Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»SYM VF3i 185 V2 Lancar dengan Warna, Grafik Lebih Trendy, Harga Bermula RM8.3k!
Roda2

SYM VF3i 185 V2 Lancar dengan Warna, Grafik Lebih Trendy, Harga Bermula RM8.3k!

AryonBy Aryon03/11/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MFORCE Bike Holdings Sdn Bhd hari ini melancarkan SYM VF3i 185 V2 iaitu edisi segar semula atau facelift menerusi grafik dan warna baharu yang disegarkan semula supaya kekal relevan di pasaran.

Acara pelancaran model kapcai itu dilakukan serentak pada majlis perasmian MForce Smart Shop, iaitu bilik pameran yang juga kedai eksklusif pertama di Selangor untuk semua jenama motosikal di bawah MForce Bike.

BACA >>> #TunggangUji: Ini Mungkin Reviu Paling Jujur daripada Pemilik SYM VF3i

Memegang status sebagai kapcai dengan enjin bersesaran terbesar di dunia, VF3i 185 V2 edisi facelift ini menampilkan empat warna dan grafik baharu yang lebih trendy, seiring cita rasa peminat kapcai semalaysia.

Aspek mekanikal kekal sama, masih dikuasakan enjin 185cc dengan teknologi suntikan bahan api (FI) yang patuh Euro3, dan kapasiti tangki 7 liter untuk tunggangan jarak jauh. Sistem brek menggunakan brek cakeran 250mm di depan dan cakera 200mm di belakang.

BACA >>> Selepas Puas Kompelin Macam-Macam Pasal SYM VF3i, Inilah yang Rider Ini Dapat

Pengurus Besar Operasi Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, Asri Ahmad berkata, SYMVF3i 185 V2 akan mula memasuki pasaran tempatan pada Selasa ini (29/11/19) dan boleh didapati di semua pengedar SYM seluruh Malaysia.

VF3i V2 hadir dalam dua varian dan harga seperti berikut:

  • Standard – Biru, Merah dan Kelabu – (RM8,338)
  • SE (edisi khas) – Emas – (RM8,638)

Harga tidak termasuk SST dan caj lain. MForce Bike turut menawarkan jaminan pengeluar selama dua tahun atau perbatuan 20,000 kilometer (mana satu tiba dulu) untuk kedua-dua varian.

BACA >>> SYM Lancar Dua Model Skuter Baharu, Jet 14 200 dan Mio 110, Harga Mula RM5.6k

SPESIFIKASI

SYM VF3i 185 V2

ENJIN: 4-lejang silinder tunggal 4-injap 183cc SOHC FI penyejukan cecair
GEREK & LEJANG: 63.5 x 57.8mm
KUASA: 17.7hp @ 8,500rpm
NISBAH MAMPATAN: 11.1:1
TRANSMISI: Manual 6-kelajuan
PENGHIDUP: Elektrik
SUSPENSI: Fork teleskopik (depan); Monoshock, travel 32mm (belakang)
BREK: Cakera tunggal 250mm (depan); Cakera tunggal 200mm (belakang)
RODA: MT 1.85 × 17 (depan); MT 3.5 × 17 (belakang)
TAYAR: Tiubles 90/80- 17 (depan); tiubles 120/70-17 (belakang)
JARAK RODA: 1,290mm
JARAK TANAH: 150mm
BERAT: 124kg
KAPASITI TANGKI: 7 liter

GALERI
SYM VF3i 185 SE
SYM VF3i 185 STANDARD
Auto Terkini Kapcai Mforce Bike Holdings Sdn Bhd MForce Smart Shop roda2 Super Kapcai super moped SYM VF3i 185 V2
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026

    1 Comment

    1. ramli bin abu bakar on 30/10/2019 00:45

      model v2 ini ada abs..???

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.