Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Suzuki Siar Video Acah Model Baharu, V-Strom Baharu dengan Enjin Lebih Kompak?
Auto Terkini

Suzuki Siar Video Acah Model Baharu, V-Strom Baharu dengan Enjin Lebih Kompak?

AryonBy Aryon25/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SATU video acah motosikal baharu Suzuki yang tidak diketahui nama muncul dengan beberapa komponen didedahkan dan bakal diperkenalkan pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019, November nanti.

Jika pengeluar motosikal lain cenderung memperkenalkan model-model konsep trendy dan masa depan, sebaliknya Suzuki memilih untuk menjelmakan semula jentera ikonik masa lalu. Lihatlah Katana yang diperkenalkan awal tahun ini.

BACA >>> Lakaran Bayangan Suzuki Katana 125, Ada Potensi Sportbike 150cc untuk Pasaran Asean?

Sekarang lihatlah dua klip video acah di bawah ini.

Video pertama menunjukkan seorang lelaki lagak eksekutif meletakkan kunci yang tertera lambang Suzuki dan menulis teks WhatsApp, ‘See you later!’. Kemudian dipaparkan adegan beberapa orang sedang memancing, berlari dan bersembang sebelum ditamatkan dengan tarikh 5 November sebagai debut perdana model baharu itu.

BACA >>> Suzuki Hayabusa (2018) Versi CKD, Lancar di India

Video kedua ini pula memaparkan siluet sosok jentera yang dimulakan dengan pancaran cahaya bentuk ‘V’. Mungkinkah itu ialah V-Strom 1000 baharu? Ataupun versi enjin lebih kecil yang menumpukan tunggangan off-road, iaitu jentera advencer sebenar berasaskan casis V-Strom?

Kemudian muncul beberapa syot pantas yang menyorot kelibat skrin boleh laras, tangki bertulis perkataan ‘Suzuki’ dan gad tangan, sama seperti apa yang ada pada V-Strom DL1000. Kelibat enjin sebelah kanan pula mendedahkan grip getah tipis dan plat rempuh. Juga kelihatan peg kaki khas off-road.

Suzuki V-Strom 1000XT Adventure (2019)
Suzuki V-Strom 1000XT Adventure (2019)

Enjin juga nampak kompak berbanding V-Twin konvensional yang ada pada DL1000. Boleh jadi motosikal ini mendapat perumah enjin baharu, atau kapasiti enjin lebih kecil yang mengaitkan ia dengan DR 800S.

Suzuki DR800S

Akhir sekali ialah syot skema warna merah dan putih, seakan tribut kepada model 1980-an, Marlboro DR BIG yang berentap dalam Rali Dakar.

BACA >>> #Videotomotif: Apa Kata Bekas Pelumba MotoGP Ini Selepas Tunggang Uji Suzuki Katana?

Adakah ini V-Strom versi dipertingkat (facelift), atau sekadar kemasan warna? Ataupun cubaan Suzuki mengimbau semula DR BIG klasik?

Marlboro DR BIG Pameran Motosikal Milan (EICMA) Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019 Suzuki Suzuki V-Strom Suzuki V-Strom DL1000 teaser Video Acah videotomotif
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2026 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    25/06/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

    25/06/2026
    Auto Terkini

    Etnik Rohingya Tidak Layak Miliki Lesen Memandu Malaysia

    25/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    By Abang Hirata24/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.