Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Suzuki Bandit 150: Satu Lagi Sportbike Mahu Bikin Kacau Pasaran Indonesia
Roda2

Suzuki Bandit 150: Satu Lagi Sportbike Mahu Bikin Kacau Pasaran Indonesia

AryonBy Aryon31/07/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KHABARNYA di Indonesia sedang kecoh tentang bakal ketibaan model baru Suzuki Bandit 150 sempena Pameran Auto Antarabangsa Indonesia Gaikindo (GIIAS) 2018, bermula esok. Malah media dari negara seberang mendakwa sudah menerima undangan Suzuki tentang pelancaran satu model sportbike yang hampir pasti ialah Bandit 150 (harap Suzuki Indonesia tidak ban media yang buat spekulasi).

Sebenarnya spekulasi tentang Bandit 150 ada asasnya kerana kelibat jentera itu, yang sedang ditunggang uji di beberapa lokasi, sudah kerap kali ditangkap gambar daripada paparazi motor di sana. Jadi memang ada kaitan dan alasan yang munasabah untuk disensasikan.

BACA >>> Lagi Sportbike 150cc Mahu Keluar, Suzuki GSF 150 Bandit Buat Indonesia Pening

Malah, kehadiran Bandit 150 juga sudah didesas-desuskan pengurusan Suzuki Indomobil Sales (SIS) pada majlis bersama media pada Februari tahun ini. Menurut SIS, kehadiran Bandit 150 ialah termasuk dalam senarai 11 motor baru dan facelift yang akan diperkenalkan sepanjang tahun ini di Indonesia.

Sebenarnya, keputusan Suzuki memperkenalkan Bandit 150 turut menimbulkan persoalan kerana dalam kelas sportbike 150cc, pengeluar itu sudah pun ada  dua model yang mengisi segmen tersebut, iaitu GSX-R150 untuk versi fairing dan GSX-S150 versi naked. Bandit pula ialah sportbike versi naked.

Di Indoensia, kelas 150cc ialah segmen sportbike paling laris. Selain Suzuki dengan model GSX, lawan lain seperti Honda mempertaruhkan CB150 Streetfire dan CBR150R, manakala Yamaha dengan Vixion.

BACA >>> Suzuki GSX-150R Perkenal Semula Warna Putih yang Kini Lebih Mengancam!

Mungkinkah kehadiran Bandit ialah strategi Suzuki Indonesia untuk mengacai pasaran sportbike republik itu? Ini kerana kembar GSX dilihat sebagai model lama, sebaliknya Bandit 150 jika diperkenalkan dikira sebagai model serba baru, sekali gus merancakkan semula jualan Suzuki.

Walaupun sekali pandang nampak serupa seperti GSX-S150, perbezaan ketara yang ada pada Bandit 150 ialah rekabentuk pelana bersambung, sebaliknya GSX-S150 datang dengan pelana two-piece (lihat foto atas kanan). Kini, Persoalan yang sedang berlegar di kalangan pihak media di sana, mampukah Bandit menghadiahkan ‘sesuatu’ kepada Suzuki?

 

* Imej utama sekadar lakaran imaginasi Julak Sendie Design (JSD) berdasarkan foto spyshot. Harap maklum. 

Gaikindo 2018 GIIAS 2018 Indonesia naked bike Pameran Auto SIS sportbike Suzuki Suzuki Bandit 150 Suzuki Indomobil Sales (SIS)
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.