• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Helmet Edisi Khas Sempena Hari Jadi Honda Super Cub ke-60, dan Pengeluaran 100 Juta

Helmet Edisi Khas Sempena Hari Jadi Honda Super Cub ke-60, dan Pengeluaran 100 Juta

September 19, 2018 By AI 1 Comment

614
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMPENA meraikan ulang tahun Super Cub ke-60, Honda Motorcycle Japan menawarkan helmet 'Super Cub 60th Anniversary' yang diserlahkan menerusi penampilan klasik warna badan merah-putih krim kapcai tersebut.

Seperti anda lihat, warna merah badan Super Cub diterjemahkan menerusi strip merah atas helmet dari depan hingga belakang. Bahagian depan helmet disisipkan logo HM dan dilengkapkan imej signatur sayap di tepi.

Melengkapkan imej helmet edisi terhad itu, Honda Jepun meletakkan perkataan 'Super Cub' di bawah logo peringatan '60th Anniversary' di belakang. Harga jualan helmet tersebut ialah ¥18,144 (RM669) dengan dua pilihan saiz, M dan L. Disebabkan unit pengeluaran terhad, tempahan dibuka hingga 31 Oktober 2018, manakala proses penghantaran bermula penghujung November atau sekitar Disember depan.

BACA >>> eCub - Motosikal Elektrik Kustom Berasaskan Kapcai Honda Cub dan Super Cub


Tidak ketinggalan, Honda pada masa sama turut menghasilkan helmet khas sempena pengeluaran Super Cub ke-100 juta unit dengan lencana '60th Anniversary' dan '100 Million' unit di tepi. Ditawarkan dalam tiga pilihan warna, helmet tersebut dijual pada harga ¥17,280 (RM637).

SUMBER: YoungMachine

614
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, helmet, Helmet Super Cub 60th Anniversary, Honda Super Cub 125, Honda Super Cub Ulang Tahun Ke-60, super cub, topi keledar

Comments

  1. Ramlee Shahdan says

    January 8, 2020 at 10:31 PM

    I'm looking & searching for super cub helmet, where can i get one of the above white & red stripe super cub helmet. How to order 1 pc size M. Please let my know, i'm buying 1 unit honda super cub red in colour.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Model Retro Klasik - Kawasaki W175 Masuk Malaysia?
    Model Retro Klasik - Kawasaki W175 Masuk Malaysia?
  • Lori Gelek Saga Ketika 'U-Turn' di Stesen Minyak
    Lori Gelek Saga Ketika 'U-Turn' di Stesen Minyak
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my