• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Suzuki Tunjuk Video Acah Katana yang Penuh Dramatik, Debut 2 Oktober Ini

Suzuki Tunjuk Video Acah Katana yang Penuh Dramatik, Debut 2 Oktober Ini

September 7, 2018 By Aryon Leave a Comment

143
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI Katana kini menjadi antara model hangat paling ditunggu di pasaran Amerika Syarikat (AS) dan Eropah selepas diuar-uarkan akan melakukan kemunculan semula berikutan tersebar berita mengenai permohonan paten untuk perkataan 'Katana' sejak Mac lalu. Sejak itu, banyak pemerhati mengikuti rapat perkembangan model ikonik tersebut.

Terbaharu, Suzuki menyiarkan video acah Katana yang memaparkan bunyi dram dramatik dengan latar serba hitam sambil diselang seli karakter Jepun dan imej sebilah pedang sedang ditempa dengan slogan 'Feel the Edge'.

Logo Katana

Kenapa ada gambaran kerja-kerja menempa pedang? Jawapannya mudah saja, bukankah Katana itu merujuk kepada  pedang dalam bahasa Jepun?

BACA >>> Logo dan Nama Dipatenkan, Suzuki Katana Muncul Kembali?

Menurut video tersebut, model yang sudah tidak lagi misteri itu bakal melakukan debut pada 2 Oktober ini sempena Pameran Motosikal Antarabangsa (Intermot) 2018 di Cologne, Jerman.

Suzuki Katana ditamatkan pengeluaran kira-kira sedekad lalu. Nama itu kali pertama muncul pada lewat 1970-an yang tampil dengan cetusan rekabentuk Jerman sebelum menjadi jenama seperti GSX-R600 dan GSX-R1000. Jika mengambil kira model terdahulu, ada kemungkinan kebangkitan Katana baharu ni dibina berasaskan arkitektur GSX-R1000.

Apapun, peminat permotoran semua perlu bersabar menanti tarikh dan masa yang dijanjikan.

Artikel Berkaitan

143
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: GSX-R600, Katana, Pedang, sportbike, Suzuki, Suzuki GSX-R1000, suzuki katana, teaser, Video Acah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my