• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: 'Suzuki Satria F150 Minor Fighter' - dari Kapcai ke Sportbike Jadian!

#BikinMotor: 'Suzuki Satria F150 Minor Fighter' - dari Kapcai ke Sportbike Jadian!

October 18, 2019 By AI Leave a Comment

144
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBAB sudah bosan dengan rupa lama, pemilik Suzuki Satria F150 (Malaysia: Suzuki Belang R150) dari Indonesia, Aan Winarno cuba menukar penampilan jenteranya itu daripada kapcai ayago yang kurus kering kepada sportbike naked yang sedikit berisi. Maka terhasillah 'Satria F150 Minor Fighter' dengan pelana tunggal.

Kapcai tersebut mendapat sentuhan bengkel Modifikasi 7, di Tulungagung, Jawa Timur melibatkan modifikasi ke atas frem utama dan bar hendal XK. Paip ekzos jenis kontot dengan diameter lebih seinci dipasangkan di sisi kiri dan kanan.

BACA >>> Suzuki Satria F150 (2019) Perkenal Warna, Grafik Baharu

Frem baharu juga dibikin lebih kukuh dan solid. Bahagian roda menggunakan suspensi Kawasaki Ninja 250 di depan, manakala belakang dilengkapkan swingarm Honda MC23 yang dikustomkan. Bahagian rim dipinjamkan daripada Yamaha MT-25. Pelana direka untuk tunggangan solo. So, tengok boleh tumpang sorry?

Bahagian badan menggunakan material gentian kaca pada lampu utama, fender depan, tangki, panel badan dan pelana, lalu disembur cat merah. Aksesori tunggangan dipasang seperti biasa seperti set lampu, spidometer, dan cermin sisi.

Akhir sekali, bahagian enjin turut diubah suai untuk mengimbangkan penambahan berat badan baharu sportbike jadian ini. Diameter piston kini 68mm digilap  secara 'port & polish' supaya proses pembakaran jadi lebih mantap. Hasilnya, jentera ini kekal berprestasi dan mampu mencapai kelajuan maksimum seperti versi asal.

Ada yang berkenan ke? Ermmm... 😅

BACA>>>#BikinMotor: Suzuki Raider Ini Mampu Pecut Lebih 150kmj, Kos Belanja Cecah RM18k!

GALERI
Satria-F150-Minor-Fighter-12
Satria-F150-Minor-Fighter-1
Satria-F150-Minor-Fighter-9-696x522
Satria-F150-Minor-Fighter-5
Satria-F150-Minor-Fighter-6
Satria-F150-Minor-Fighter-7
Satria-F150-Minor-Fighter-10
Satria-F150-Minor-Fighter-3

SUMBER: NaikMotor

144
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikin motor, bikinmotor, Kapcai, kustom, Modifikasi, Modifikasi Suzuki Satria F150, roda2, sportbike, Suzuki, Suzuki Belang R150, Suzuki Satria F 150, ubah suai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Apakah Maksud dan Fungsi Lejang dalam Enjin 4-Lejang dan 2-Lejang?
    #TahukahAnda: Apakah Maksud dan Fungsi Lejang dalam Enjin 4-Lejang dan 2-Lejang?
  • #TahukahAnda: Tentang Sistem Elektrik Kereta yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Sistem Elektrik Kereta yang Perlu Anda Tahu
  • Proton Perdana 'Accord' Edisi Limousine Ini Cuma Ada 5 Unit Sahaja di Malaysia!
    Proton Perdana 'Accord' Edisi Limousine Ini Cuma Ada 5 Unit Sahaja di Malaysia!
  • Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Insurans Motor
    Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Insurans Motor

PANDU UJI

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

#PanduUji: KIA Carnival Bukan 'Peti Ais' Lebuh Raya, Lebih Selesa, Mewah untuk Keluarga

CARNIVAL ialah model pertama KIA yang diperkenalkan ke pasaran … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my