• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Sosok Suzuki Katana (2019) Akhirnya Didedahkan, Bakal Dibawa Terbang ke Malaysia

Sosok Suzuki Katana (2019) Akhirnya Didedahkan, Bakal Dibawa Terbang ke Malaysia

October 3, 2018 By Aryon Leave a Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI akhirnya mendedahkan sepenuhnya model Katana (2019) buat tatapan umum selepas menyiarkan 4 video acah mengenai sportbike ikonik itu. Lebih bersejarah, upacara pengenalan semula Katana baharu itu dibuat di Pameran Motosikal Antarabangsa (Intermot), yang juga menjadi tempat pertama Katana pertama diperkenalkan pada 1980 pada Pameran Motor Cologne.

Video akhir di bawah ini mendedahkan sepenuhnya sosok badan model tersebut jelas membawa bersama DNA GSX1100S (1981), yakni model pertama yang memperkenalkan nama Katana buat kali pertama kepada dunia.

Daripada rekabentuk lampu utama berpetak, Katana (2019) baharu tampil begitu dramatik dengan siluet badan moden. Ia juga dilihat lebih kompak berbanding generasi terdahulu dengan saiz badan lebih pendek dan gemuk di depan.

Katana (2019) memiliki berat 215kg, manakala jarak roda 1,460mm. Enjin pula dipinjam daripada GSX-R1000, jenis empat sebaris berkapasiti 999cc dengan kuasa 148hp dan tork 108.4Nm.

Di sebalik rekabentuk penuh bersejarah itu, Katana (2019) dilengkapkan dengan teknologi motosikal moden masa kini seperti klac had tork-belakang, 3 mod pacuan, kaliper brek Brembo dan set tayat tiubles yang direka khas untuk model tersebut.

Lebih menggembirakan Suzuki Malaysia khabarnya akan membawa masuk Katana (2019) ke pasaran negara ini. Ini dibuktikan menerusi status terbaharu, 'The Katana will comeback to Malaysia' yang dimuat naik di laman Facebook wakil pengedar itu seperti di bawah. Wow!

SIRI TEASER SUZUKI KATANA (2019)

Video Acah 1: Suzuki Katana (2019) - Debut 2 Oktober Ini

Video Acah 2: Suzuki Katana (2019) - Pedang Sudah Siap!

Video Acah 3: Suzuki Katana (2019) - Imej Tangki Didedahkan

Video Acah 4: Kelibat Semakin Jelas, Suzuki Katana (2019) Siap Sedia Debut

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Intermot 2018, Pameran Motosikal Antarabangsa (Intermot) 2018, roda2, sportbike, Suzuki, Suzuki Katana (2019)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
    #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini
    Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev