Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Tidak untuk Teksi Motor, Kerajaan Lepaskan Peluang Kerja Buat Rakyat?
Sembang Deras

#SembangDeras: Tidak untuk Teksi Motor, Kerajaan Lepaskan Peluang Kerja Buat Rakyat?

AryonBy Aryon19/08/2019
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pernah dipetik TheSun berkata, Kerajaan tak rancang nak benarkan servis motosikal e-hailing untuk beroperasi di negara ini atas alasan keselamatan sama ada bagi pihak penumpang dan penunggang sendiri. Ini dikuatkan lagi dengan fakta kemalangan tinggi di kalangan pengguna motor. Khabarnya antara tertinggi di planet Bumi.

Maknanya, Kerajaan baharu sekarang meneruskan keputusan sama Kerajaan lama dulu yang bertindak mengharamkan perkhidmatan motosikal e-hailing macam Dego Ride. Tapi hasil risikan Pak Yon, aplikasi Dego masih ada dalam senarai Playstore, cuma operasi bertukar kepada servis penghantaran dan pikap barang. Mungkinkah yang dihantar dan dipikap itu manusia? Atau raksasa?

BACA >>> Teksi Motosikal – Dego RIDE Diarah Tutup, Tiada Lesen Operasi

Tapi laman web Dego Ride pula masih jalan macam biasa, siap ada borang pendaftaran dan terma servis. Salah satunya, pembonceng tak perlu bawa helmet sendiri kerana rider akan beri helmet yang bersih untuk dipakai. Nice-kan?

Adakah ini namanya haram-haram tahi ayam?

Mungkin ada sesetengah pembaca nak bandingkan servis motor e-hailing dengan GO-JEK di Indonesia yang dilaporkan buat duit bilion-bilion setahun. Kepada yang tak tahu, GO-JEK ni sama saja macam syarikat startup seperti GrabCar. Bezanya, GrabCar guna kereta, tapi GO-JEK guna motor.

Soalannya, kenapa Malaysia tak nak buat?

Jawapannya, itu kat Indonesia, bukan Malaysia.

Senang cerita macam ni, bagi orang luar macam Pak Yon ke Indoensia, servis teksi motor ialah sesuatu yang menakutkan. Masa ke Indonesia dulu pun dua tiga kali juga fikir nak guna GO-JEK ni. Fikir naik motor orang tak kenal satu hal. Fikir pasal risiko kena gang bang satu hal pula. Seram sejuk dibuatnya.

Paling takut ialah hal keselamatan atas motor. Ye lah, bila diimbau semula pengalaman membonceng kawan di Malaysia, tak pernahnya jiwa Pak Yon tenteram. Ucapan syahadah dan lagu Raihan sentiasa basah di bibir ini. Tapi lain pula orang Indonesia, servis teksi motor memang sudah lama jadi trend kat sana.

Sebelum GO-JEK diprofesionalkan, Indonesia sudah pun ada servis macam tu, panggilnya ‘ojek’. Asal nama GO-JEK pun daripada nama itulah. Tapi operasi ojek dibuat secara lone ranger, dan tanpa bernaung di bawah mana-mana kompeni.

Kalau Malaysia, kita tentu masih ingat pasal hal ‘prebet sapu’ dulu-dulu. Ada pemandu buat kereta atau van sendiri jadi teksi untuk angkut penumpang dengan upah murah. Seingat Pak Yon dulu, satu kepala seringgit saja dan dia akan bawa kita masuk town.

Apa yang bagus pasal ‘prebet sapu motor’ kat Indonesia, trend itu jugalah yang memudahkan kompeni e-hailing luar negara macam GrabCar dan Uber buat duit kat sana. Sebabnya, orang Indonesia sendiri memang tak ada masalah nak naik kereta dan motor orang yang dia tak kenal.

Tambah lagi ojek ialah pengangkutan yang mampu bergerak pantas ke sana ke mari. Siapa yang pernah hadap bandar besar kat Indonesia tahulah. Gambaran jem kat Indonesia bolehlah dibayangkan situasi KL jam 5 petang, hari Jumaat dan hujan turun. Masalahnya, hari-hari macam tu kat sana, termasuk hari minggu!

Relakslah, KL hari minggu pun ada le lengangnya juga melainkan Mid Valley buat ekspo jual barang bayi yang harga pek pampers tak adalah murah sangat pun. Mende la beli pampers kat mall, orang cari kat kedai sensei dan Speedmart je.

BACA >>> Kelemahan Pengangkutan Awam Bantu ‘Careem’ Kuasai Tiga Rantau

Jadi, kalau kita naik teksi kat Indonesia, kita pun akan terperangkap sama dalam jem. Kena pula caj tambang ikut meter. Itupun kalau drebar nak ikut meter. Caj ikut suka pun ada juga, sama ja peelnya dengan drebar teksi Malaysia. Tapi tambang GO-JEK RM4 saja dan ada lagi murah! Dan orang perempun pun selamba je membonceng belakang rider lelaki. Itu belum cerita lagi rider GO-JEK perempuan. Pehhh…

Apapun, mungkin elok jugalah kot Kerajaan tak luluskan servis motor e-hailing tu. Kalau lulus pun, entah berapa kerat je orang Malaysia yang berani bonceng belakang rider yang dia tak kenal. Banyak je peluang kerja lain boleh Kerajaan buat dan rancang.

Tetapi jika mengambil kira respon mat motor kita yang sedia menyahut cabaran menjalankan servis teksi motosikal, mungkin kita semua sebenarnya sudah bersedia. Korang macam mana?

– Pak Yon –

Anthony Loke aplikasi mobil Auto Terkini Dego RIDE motosikal Motosikal e-Hailing roda2 sembang deras Teksi
Aryon

Artikel Berkaitan

Lepas L4 dikesan menjalani penggambaran video promosi
Auto Terkini

Lepas L4 Tiba di Malaysia, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi!

13/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

13/02/2026
Ibu pejabat Mercedes-Benz di Jerman
Auto Terkini

Kakitangan Mercedes-Benz Jerman Dapat Bonus Sehingga Lebih €3,100

13/02/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTMB Tambah 46,000 Tiket ETS, EMUPlus Sempena Tahun Baru Cina

13/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Auto Terkini

Honda Malaysia Sasar 60,000 Unit, Lancar Enam Model Baharu Tahun 2026

By Shazwan Hisam11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.