ingin membuka semula Kelas/Studio Aerobik.

      Reply
      • AO on 02/06/2020 21:19

        Sebarang studio, gim atau kelas berkaitan senaman, zumba, aerobik masih tidak dibenarkan

        Reply
    16. Raptor on 15/11/2020 00:44

      CYBER CAFE DAN PUSAT SNOOKER BOLEH BUKA X MASA PKPB NI

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.