• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Lakaran Bayangan Suzuki Katana 125, Ada Potensi Sportbike 150cc untuk Pasaran Asean?

Lakaran Bayangan Suzuki Katana 125, Ada Potensi Sportbike 150cc untuk Pasaran Asean?

October 1, 2019 By AI Leave a Comment

6.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HMMM... Young Machine dan spekulasi berpisah tiada. Artikel terbaharu majalah motosikal Jepun itu menyiarkan lakaran bayangan motosikal yang mirip Suzuki Katana, tetapi dengan perincian seakan GSX-R125/R150. Foto spekulasi itu katanya ialah Katana 125!

Menurut Young Machine, Katana 125 masih menggunakan komponen asas enjin dan casis utama siri GSX-R125, dan mungkin berbeza pada bahagian subfrem belakang. Itu bukanlah sesuatu yang pelik kerana sportbike siri Katana memang memiliki casis badan unik berasaskan 'Paten Korporat Siri Katana' dan cuma Suzuki memilikinya.

Sementara itu, dalam pertemuan antara Suzuki Global dan media automotif Indonesia lewat tahun lalu, muncul soalan tentang rancangan Suzuki membangunkan Katana berenjin DOHC 150cc penyejukan cecair selepas timbul ura-ura debut Katana 1,000 ke Indonesia.

BACA >>> Suzuki Akan Keluarkan Katana Versi Kustom dengan Tangki Lebih Besar, Mufler Akrapovic

Suzuki Katana versi biasa.
Suzuki Katana versi biasa.
Logo Katana
Logo Katana

Jika Suzuki mengambil berat potensi pasaran 150cc, ia pasti jadi sesuatu yang lebih menarik. Ini akan membuatkan Katana tampil berbeza berbanding sportbike naked 150cc lain. Bagaimanapun, aspek pasaran mungkin agak sukar kerana pasaran sportbike tidak sebesar segmen moped seperti skuter dan kapcai.

Jika terlaksana, Suzuki pasti akan jadi antara pengeluar yang memperkenalkan banyak model naked bike 150cc seperti GSX-S150, GSX 150 Bandit dan tentunya GSX 150 Katana. Apa pendapat anda?

Kalau betul pun, peminat motosikal Malaysia cuma mampu menelan air liur saja. Hu hu hu... 😭

6.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: naked bike, PT Suzuki Indomobil Sales, roda2, Suzuki, Suzuki GSX-150 Bandit, Suzuki GSX-S150, suzuki katana, Suzuki Katana (2019)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
    #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
    Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my