Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»RCB, UMA Racing Perkenal Barisan Atlet dan Duta 2026, Terus Sokong Bakat Perlumbaan Malaysia
Auto Terkini

RCB, UMA Racing Perkenal Barisan Atlet dan Duta 2026, Terus Sokong Bakat Perlumbaan Malaysia

SyafieBy Syafie08/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

RCB dan UMA Racing terus memperkukuh komitmen terhadap pembangunan sukan permotoran negara menerusi pengumuman rasmi barisan atlet dan duta jenama bagi musim 2026 yang menampilkan gabungan pelumba bertaraf dunia, juara serantau dan bakat muda yang sedang meningkat naik.

Pengumuman itu mengukuhkan lagi kedudukan kedua-dua jenama tempatan tersebut sebagai antara penyokong utama pembangunan pelumba motosikal Malaysia yang bersaing di pentas antarabangsa termasuk Kejuaraan Dunia Moto2, Moto3, Asia Road Racing Championship (ARRC) dan Kejuaraan Cub Prix Malaysia.

Gabungan Pelumba Dunia dan Bintang Tempatan

Bagi musim 2026, RCB dan UMA Racing menyenaraikan enam nama besar yang mewakili pelbagai kategori perlumbaan antarabangsa dan serantau.

Antaranya ialah pelumba Sepanyol, David Alonso Gomez, yang kini beraksi dalam Kejuaraan Dunia Moto2 bersama pasukan CFMoto Aspar Racing Team. Pelumba muda itu dianggap antara prospek paling cerah dalam arena perlumbaan motosikal dunia selepas mencipta nama sejak peringkat junior dan Grand Prix.

Turut menerima sokongan ialah pelumba negara, Hakim Danish Ramli, yang kini menggalas cabaran Malaysia dalam Kejuaraan Dunia Moto3 bersama pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi Racing Team. Hakim sebelum ini mencipta sejarah sebagai pelumba Malaysia pertama menjuarai Idemitsu Asia Talent Cup.

Hafizh Syahrin Kekal Ikon RCB dan UMA Racing

Nama paling menonjol dalam senarai tersebut sudah tentu bekas pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah, yang terus dikekalkan sebagai Atlet RCB dan Duta UMA Racing.

Hafizh yang kini bersama JDT Racing Team bukan saja muncul juara kategori Asia Superbike 1000 (ASB1000), malah kekal sebagai pelumba Asia Tenggara pertama yang pernah bersaing sepenuh masa dalam MotoGP.

Menurut Pengurus Besar Jenama MKA Group, Marcus Leong, hubungan jangka panjang antara Hafizh dan RCB mencerminkan komitmen bersama dalam memajukan sukan permotoran Malaysia.

Hafizh sudah menjadi sebahagian daripada perjalanan RCB selama bertahun-tahun dan pencapaiannya terus memberi inspirasi kepada kami,” katanya.

Kasma Daniel, Nazirul Izzat dan Qabil Irfan Turut Diberi Kepercayaan

RCB dan UMA Racing turut mengekalkan sokongan terhadap Kasma Daniel Kasmayudin, yang bersaing dalam kategori SS600 ARRC bersama Hong Leong Yamaha Racing Team selain beraksi dalam kelas CP150 Cub Prix bersama PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor.

Sementara itu, pelumba muda berbakat Nazirul Izzat Muhammad Bahauddin terus diberi kepercayaan sebagai Duta UMA Racing menerusi saingan kelas UB150 ARRC dan CP150 Cub Prix.

Lebih menarik, bakat muda berusia 14 tahun, Qabil Irfan Azlan, turut disenaraikan sebagai Atlet RCB. Pelumba SIC-GRYD Racing itu kini bersaing dalam Moto4 European Cup dan Moto4 Asia Cup, sekali gus dilihat sebagai antara prospek masa depan paling cerah buat Malaysia.

Lebih Daripada Sekadar Penajaan

Menurut RCB dan UMA Racing, sokongan yang diberikan bukan sekadar berbentuk penajaan kewangan semata-mata, tetapi turut merangkumi bantuan teknikal, pembangunan pelumba serta penyediaan komponen dan produk berprestasi tinggi untuk kegunaan latihan dan perlumbaan.

Malah, kedua-dua jenama itu turut aktif menyokong pasukan dan pelumba dalam MotoGP, Moto2, Moto3, WorldSBK, ARRC dan Cub Prix Malaysia, selain terlibat dalam pelbagai program komuniti, acara permotoran serta pembangunan bakat di peringkat akar umbi.

Langkah tersebut selari dengan visi jangka panjang RCB dan UMA Racing untuk melahirkan lebih ramai pelumba bertaraf dunia, sekali gus mengukuhkan lagi kehadiran Malaysia dalam arena perlumbaan motosikal antarabangsa.

Barisan Atlet dan Duta RCB & UMA Racing 2026

  • David Alonso Gomez – Moto2 World Championship (CFMoto Aspar Racing Team)
  • Hakim Danish Ramli – Moto3 World Championship (AEON Credit-MT Helmets-MSi)
  • Hafizh Syahrin Abdullah – Atlet RCB & Duta UMA Racing (ASB1000)
  • Kasma Daniel Kasmayudin – Atlet RCB & Duta UMA Racing (SS600 ARRC / CP150 Cub Prix)
  • Nazirul Izzat Muhammad Bahauddin – Duta UMA Racing (UB150 ARRC / CP150 Cub Prix)
  • Qabil Irfan Azlan – Atlet RCB (Moto4 European Cup / Moto4 Asia Cup)
Asia Road Racing Championship (ARRC) Auto Terkini Kejuaraan Cub Prix Malaysia Moto2 Moto3 RCB Uma Racing
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Suzuki Perkukuh Barisan SUV Malaysia, Perkenal Jimny AllGrip Plus, Jimny Rhino Plus dan Fronx Sport

    08/06/2026
    Roda4

    Ford Everest Baharu Dilancar di Malaysia, Ada Tiga Varian, Harga Mula RM316,888

    08/06/2026
    Moto3 GP Hungary 2026
    Moto3

    #Moto32026: Insiden Awal Hentikan Cabaran Hakim Danish di GP Hungary

    08/06/2026
    Auto Terkini

    Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

    05/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.