• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #EICMA2018: Katana Versi Hitam Munculkan Diri Buat Kali Pertama di Milan

#EICMA2018: Katana Versi Hitam Munculkan Diri Buat Kali Pertama di Milan

November 7, 2018 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


SEPERTI dilaporkan bulan lalu tentang kehadiran Suzuki Katana Hitam, akhirnya model tersebut rasmi diperkenalkan kepada umum sempena Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018. Katana dengan seragam serba hitam itu akan ditawarkan bersama versi warna perak, tahun depan.

Secara peribadi, tiada pembaharuan paling terkini tentang kemunculan semula jentera retro tersebut dengan masih mengekalkan rekabentuk legasi lalu menerusi rekaan lampu petak, garis lekuk pada tangki minyak dan rupa depan bermuncung. Fon Suzuki warna merah yang tertera pada tangki jelas mengembalikan nostalgia berusia 37 tahun lama.

Ooh, Katana in black shown at Milan show!https://t.co/h1U5O37g6q pic.twitter.com/Kx6jRqbcHy

— Suzuki Bikes UK (@SuzukiBikesUK) 6 November 2018

Jentera seberat 215kg itu dipadankan enjin 999cc berkuasa 148bhp dengan gabungan 4 Material Elektromekanikal Komposit Suzuki (SCEM), dual injap terotel, terotel badan 44mm (seperti famili GSX-R1000) dan 10-lubang injektor.

BACA >>> Sosok Suzuki Katana (2019) Akhirnya Didedahkan, Bakal Dibawa Terbang ke Malaysia

Ciri lain disediakan untuk Katana ialah 3 mod kawalan traksi, klac sliper,  ABS dengan kaliper radial Brembo, bantuan rpm rendah dan papan pemuka penuh LCD baharu. Ciri LED didatangkan pada lampu depan, belakang dan signal. Keselesaan tunggangan diserahkan kepada suspensi fork terbalik (USD) penuh KYB 43mm dan absorber prabeban/lantun boleh laras.

Bahagian roda dipasangkan tayar Dunlop Roadsport 2s saiz 120/70 dan 190/50 dengan rim 17 inci.  Satu-satunya demerit jelas untuk motosikal retro ini ialah kapasiti bahan api kecil dengan unit ekor pendek dan langsing berserta tangki profil rendah.

BACA >>> Suzuki Tunjuk Video Acah Katana yang Penuh Dramatik, Debut 2 Oktober Ini

Pembeli juga boleh memilih aksesori tambahan, seperti kaliper brek Brembo warna merah, pelindung kotak enjin gentian karbon, skrin gelap, pelana dengan logo Katana dan hendal dengan ciri pemanas, pelindung penutup tangki minyak dan pelekat rim.

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: auto terkini, Hiroshi Tachi, Intermot 2018, Pamera Motor Milan (EICMA) 2018, Pameran Motosikal Antarabangsa (INTERMOT), Pameran Motosikal Antarabangsa (Intermot) 2018, roda2, sportbike, Suzuki, Suzuki GSX 1100X Katana, Suzuki Katana (2019), Suzuki Katana Hitam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
    Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
  • #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?
    #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?
  • #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
    #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my