Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Suzuki GSX-R1000R 2026 dengan Enjin Dipertingkat, Guna Teknologi GSX-RR dalam MotoGP
Roda2

Suzuki GSX-R1000R 2026 dengan Enjin Dipertingkat, Guna Teknologi GSX-RR dalam MotoGP

Abang HirataBy Abang Hirata03/08/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Suzuki GSX R1000R 2026

PEKIKAN enjin kuasa tinggi kembali bergema! Suzuki memperkenalkan Suzuki GSX-R1000R 2026 baharu versi dikemas kini dengan enjin memenuhi piawaian emisi Euro5+ tanpa mengorbankan output prestasi tinggi.

Enjin 4-silinder sebaris 1000cc terus menggunakan sistem pemasaan injap variabel (VVT) yang dibangunkan berasaskan pengalaman Suzuki dalam Kejuaraan Dunia MotoGP.

Pembaharuan Enjin untuk Kuasa Maksimum

Sistem mekanikal itu dibangunkan berasaskan jentera prototaip Suzuki GSX-RR yang pernah memenangi MotoGP 2020 yang terbina dalam sproket aci (cam sprocket) masukan dan plat pandu (guide plate) bersebelahan.

Ia menggunakan 12 bebola keluli (steel balls) dan alur condong (slanted grooves) untuk memutar sproket yang melambatkan pemasaan injap masukan pada rev (RPM) ditetapkan, sekali gus meningkatkan kuasa pada rev tinggi tanpa mengorbankan output pada julat pertengahan dan rendah.

Selain itu, sistem injap lengan penolak jari (finger follower) dikekalkan, tetapi bentuk jari (finger) pada kedua-dua sisi masukan dan ekzos dioptimum untuk profil aci baharu.

Diameter injap ekzos juga dibesarkan daripada 24mm kepada 25mm, dengan aci sesondol (camshaft) baharu dan rantai aci sesondol lebih lebar. Tinggi bukaan injap (lift valve) maksimum kekal sama, dengan pertindihan dikurangkan bagi memenuhi sasaran emisi.

Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026

Pembaharuan enjin lain adalah seperti:

  • Pam bahan api baharu: Meningkatkan tekanan bahan api.
  • Injektor bahan api diubah suai: Injektor suapan atas sekunder berubah daripada 10 kepada lapan lubang untuk emisi lebih bersih.
  • Badan terotel lebih besar: Ukuran gerek dibesarkan kepada 48mm daripada 46mm.
  • Saluran udara baharu: Saluran satu peringkat untuk meningkatkan kuasa puncak.
  • Piston aluminium tempa baharu: Mempunyai skirt pendek, sisi potongan, dan pin piston pendek saduran DLC untuk mengurangkan geseran. Kepala piston dibentuk semula untuk meningkatkan nisbah mampatan kepada 13.8:1.
  • Rod sambung keluli krom-molibdenum: Salutan permukaan karbonasi untuk meningkatkan kekuatan dan reliabiliti apabila ditala ke tahap lebih tinggi untuk perlumbaan.
  • Aci engkol (crankshaft) baharu: Permukaan galas (jurnal) lebih tebal, dipertingkat daripada 35mm kepada 37mm, dan direka untuk menampung beban lebih tinggi, serta kotak engkol (crankcase) baharu direka bersama aci engkol baharu.
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026

Sistem ekzos juga menerima pembaharuan dengan badan silenser lebih kompak berkapasiti 8.3 liter kepada 5.5 liter. Penukar bermangkin elips (elliptical catalytic converter) berkapasiti lebih besar dalam pengumpul diletakkan lebih dekat dengan enjin untuk pemanasan lebih cepat bagi membantu meningkatkan prestasi.

Dengan semua pembaharuan itu, Suzuki GSX-R1000R menghasilkan output kuasa 195ps @ 13,200rpm, dan tork 110.0Nm @ 11,000rpm.

Casis dan Aerodinamik

Suzuki GSX-R1000R 2026

Suzuki GSX-R1000R baharu mengekalkan frem aluminium twin-spar ringan yang sama, subfrem dan swingarm aluminium diperkukuh seperti versi terdahulu.

Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026

Sistem suspensi Showa menampilkan fork depan dan monoshock bebas imbang (balance free monoshock) serta damper hendal dikawal secara elektronik.

Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026

Sistem brek menggunakan cakera 320mm dengan kaliper monoblok Brembo di depan, dan brek cakera 220mm dengan kaliper brek tunggal (belakang).

Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) baharu turut diperkenalkan yang 51 gram lebih ringan berbanding model terdahulu. Rim aluminium tuang ringan dibalut tayar Bridgestone BATTLAX RACING STREET RS11 bersaiz 120/70Z R17 M/C di depan, dan 190/55Z R17 M/C (belakang).

Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026

Komponen baharu yang menonjol ialah set winglet, yang dibangunkan bersama pasukan lumba Suzuki CN Challenge.

Komponen winglet itu diperbuat daripada karbon kering dengan struktur berongga untuk daya mendap yang meningkat pada halaju tinggi, sekali gus meningkatkan kestabilan dan mengurangkan kesan wheelie.

Teknologi Elektronik Terkini

Suzuki GSX R1000R 2026

Pakej elektronik dikemas kini untuk mempertingkat potensi prestasi Suzuki GSX-R1000R yang membolehkan penunggang menyesuaikan karakter motosiklal itu mengikut keutamaan atau situasi tunggangan.

Selain Unit Unjuran Inersia (IMU) 6-arah, sistem kawalan traksi kini dikemas kini dengan menggabungkan Kawalan Tork Oleng (Roll Torque Control, RTC) fungsi anti-wheelie, dan pilihan 10 mod tunggang yang boleh dinyah aktif.

Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026

Ciri RTC Suzuki menggunakan data daripada IMU dan sensor halaju roda untuk mengira sudut miring dan kelajuan motosikal bagi menentukan tahap output kuasa optimum.

Ciri berkenaan berfungsi bersama kawalan traksi untuk memberikan kestabilan ketika melayan selekoh bagi mengelak gelinciran roda dan menghasilkan pecutan lebih lancar.

Ciri elektronik lain adalah seperti:

  • Terotel elektronik RBW (Ride-by-Wire)
  • Anjakan gear pantas Quickshifter dua hala
  • ABS Belok yang sensitif sudut miring dan kawalan mengikut kecerunan
  • Kawalan Luncur (Launch Control)
  • Bantuan rev rendah
  • Fungsi penghidup enjin mudah Suzuki Easy Start System (SESS)

Bateri penghidup Li-ion HY battEliiy P-series baharu kini lebih kompak dan ringan yang direka untuk reliabiliti, ketahanan, keupayaan menghidupkan enjin lebih baik dan jangka hayat lebih panjang.

Rekabentuk Klasik Rai Ulang Tahun ke-40

Suzuki GSX-R1000R 2026

Suzuki GSX-R1000R 2026 hadir dalam tiga skema warna baharu sebagai tribut kepada liveri klasik GSX-R terdahulu:

  • Biru dan putih klasik
  • Merah dan putih
  • Kuning dan biru kusam
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026

Setiap model menampilkan grafik ulang tahun ke-40 pada fairing dan tangki bahan api, berserta logo R retro pada kowl enjin. Logo GSX-R dapat dilihat pada pelana dan silenser ekzos, manakala penutup magnet dan klac dalam kemasan kelabu. Superbike itu dijangka tiba di pengedar seluruh Britain menjelang musim bunga (Mac-Mei)  2026.

Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
Suzuki GSX-R1000R 2026
roda2 superbike Suzuki Suzuki GSX-R1000R
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MV Agusta Brutale 1000 ABT, Seni Itali dan Kejuruteraan Prestasi Jerman, 130 unit sahaja!

    15/05/2026
    Roda2

    MODENAS Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    15/05/2026
    Roda2

    Suzuki GSX-8T, GSX-8TT Menang Red Dot Award 2026

    14/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    14/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Roda2

    MODENAS Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.