Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Suzuki Vietnam Lancar Satria F150 (2021) dengan Tiga Warna Baharu, Harga RM9.1k
Auto Terkini

Suzuki Vietnam Lancar Satria F150 (2021) dengan Tiga Warna Baharu, Harga RM9.1k

AryonBy Aryon22/01/20211 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KETIKA produk Suzuki Malaysia tiba-tiba menyepi, jauh di negara jiran sana, Vietnam melancarkan Satria F150 (2021) baharu dengan menampilkan skema warna baharu lebih menarik.

Tentu ada yang terkejut, bukankah Suzuki Satria itu model dari Indonesia? Sebagai makluman, Suzuki Vietnam sebenarnya menjual Satria F150 bersama Raider R150 walaupun kedua-duanya model sama. Bezanya, Satria F150 ialah model import (CBU) dari Indonesia, manakala Raider R150 model tempatan.

BACA >>> Inilah 15 Ciri Menarik Dimiliki Yamaha Exciter 155 VVA (2021)

Ini kerana terdapat permintaan daripada kalangan peminat Suzuki di sana yang mahukan Satria F150 dari Indonesia. Berikut perincian mengenai Satria F150 (2021) di Vietnam:

  • Menampilkan tiga pilihan warna yang unik dan sporty: merah-hitam (kemasan kusam), biru-hitam dan putih-merah-hitam.
  • Memiliki dimensi sama seperti model terdahulu, iaitu panjang 1,960mm, lebar 675mm dan tinggi 980mm, manakala tinggi pelana 765mm dan jarak lega bumi 150mm.
  • Trenkuasa dijana enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 147.3cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api elektronik (EFI) berkuasa 18.45hp @ 10,000rpm  dan tork 13.8Nm @ 8,500rpm.
  • Transmisi manual 6-kelajuan, manakala kapasiti tangki 4 liter.
  • Varian putih-merah-hitam mendapat rim sport merah yang kontras dengan warna badan putih.
  • Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang.
  • Berbanding Exciter 155 dan Winner X, posisi duduk Satria F150 lebih sporty dengan bar hendal direka rendah.
  • Perbezaan antara Satria F150 versi import dari pengedar persendirian, dan versi rasmi Suzuki Vietnam ialah ciri lampu signal belok (‘signal capang’), dan tambahan suis lampu on-off.
  • Rekaan grafik Satria F150 sebenarnya mirip seperti Raider R150 (foto atas kiri), termasuk kemasan perak dan rekabentuk rim yang digunakan. Cuma berbeza pada grafik nama model itu, Satria F150 dan Raider R150. Menggunakan saiz tayar kecil, 70/90 di depan dan 80/90 di belakang, agak kurang sesuai untuk melakukn aksi melayan selekoh.
  • Dijual pada harga 51.99 juta dong (RM9,130) untuk semua pilihan warna, lebih murah daripada pesaing terdekat Honda Sonic yang berharga 60-65 juta dong (RM10,550-RM11,420). Jadi Satria F150 ada kelebihan.
  • Jadi kenapa perlu bayar lebih untuk Satria F150 sedangkan Raider R150 boleh dimiliki pada harga 49.19 juta dong (RM8,810)? Jawapannya, Satria F150 ialah model import. Tentulah lain fiilnya apabila dapat menunggang kapcai CBU dan lokal kan? Mungkin pelik bagi penunggang di Malaysia, tetapi tidak di Vietnam.

BACA >>> Suzuki Indonesia Perkenal Seragam Baharu Satria F150 (2020), Harga Kekal Sama RM7.1k
BACA >>> Suzuki Raider R150 (2021) Tambah Tiga Warna Baharu di Vietnam, Harga Kekal RM8.8k

Kapcai roda2 Supermoped Suzuki Satria F150 (2021) Suzuki Vietnam underbone
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026

    1 Comment

    1. Jan on 25/01/2021 11:37

      adui x sabar nye tunggu belang masuk malaysia

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.