Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Suzuki Perkukuh Barisan SUV Malaysia, Perkenal Jimny AllGrip Plus, Jimny Rhino Plus dan Fronx Sport
Roda4

Suzuki Perkukuh Barisan SUV Malaysia, Perkenal Jimny AllGrip Plus, Jimny Rhino Plus dan Fronx Sport

SyafieBy Syafie08/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

NAZA Eastern Motors terus memperkukuh penawaran jenama Suzuki di Malaysia menerusi pelancaran tiga model baharu iaitu Suzuki Jimny AllGrip Plus, Suzuki Jimny Rhino Plus dan Suzuki Fronx Sport.

Ketiga-tiga model itu hadir dengan peningkatan dari aspek keselamatan, teknologi bantuan pemandu, gaya lebih menarik serta nilai pemilikan yang lebih kompetitif untuk pengguna tempatan.

Bagi model Jimny AllGrip Plus, Suzuki mengekalkan harga jualan RM158,900 (atas jalan tanpa insurans) walaupun menerima pelbagai peningkatan baharu. Sementara itu, Jimny Rhino Plus ditawarkan pada harga RM173,900, manakala Fronx Sport dijual pada harga RM130,888. Suzuki turut mengumumkan harga baharu bagi Fronx standard, kini bermula RM118,888.

Suzuki Jimny AllGrip Plus Lebih Selamat dan Praktikal

Model ikonik off-road itu kini hadir dengan pelbagai ciri tambahan yang meningkatkan keselesaan dan keselamatan pemanduan harian tanpa menjejaskan keupayaan lasaknya.

Antara ciri baharu Jimny AllGrip Plus:

Keselesaan dan Kemudahan

  • Sensor parkir depan dan belakang dengan sonar
  • Cermin sisi lipat automatik dan fungsi pemanas
  • Kawalan Jelajah Adaptif (Adaptive Cruise Control)
  • Sistem infotainmen skrin sentuh 9 inci

Keselamatan dan ADAS

  • Kamera undur dengan radar gelombang milimeter
  • Dual Sensor Brake Support II (DSBS II)
  • Amaran dan Pencegahan Keluar Lorong
  • Amaran Hayunan Kenderaan
  • Lampu Tinggi Automatik
  • Isyarat Henti Kecemasan
  • Beg udara sisi dan tirai

Di bawah bonet, Jimny AllGrip Plus masih menggunakan enjin petrol 1.5 liter aspirasi natural empat silinder yang menghasilkan 100hp dan 130Nm, dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan serta sistem pacuan empat roda AllGrip Pro lengkap dengan kotak gear transfer nisbah rendah.

Pilihan Warna Jimny AllGrip Plus

  • Kinetic Yellow + Bluish Black Pearl
  • Chiffon Ivory + Bluish Black Pearl
  • Jungle Green
  • Medium Grey
  • Bluish Black Pearl
  • Pure White Pearl

Suzuki Jimny Rhino Plus Tampil Lebih Garang

Selain Jimny AllGrip Plus, Suzuki turut memperkenalkan Jimny Rhino Plus, varian gaya hidup yang mengetengahkan penampilan lebih berani dan unik.

Aksesori eksklusif Jimny Rhino Plus:

  • Rim aloi 15 inci kemasan berkilat
  • Penutup tayar gantian dengan logo Rhino
  • Gril depan eksklusif
  • Garnis bawah bampar depan
  • Garnis bawah sisi
  • Visor pintu
  • Mud flap merah depan dan belakang

Dari segi mekanikal, Rhino Plus mengekalkan enjin 1.5 liter, transmisi automatik empat kelajuan dan sistem pacuan empat roda AllGrip Pro yang sama seperti Jimny AllGrip Plus.

Pilihan Warna Jimny Rhino Plus

  • Pure White Pearl
  • Kinetic Yellow
  • Chiffon Ivory

Suzuki Fronx Sport Tambah Karakter Lebih Sporti

Turut mencuri perhatian ialah Suzuki Fronx Sport, versi lebih agresif bagi SUV kompak Fronx yang direka untuk pengguna bandar yang mahukan gaya lebih sporty.

Kelengkapan eksklusif Fronx Sport:

  • Front lip
  • Spoiler belakang
  • Kit bampar belakang
  • Side skirt
  • Pelekat sisi kiri dan kanan
  • Balutan bumbung (roof wrap)
  • Rim aloi 17 inci
  • Tayar Continental UltraContact UC7
  • Kemasan cat khas pada front lip, diffuser belakang dan spoiler
  • Perakam video digital (DVR) depan dan belakang
  • Visor pintu

Model import penuh (CBU) dari Indonesia itu berukuran:

  • Panjang: 3,995mm
  • Lebar: 1,765mm
  • Tinggi: 1,550mm
  • Jarak roda: 2,520mm

Enjin Mild-Hybrid, Jarak Pemanduan Lebih 700km

Fronx Sport dikuasakan enjin petrol 1.5 liter empat silinder aspirasi natural yang dipadankan dengan Integrated Starter Generator (ISG).

Output kuasa adalah:

  • 103PS pada 6,000rpm
  • 138Nm pada 4,400rpm

Kuasa disalurkan menerusi transmisi automatik enam kelajuan dengan paddle shifter.

Gabungan sistem mild-hybrid lithium-ion dan tangki bahan api 37 liter membolehkan Fronx Sport mencapai jarak perjalanan melebihi 700km mengikut piawaian WLTP.

Suspensi terdiri daripada:

  • MacPherson Strut (depan)
  • Torsion Beam (belakang)

Selain itu, Fronx Sport menawarkan kelegaan bumi setinggi 170mm.

Lengkap ADAS dan Penarafan ASEAN NCAP 5 Bintang

Fronx Sport hadir dengan pelbagai teknologi keselamatan moden termasuk:

  • Kawalan Jelajah Adaptif
  • Bantuan Tukar Lorong
  • Amaran Keluar Lorong
  • Pencegahan Keluar Lorong
  • Bantuan Kekal Lorong
  • Pemantau Titik Buta
  • Amaran Trafik Silang Belakang
  • Amaran Hayunan Kenderaan
  • Bantuan Lampu Tinggi
  • Hill Hold Control
  • ISOFIX
  • Enam beg udara

Model itu juga disokong penarafan ASEAN NCAP 5 bintang, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai SUV kompak yang menawarkan keseimbangan antara gaya, keselamatan dan kepraktisan.

Harga Suzuki Baharu di Malaysia

  • Suzuki Jimny AllGrip Plus – RM158,900
  • Suzuki Jimny Rhino Plus – RM173,900
  • Suzuki Fronx Sport – RM130,888
  • Suzuki Fronx – RM118,888

Kesemua model didatangkan dengan waranti kenderaan tiga tahun atau 100,000km (mana yang terdahulu). Khusus untuk Fronx Sport, Suzuki turut menawarkan waranti bateri mild-hybrid selama lima tahun atau 100,000km.

Naza Eastern Motors kini disokong rangkaian 14 pusat jualan dan 13 pusat servis di seluruh negara bagi memastikan pengalaman pemilikan yang lebih menyeluruh kepada pelanggan Suzuki Malaysia.

Auto Terkini Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Naza Eastern Motors Suzuki Fronx Sport Suzuki Jimny AllGrip Plus Suzuki Jimny Rhino Plus
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    RCB, UMA Racing Perkenal Barisan Atlet dan Duta 2026, Terus Sokong Bakat Perlumbaan Malaysia

    08/06/2026
    Roda4

    Ford Everest Baharu Dilancar di Malaysia, Ada Tiga Varian, Harga Mula RM316,888

    08/06/2026
    Auto Terkini

    Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

    05/06/2026
    Suspek nahas Simpang Renggam didakwa bawah Seksyen 302
    Auto Terkini

    Nahas Simpang Renggam: Suspek Direman Empat Hari Lagi, Kes Disiasat Bawah Seksyen 302

    05/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.