• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Kapcai SYM Symba dari Taiwan yang Diubah Suai Jadi Chopper

#BikinMotor: Kapcai SYM Symba dari Taiwan yang Diubah Suai Jadi Chopper

April 4, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

337
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BENGKEL kustom 2LOUD Custom di Taiwan menarik perhatian ramai apabila mengubah suai SYM Symba kepada kapcai gaya chopper mengikut selera pelanggannya, seorang gadis.

Symba ialah model SYM yang dihasilkan berasaskan barisan Honda Cub dengan mendapat kebenaran daripada pengeluar motosikal Jepun itu.

Pada 1962, SYM menjalinkan usahasama dengan Honda untuk memulakan projek motosikal versi pemasangan tempatan (CKD) di Taiwan. Pada 1969, kolaborasi itu dikembangkan kepada pemasangan model kereta pula seperti Civic dan Accord sebelum ditamatkan pada 2002.

BACA >>> #BikinMotor: 'Suzuki Satria F150 Minor Fighter' - dari Kapcai ke Sportbike Jadian!

Ada tiga komponen utama kapcai SYM-Honda dikekalkan, iaitu frem asal, tangki minyak dan swingarm. Sebahagian besar komponen lain ditukar atau menjalani proses kustom supaya tampil lebih unik. Tempat duduk dijadikan pelana tunggal dengan tambahan penyandar belakang, dan dibalut material kulit bersulam.

Penutup tangki minyak masih kekal di bawah pelana. 2LOUD Custom menambah dua kunci dengan pemegang keluli supaya tuan punya motor ini dapat membuka pelana untuk mengisi petrol. Fender belakang pula dipotong.

Karakter chopper diserlahkan menerusi penggunaan bar hendal telinga arnab bentuk 'V'. Hendal gaya klasik itu disambungkan terus ke tiub fork, manakala instrumen meter ditanggalkan. Penggunaan butang juga minimal, dan akhir sekali kemasan krom dipilih untuk penampilan lebih memukau.

Trenkuasa asal Symba dijana enjin 90cc dengan transmisi klac sentrifugal 3-kelajuan. Bagaimanapun, model bikin ini dipasangkan enjin silinder tunggal 190cc buatan Zongshen dengan kotak gear 5-kelajuan. Jadi, lebih laju dan berkuasa!

Fairing sisi dan depan sengaja ditanggalkan untuk mendedahkan enjin dan frem utama. Sistem ekzos pula jenis kustom yang lebih kompak dengan imej retro. Rim 17 inci dibalut tayar Duro, manakala sistem brek jenis dram dikekalkan. Bagaimanapun, suspensi belakang dinaik taraf kepada jenis spring.

Hasilnya memang mantap!

BACA >>> #BikinMotor: Honda Bulat Jadi Trail Cub 55, Kapcai Rare untuk Penggemar Aktiviti Lasak

GALERI
SYM Chopper 1
SYM Chopper 2
SYM Chopper 3
SYM Chopper 4
SYM Chopper 5
SYM Chopper 6
SYM Chopper

SUMBER: Zing

Artikel Berkaitan

337
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta, Roda2 Tagged With: 2LOUD Custom, Bengkel 2LOUD Custom, bikin motor, chopper, Kapcai, Kapcai Chopper, Motosikal Chopper, SYM, SYM Symba, Taiwan, ubah suai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya
    Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya
  • Pemandu e-Hailing Disyaki Penjahat Rupanya OKU Pendengaran
    Pemandu e-Hailing Disyaki Penjahat Rupanya OKU Pendengaran
  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my