Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Syarikat e-Hailing Terbesar China Tutup Operasi Kongsi Kereta Susulan Kes Bunuh, Rogol
Auto Terkini

Syarikat e-Hailing Terbesar China Tutup Operasi Kongsi Kereta Susulan Kes Bunuh, Rogol

Han OthmanBy Han Othman02/09/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SYARIKAT teksi e-hailing terbesar China mengambil keputusan menghentikan salah satu daripada servis perkongsian kereta dalam perkhidmatan ditawarkan, termasuk memecat dua eksekutif berikutan kes rogol dan bunuh yang menimpa seorang gadis.

DiDi Chuxing dalam kenyataan media menyatakan rasa sedih atas tragedi tersebut dan memutuskan menggantung servis ‘Hitch’ yang ada dalam platform syarikat itu.

BACA >>> #SembangDeras: Tidak untuk Teksi Motor! Kerajaan Lepaskan Peluang Kerja Buat Rakyat?

“Kami sangat menyesal. Kami gagal memenuhi jangkaan anda. Kami tidak boleh dan tidak akan mengelak daripada tanggungjawab kami,” kata kenyataan media.

Dalam insiden memilukan itu, seorang gadis berusia 20 tahun di bandar Wenshou, timur China menggunakan servis Hitch pada jam 1 tengah hari, Jumaat. Sejam kemudian mangsa ada mengirim mesej kepada seorang rakannya pada jam 2 petang untuk memohon bantuan sebelum dia gagal dihubungi. Menurut polis, suspek penjenayah, 27, dipanggil Zhong, diberkas pada jam kira-kira 4 pagi (kurang 24 jam), Sabtu dengan mengaku merogol dan membunuh mangsa.

BERTANGGUNGJAWAB PENUH

DiDi Chuxing tidak menunggu lama untuk tampil memohon maaf sambil menyatakan bertanggungjawab penuh atas kejadian berkenaan berikutan kegagalan memberi respon segera tentang kemungkinan bahaya pemandu itu. Dalam kenyataan itu juga, syarikat itu mengaku menerima satu aduan lain mengenai suspek sama, sehari lebih awal.

Pengadu lain itu mendakwa pemandu tersebut berulang kali menyuruh dia duduk di depan, memandu ke kawasan terpencil dan mengikut dia seketika walaupun dia sudah keluar dari kereta, jelas syarikat itu lagi.

“Insiden itu menunjukkan banyak kelemahan dengan proses khidmat pelanggan kami,” kata syarikat itu.

BACA >>> 8 Fakta Tentang SOCAR yang Perlu Anda Tahu – Sewa Kereta Pandu Sendiri Ikut Jam

DiDi Chuxing ialah platform teksi e-hailing atas talian terbesar di China, manakala Hitch (sama seperti GrabCar) ialah servis paling banyak digunakan pengguna di negara itu dengan jumlah 30 juta tempahan setiap hari. Syarikat itu turut menguasai perniagaan Uber di China pada 2016.

Kes pembunuhan itu ialah jenayah terbaru melibatkan pemandu DiDi, cuma tiga bulan selepas seorang pemandu melakukan jenayah bunuh ke atas seorang pramugari.

Diharapkan apa yang menimpa DiDi dapat memberi pengajaran kepada syarikat e-hailing di Malaysia supaya dapat mengambil maklum balas sewajarnya ke atas aduan pelanggan selain melakukan saringan ketat pemandu.

SUMBER: FoxNews

aplikasi mobil Auto Terkini China DiDi Didi Chuxing Didi Hitch e-Hailing Hitch jenayah Kongsi Kereta teksi e-hailing
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

26/06/2026
Roda4

Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

25/06/2026
Mazda Flair Crossover XS
Auto Terkini

Mazda Flair Crossover 2026 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

25/06/2026
Nozel RON95 dan RON97
Auto Terkini

RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

25/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

By Syafie23/06/2026
Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

By Abang Hirata20/06/2026
Auto Terkini

KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

By Abang Hirata24/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.