• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Honda Bulat Jadi Trail Cub 55, Kapcai Rare untuk Penggemar Aktiviti Lasak

#BikinMotor: Honda Bulat Jadi Trail Cub 55, Kapcai Rare untuk Penggemar Aktiviti Lasak

April 30, 2019 By AI Leave a Comment

227
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RAMAI peminat modifikasi motosikal di Malaysia cenderung berkiblatkan model-model dari Jepun, dan Indonesia juga tidak terkecuali. Lihatlah pembikinan kapcai Honda Trail Cub 55 dari negara seberang ini yang tampil garang ala jentera off-road menerusi penampilan tayar dadu, dwi sproket, ekzos rentang belakang dan lencana Honda 55.

Melihat lencana itu, Honda Cub ini nyata sebuah kapcai edisi khas yang bukan biasa-biasa. Ia didatangkan dengan sproket belakang ganda yang berfungsi mengurangkan nisbah roda gear ketika meredah permukaan rupa bumi kasar, tidak rata dan bercerun dengan menukarnya dari rantai kepada gegelang sproket lebih besar. Bayangkan basikal gunung.

BACA >>> #BikinMotor: Honda CB100 (1976) Sentuhan Mekanik yang Minimalis Agresif

Bahagian fender depan juga ringkas supaya mudah melepasi kawasan berlerang atau jurang tegak. Trail Cub 55 ini ialah hasil pembikinan daripada versi Honda 50 yang sebelum ini menggunakan enjin 49cc, dan diubah suai kepada 54cc keluaran 1962-64 dengan sebutan generasi model C105H/C105T/CA105T.

MOTOSIKAL PEMBURU, KAKI PANCING ERA 60-AN

Iklan vintaj Honda Trail Cub 55 (1965)

Model ini suatu masa lalu digunakan sebagai motosikal pemburu dan pemancing untuk meredah laluan off-road. Restorasi Trail Cub 55 milik Decky Sastra ini asasnya daripada model C50. Jadi, versi Amerika/Australia ini disebut sebagai Honda Cub Trail, khas untuk tujuan memburu atau menempuh laluan lereng.

BACA >>> Helmet Edisi Khas Sempena Hari Jadi Honda Super Cub ke-60, dan Pengeluaran 100 Juta

Fungsi dwi gear ialah apabila menunggang atas jalan off-road, gear besar akan digunakan, manakala jalan raya biasa akan dipacu gear kecil. Penukaran gear dilakukan manual menerusi rantai supaya dapat dianjak masuk ke gear besar. Uniknya, motosikal ini ada sistem brek kombi yang saling berhubungan  antara roda depan dan belakang.

Ini rupa Honda 50 asal (bukan gambar sebenar)
Selepas dibikin menjadi Honda Trail Cub 55

Enjin asal agak uzur, jadi si tuan motor memilih menggantikan ia dengan enjin model C70. Bagi mendapatkan komponen model tersebut juga cukup sukar hingga memaksa Decky keluar 'berburu'  dari forum motosikal klasik tempatan hingga laman e-dagang seperti eBay. Proses modifikasi pula diserahkan kepada Franky dari bengkel Yasashi Garage.

Proses ubah suai mengambil masa sebulan dengan penuh ketelitian kerana perlu menyesuaikan dengan kondisi motosikal era itu. Malah, gear juga perlu dibikin beberapa kali supaya dapat beroperasi normal.

BACA >>> #BikinMotor: K Speed Super Cub - Kapcai 110cc Jadi Café Racer

SUMBER: NaikMotor

227
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikinmotor, Honda, honda cub, honda super cub, Honda Trail Cub 55, kustom, Modifikasi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Nak Tau Status Kereta Terpakai Malaysia, Jepun, UK dan AS? Semak dengan OTOFACTS!
    Nak Tau Status Kereta Terpakai Malaysia, Jepun, UK dan AS? Semak dengan OTOFACTS!
  • Yamaha Exciter 155 VVA (2021) Lancar! Lebih Kuasa, Harga Mula RM7k
    Yamaha Exciter 155 VVA (2021) Lancar! Lebih Kuasa, Harga Mula RM7k
  • Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil
    Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my