Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Kereta Open Source Ini Mampu Kurangkan Kos Pembuatan dan R&D Serendah AS$3 Juta
Autotainment

Kereta Open Source Ini Mampu Kurangkan Kos Pembuatan dan R&D Serendah AS$3 Juta

Han OthmanBy Han Othman03/03/2016
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

tabby-evo (1) pandulajudotcomdotmy

BUKAN dunia Teknologi Maklumat (IT) dan gajet sahaja menggunakan prinsip sumber terbuka (open source), kini industri automotif juga bakal menggunakan konsep sama dalam menghasilkan kenderaan masa depan. Tabby Evo adalah contoh terbaik. Mari baca…

Antara keperluan pasca bencana alam adalah mencari kenderaan yang sesuai untuk pekerja kecemasan dalam usaha mengangkut mangsa dan menghantar bekalan bantuan ke tempat kejadian. Namun, masalah besar kerap dihadapi ialah terputus akses jalan raya akibat musibah yang berlaku. Sebagai alternatif, pengangkutan udara digunakan sepenuhnya untuk melakukan pelbagai tugas kecemasan sama ada menyelamat dan memindahkan mangsa, serta menghantar bantuan makanan dan pakaian, termasuk membangunkan semula kawasan bencana.

Kebiasaannya, kenderaan utama sepanjang musim bencana ialah jenis pikap atau pacuan empat roda (4WD). Malangnya, tiada apa yang mampu dilakukan jika berdepan situasi seperti akses jalan raya yang musnah teruk atau terputus hubungan akibat bencana seperti banjir atau tanah runtuh.

Jangan risau, kini semua masalah tersebut dapat diatasi dengan Tabby Evo, iaitu kenderaan elektrik yang dapat dihantar dalam bentuk bahagian-bahagian kecil sama ada melalui darat, udara atau air dan dapat dipasang semula dalam masa sejam.

KERETA MASA DEPAN

tabby-evo (4) pandulajudotcomdotmy
tabby-evo (3) pandulajudotcomdotmy
tabby-evo (2) pandulajudotcomdotmy

Tabby Evo ialah versi terkini kereta ‘platform’, iaitu kenderaan elektrik yang dicipta dalam bentuk rangka tidak ubah seperti go-kart yang lengkap dengan frem, suspensi, sistem stereng, brek, kerusi dan roda. Ciri utama kenderaan ini ialah cara pemasangan yang tidak rumit dengan tempoh masa diambil cuma satu jam.

Selain kerja-kerja kecemasan, Tabby Evo juga boleh diaplikasikan sebagai kenderaan syarikat, projek pelajar universiti atau kegunaan individu, di mana kenderaan itu boleh direkabentuk semula dengan mengenakan tambahan pintu, kemasan dalaman dan badan kereta.

Kereta dicipta oleh Tin Hang Liu yang juga merupakan adik kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di firma rekabentuk kereta, OSVehicles, Yuki Liu. OSVehicles mahu menjadikan Tabby Evo sebagai pembuka jalan dalam penghasilan kereta dengan ciri mudah guna.

Yuki Liu berkata, OSVehicles mula berfikir tentang bagaimana mengubah automotif kerana proses pembuatan produk industri selama ini memang sangat kompleks dan tidak berubah sejak sekian lama.

“Latar belakang kami dalam automotif membuatkan kami faham mengenai banyak keperluan inovasi yang diperlukan kerana segalanya dihasilkan dengan cara sama,” katanya.

ILHAM DARIPADA KONSEP SUMBER TERBUKA DUNIA IT

Tin dan Yuki dilahirkan dan dibesarkan di Itali kerana mengikuti bapa mereka yang terbabit dalam industri automotif. Mereka kemudian berminat dengan idea ekonomi kitaran yang sedaya upaya cuba menggunakan sesuatu sumber selama mungkin.

Pada 2008, Tin bekerja di Lembah Silikon yang menuntutnya bergelut dengan pelbagai perisian sumber terbuka yang direka untuk mesin dan peranti. Dia kemudian menggunakan prinsip dan konsep yang dipelajari ke atas kereta, di mana sebuah kereta boleh memiliki pelbagai fungsi.

Tabby Evo ialah versi kedua kereta kerangka. Didatangkan dengan dua atau empat tempat duduk yang dicas daripada soket plag dan mampu bergerak sejauh 120km bergantung kepada jenis badan kereta. Kelajuan maksimum mampu mencecah 130kmj dan boleh dihadkan mengikut keperluan penggunaan.

KURANG KOS PEMBUATAN LEBIH 30 KALI GANDA!

tabby-evo (6) pandulajudotcomdotmy
tabby-evo (8) pandulajudotcomdotmy
tabby-evo (7) pandulajudotcomdotmy

Pembelian minimum untuk syarikat ialah 200 unit. Sebelum dijual, kereta open source itu akan direkabentuk secara custom yang lengkap dengan kerusi, pintu dan komponen-komponen lain. Menariknya, harga kereta 4-kerusi untuk tempahan lebih 500 unit ialah di bawah AS$5,000 (RM20,705) setiap satu walaupun harganya meningkat jika ditempah kurang daripada jumlah tersebut.

Ketua Pegawai Kewangan (CFO) OSVehicles, Alberto Loddo berkata, tempoh masa lima hingga tujuh tahun dan peruntukan AS$100 juta (RM414 juta) hinggga AS$200 juta (RM828 juta) untuk membina sebuah model kereta baharu yang bermula seawal lakaran kasar.

“Dengan platform kami, kami mahu memendekkan tempoh pembinaan itu kepada satu hingga tiga tahun bergantung kepada kerumitan sesebuah kenderaan dengan belanja sekitar AS$3juta (RM12 juta) dan AS$20 juta (RM82 juta).

Mungkin pengeluar automotif nasional boleh mula memikirkan perkara sama dalam usaha meneruskan survival syarikat. Dunia automotif sekarang tidak boleh lagi hanya bergantung kepada penghasilan kereta berstatus massa.

antarabangsa autotainment go-kart kereta elektrik kereta rangka OSVehicles Yuki Liu
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Orang ramai di Kuala Lumpur
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

21/05/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik Yang Terlalu Awal Untuk Zamannya

21/05/2026
Autotainment

#TahukahAnda Ini Risiko Jangka Panjang Jika Abaikan Servis Berkala Kenderaan

21/05/2026
Trivia Arsenal dan automotif
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 10 Trivia Pasal Arsenal dan Automotif yang Ramai Tidak Tahu

20/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie29/05/2026
HEV

Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

By Syafie20/05/2026
Roda2

#MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

By Syafie29/05/2026
Aksesori

#MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

By Syafie29/05/2026
Roda2

BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

By Abang Hirata25/05/2026
John Cena beli Honda Prelude
Auto Terkini

John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

By Shazwan Hisam25/05/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.