• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Videotomotif: Apa Kata Bekas Pelumba MotoGP Ini Selepas Tunggang Uji Suzuki Katana?

#Videotomotif: Apa Kata Bekas Pelumba MotoGP Ini Selepas Tunggang Uji Suzuki Katana?

February 26, 2019 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


BANYAK yang diperkatakan tentang kelahiran semula model ikonik 80-an, Suzuki Katana. Selepas 14 tahun berdiam diri, Katana baharu diperkenalkan pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018.

Terbaharu pada 18 Februari lalu, pasukan Suzuki menyiarkan video pendek yang menunjukkan bekas pelumba MotoGP lewat 90-an, Nobuatsu Aoki menunggang uji Katana sambil memberikan komen tentang model tersebut.

BACA >>> Sosok Suzuki Katana (2019) Akhirnya Didedahkan, Bakal Dibawa Terbang ke Malaysia

Lokasi dipercayai dibuat di negara kelahiran jentera dan bekas pelumba itu, Jepun. Video pendek berdurasi 3 minit memaparkan banyak syot menarik aksi-aksi Nobuatsu menunggang Katana. Banyak diperkatakan bekas pelumba pasukan Suzuki itu mengenai enjin, dan kualiti pengendalian.

"Aku tak percaya motor ni betul-betul seronok. Enjin yang elok dalam casis yang elok, dan posisi menunggang, semuanya fantastik. Aku terkejut ia mudah ditunggang," katanya yang kali pertama dan terakhir menaiki podium Grand Prix ialah di Malaysia pada 1993 dalam kelas 250cc.

Nobuatsu juga teruja dengan kawalan traksi, ABS dan ciri elektronik lain

"Permukaan jalan basah hari ini, dan ditutup daun gugur, dan kawalan traksi dan ABS menyokong motor ini untuk mudah ditunggang dengan penuh meyakinkan," katanya lagi.

BACA >>> #EICMA2018: Katana Versi Hitam Munculkan Diri Buat Kali Pertama di Milan

Tidak perlu tulis panjang lagi, baik kita layan dulu video di bawah ini. Rasa macam tak puas pula tengok sebab pendek sangat. Hmm...

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Grand Prix, Jepun, MotoGP, Nobuatsu Aoki, roda2, Suzuki, suzuki katana, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
    HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
  • Mitsubishi Triton Lite - Raja Trak Pikap
    Mitsubishi Triton Lite - Raja Trak Pikap
  • Senarai Tempoh Menunggu Model Perodua 2023, Alza Paling Lama, Lebih Setahun!
    Senarai Tempoh Menunggu Model Perodua 2023, Alza Paling Lama, Lebih Setahun!
  • Yamaha NVX 155 Kini di Malaysia - Harga RM10,500 Seunit
    Yamaha NVX 155 Kini di Malaysia - Harga RM10,500 Seunit

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my