• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Video Acah Kedua Suzuki Katana, Pedang Sudah Siap!

Video Acah Kedua Suzuki Katana, Pedang Sudah Siap!

September 16, 2018 By Aryon Leave a Comment

267
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LEBIH SEMINGGU lalu, Suzuki menyiarkan video acah yang memberi bayangan tentang kehadiran model Katana sempena Pamera Motosikal Antarabangsa (Intermot) 2018, beberapa minggu lagi. Semestinya paparan video pedang ditempa sudah cukup menggambarkan tentang kemunculan sportbike tersebut.

Pada Mac tahun ini, Suzuki dilaporkan memohon paten untuk perkataan 'Katana' (lihat logo bawah) dalam karakter Jepun sebelum disusuli video acah pertama lebih seminggu lalu.

BACA >>> Suzuki Tunjuk Video Acah Katana yang Penuh Dramatik, Debut 2 Oktober Ini

Dalam video lalu, kita ditunjukkan sepotong besi sedang ditempa hingga menjadi bentuk pedang yang merah dan panas. Video kedua terbaharu ini pula memaparkan pedang tersebut sudah sempurna ditempa dan sememangnya ia sebilah katana yang sedia menunjukkan diri pada Intermot akan datang. Memang tidak sabar menanti! 

Logo Katana

Adakah gambaran pedang itu sendiri memberikan klu tentang penampilan model jelmaan semula tersebut? Mungkinkah ia jentera yang tajam dan berkuasa? Buat masa sekarang terpaksalah berteka-teki kerana Suzuki cuma mahu mendedahkan dua video acah sahaja. Segala rahsia masih kekal tersimpan rapi.

BACA >>> Logo dan Nama Dipatenkan, Suzuki Katana Muncul Kembali?

Bagaimanapun, spekulasi mengatakan model dinanti itu bakal memperkenalkan trenkuasa pengecas turbo baharu untuk barisan famili Suzuki yang juga bakal menjadi nadi Hayabusa. Ada juga mendakwa penampilan Katana itu ialah GSX700T dengan menerapkan ciri kejepunan.

Apapun, kita perlu tunggu saja dan tidak mustahil akan muncul video acah ketiga yang bakal memberikan gambaran lebih jelas lagi. Sekarang cuma tinggal beberapa minggu lagi sebelum Intermot bermula 3 Oktober ini..

Artikel Berkaitan

267
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Intermot, Intermot 2018, Pameran Motosikal Antarabangsa (Intermot) 2018, Suzuki, suzuki katana, teaser, Video Acah, video teaser, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
    Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
  • Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
    Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
  • Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
    Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
  • Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!
    Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my