Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»SYM VF3i LE – Edisi Terhad 5,000 Unit dengan ABS Lancar! Harga RM9,338
Roda2

SYM VF3i LE – Edisi Terhad 5,000 Unit dengan ABS Lancar! Harga RM9,338

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/05/20206 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MFORCE Bike Holdings Sdn Bhd melancarkan SYM VF3i LE (Limited Edition) sebagai model edisi terhad yang cuma dikeluarkan 5,000 unit sahaja untuk pasaran Malaysia.

VF3i kali pertama diperkenalkan pada 2018 dengan mendapat status moped pertama dunia dikuasakan enjin 185cc. Kehadiran model itu secara tidak langsung merancakkan segmen supermoped di Malaysia yang sekian lama dimonopoli Yamaha menerusi Y15ZR aka YSuku, Honda (RS150R) dan Benelli (RFS150i).

Namun, entah kenapa masih ramai memilih YSuku yang mahal. Sepanjang dua tahun dipasarkan, VF3i sudah terjual sebanyak 50,000 unit!

BACA >>> Kapcai Benelli: Bukan Enjin 200cc, Tapi Suku Liter!​
BACA >>> #Videotomotif: Kawasaki Perdengar Deruman Ekzos Yoshimura Ninja ZX-25R yang Padu!

VF3i LE menampilkan beberapa penaiktarafan mekanikal dan menariknya model ini sudahpun berada di pusat jualan bermula hari ini pada harga RM9,338.

Tiada perubahan dimensi, tetapi VF3i LE dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), sekali gus menjadikan model edisi terhad ini sebagai kapcai pertama Malaysia yang ada ciri keselamatan tersebut. Malah, brek cakera depan dan belakang daripada jenis petal.

Panel LCD dikemas kini dengan kombinasi analog dan spidometer warna terkini. Visor aero dikekalkan, tetapi diberikan percuma untuk model LE. Bahagian tuil brek mendapat kemasan aloi. Dari segi rupa luaran, perbezaan ketara antara model LE dan biasa adalah warna badan kelabu dengan dekal hijau epal, termasuk rim sport.

BACA >>> #BikinMotor: Kapcai SYM Symba dari Taiwan yang Diubah Suai Jadi Chopper

Enjin juga ditala semula untuk meningkatkan rev enjin daripada 8,500rpm kepada 9,000rpm untuk kuasa kuda (hp). Ini membolehkan VF3i LE yang dijana enjin 185cc SOHC penyejukan cecair meledakkan kuasa baharu setinggi 19.7hp (meningkat 2hp, kuasa lama 17.7hp) dan tork 17.46hp @ 7,500rpm. Sistem transmisi kekal jenis klac manual 6-kelajuan.

Menerusi SYM, tambahan kuasa 12.8 peratus itu diperoleh menerusi lapan penambahbaikan yang terdiri daripada:

  • Kepala silinder
  • Aci sesondol (camshaft) dibesarkan
  • Rocker arm
  • Injap
  • Spring injap
  • Seimbangkan syaf
  • Badan terotel (throttle body)
  • Bahagian dalam mufler

BACA >>> SYM VF3i 185 V2 Lancar dengan Warna, Grafik Lebih Trendy, Harga Bermula RM8.3k!

GALERI
Auto Terkini autoterkini kapcai malaysia Mforce Bike Holdings Sdn Bhd Moped moped malaysia roda2 SYM sym 185cc SYM VF3i Edisi Terhad y suku Yamaha Y15ZR
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    Chery x Robert Lewandowski Raikan Demam Bola Sepak, Tempah Kereta Dapat Jersi Edisi Terhad

    08/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026

    6 Comments

    1. Tengku Suehighme on 19/05/2020 20:06

      Terbaek la SYM Malaysia !!

      Reply
    2. Wan on 21/05/2020 10:54

      Sym 110 tak da kualiti. 15000 km sudah kena buka injin

      Reply
    3. Kuda Emas on 18/06/2020 17:46

      Ini baru betul limited edition..HP up,Facelift baru & Tuning semula..bukan sesetengah pesaing di luar sana tu ,hanya upgrade lampu dan coverset sahaja dan harga pon meningkat sama sekali..

      Reply
    4. Kman on 11/09/2020 20:35

      Betul ka, mforce nk tambah pengeluaran Symvf3i LEdi pasaran dari 5k ke 10k.. Kalau betul Mforce adalah sebuah syarikat yg menipu pengguna..

      Reply
      • Abang GYL on 12/09/2020 10:34

        Betul.

        Reply
    5. Taib on 17/01/2022 13:20

      Top speed berapa Km J ?

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.