• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki Raider R150 (2021) Tambah Tiga Warna Baharu di Vietnam, Harga Kekal RM8.8k

Suzuki Raider R150 (2021) Tambah Tiga Warna Baharu di Vietnam, Harga Kekal RM8.8k

October 20, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI Vietnam
menawarkan tiga warna baharu Raider R150 (2021) untuk penampilan lebih segar dan sporty, terdiri daripada biru-hitam, merah-hitam dan biru-hitam-jingga.

BACA >>> #BikinMotor: Honda Winner (RS150R) Bikin Sampai RM36k, Siap Pasang Quick Shifter

Model seragam baharu ini tampil lebih sporty dengan sentuhan tersendiri menerusi dekal badan lebih trendy dan menarik. Perkataan 'Raider' dan 'R150' pada sisi badan kini lebih besar, serta tiada lagi lencana Suzuki di depan.

Raider R150 (2021) masih menggunakan enjin asal patuh Euro3, 4-injap 150cc DOHC dengan teknologi suntikan bahan api (FI) dan transmisi klac manual 6-kelajuan yang menghasilkan kuasa 18.5hp @ 10,000rpm dan tork 13.8Nm @ 8,500rpm.

headlamp-suzuki-raider-r150-2021-vietnam
Suzuki Raider lama meter

Lampu utama menggunakan teknologi LED, manakala kluster instrumen jenis digital LCD. Pengenalan tiga warna baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan lapan pilihan warna untuk Raider R150 di Vietnam.

Perubahan warna baharu itu juga tidak mengubah harga model berkenaan yang masih dijual pada harga 49.19 juta dong (RM8,810).

Di Vietnam, Raider R150 akan bersaing secara langsung dengan Honda Sonic yang berharga kira-kira 80 juta dong (RM14,340). Jika dibandingkan persaingan dalam segmen 150cc, Raider R150 adalah lebih popular berbanding Yamaha Exciter dan Honda Winner X kerana menawarkan prestasi enjin lebih berkuasa.

BACA >>> Supermoped Malaysia 2020: Spesifikasi, Model Baharu, dan Apa Bakal Muncul?

GALERI
Raider R150 Lama
Raider R150 (2021)

SUMBER: Zingnews.vn | SuzukiVietnam

Artikel Berkaitan

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kapcai, roda2, Supermoped, Suzuki Raider R150 (2021), Suzuki Vietnam, underbone

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
    HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
  • Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
    Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?
    #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my