Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»SUV Subkompak Penuh Dramatik, Citroen C3 Aircross Lancar di Malaysia, Harga RM115k
Roda4

SUV Subkompak Penuh Dramatik, Citroen C3 Aircross Lancar di Malaysia, Harga RM115k

Han OthmanBy Han Othman24/04/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NAZA Euro Motors Sdn Bhd melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) generasi baharu, Citroën C3 Aircross serba baharu untuk pasaran Malaysia yang tampil dengan rekabentuk unik, ruang kabin luas dan teknologi moden terkini pada harga RM115,888, atas jalan tanpa insurans.

Di peringkat global, Citroën C3 Aircross meraih enam anugerah antarabangsa, iaitu Kereta Belian Terbaik Eropah 2018 (Autobest), SUV Urban Terbaik dan Kereta Terbaik (Argus 2018 Award), SUV Kecil Terbaik 2019 (Carbuyer), Crossover Kompak Terbaik (Company Car Today – CCT100) dan SUV Kecil Terbaik 2019 (Business Motoring Awards).

BACA >>> Citroen C3 Aircross Tidak Mahu Kalah, Turut Rancakkan Segmen Crossover [Foto + Video]

ENJIN PURETECH PENGECAS TURBO

Citroën C3 Aircross dikuasakan enjin 1.2L PureTech pengecas turbo berkuasa 110hp dan tork 205Nm @ 1,500rpm dengan transmisi automatik 6-kelajuan Tiptronic. Pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 10.4 saat, manakala kelajuan maksimum mencapai 200kmj.

Bahagian roda menggunakan rim aloi keratan berlian 4Ever bersaiz 17 inci, manakala dimensi badan ialah 4,150mm panjang, 2,000mm lebar dan 1,640mm tinggi, serta jarak roda 2,600mm, menjadikan model ini sebagai SUV subkompak yang seimbang dari segi keluasan dan keselesaan.

SERBA PRAKTIKAL, REKABENTUK UNIK

Ruang but C3 Aircross menawarkan kapasiti 410 liter dan boleh diluaskan kepada 520 liter dengan merebahkan barisan tempat duduk penumpang depan dan belakang. Malah mampu memuatkan muatan panjang hingga 2.4 meter. Barisan kerusi belakang boleh dilaraskan untuk dilungsurkan berasingan hingga 15sm, termasuk dilipat dalam konfigurasi 60:40

SUV ini menampilkan rekabentuk modular yang menyerlahkan keluasan menerusi falsafah klasik Citroën. Rupa luaran mengetengahkan gaya badan unik dengan personaliti tersendiri. Dari depan dapat dilihat lampu halogen klasik signatur Citroën yang diposisikan pada bampar, manakala lampu siang (DRL) LED diletakkan di atas, sebaris dengan bonet dan bersambung dengan gril chevron krom.

BACA >>> Citroen Rancang Hasilkan Kereta Bajet Rendah untuk Rakyat India

KABIN BERKARAKTER

Rupa belakang tampak maskular dan lebar. Bampar depan dan belakang dipasangkan plat skid yang menguatkan lagi imej lasak dan agresif SUV ini. Ruang kabin pula memberikan fiil luas yang dapat dirasakan menerusi gabungan rekabentuk pintar papan pemuka, kerusi dan fleksibiliti tempat duduk serta banyak kompartmen yang menjadikan segalanya nampak teratur dan kemas.

Fungsi major mudah dicapai menerusi skrin sentuh 7 inci intuitif di tengah papan pemuka yang disepadukan dengan Citroën Connect Radio yang serasi Android Auto, Apple CarPlay, MirrorLink, WiFi, Bluetooth dan USB.

Ambien Urban Red memberikan kesegaran ruang kabin, bersama kontras warna gelap dan rekabentuk unik 3D Quartz Grey pada kerusi fabrik yang cukup berkarakter. Semua kemasan itu disempurnakan dengan trim merah pada ventilator penyaman udara dan roda stereng, paparan pemuka Corinthe Grey dan brek tangan gaya pesawat terbang.

TEKNOLOGI KESELAMATAN TERKINI

Bagi keselesaan dan keselamatan, C3 Aircross dipakejkan ciri keselamatan lengkap seperti 6 beg udara, penghidup tanpa kunci, Program Stabiliti Elektronik (ESP), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek Kecemasan (EBA), dan dua pautan ISOFIX. SUV ini turut mendapat rating 5 bintang dalam ujian perlanggaran Euro NCAP. Sensor belakang dan kamera undur memberikan pandangan 180° sekeliling kereta berserta pandangan atas, menjadikan kerja memarkir lebih mudah dan pantas.

Ada dua pek warna untuk dipilih: Orange (jingga) dan Black (hitam). Pek Black menawarkan pilihan warna Passion Red (merah) dan Breathing Blue (biru) dengan penutup cermin sisi, perumah lampu utama dan bar bumbung dihitamkan. Pek Orange pula menggunakan warna jingga pada bahagian sama, tetapi dengan tambahan warna pada hab roda dan panel suku tingkap belakang. Warna Soft Sand dan Natural White turut ditawarkan dalam pek warna ini.

SERVIS PERCUMA SEMPENA ANIVERSARI!

Setiap pembelian C3 Aircross ditawarkan waranti 5 tahun atau 120,000km, bersama bantuan jalanan 24 jam dan akses eksklusif ruang santai SkyLounge by NAZA di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS). Lebih menarik, sempena meraikan ulang tahun Citroën ke-100, Naza Euro Motors menawarkan servis percuma 3 tahun kepada 100 unit pertama model ini!

BACA >>> Citroën C3 R5 – Lagi Jentera Rali Bajet Mahu Turun Trek

GALERI

Citroen Citroen C3 Aircross Crossover Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) NAZA Euro Motors Sdn Bhd Roda4 SUV SUV segmen-B SUV subkompak
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Mercedes-AMG A45 S Final Edition
Roda4

Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

28/07/2026
Suzuki meterai MoU FLUX |
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

28/07/2026
Porsche Cayenne Turbo Electric previu di Malaysia
Roda4

Porsche Cayenne Turbo Electric Tayang di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2 Juta!

28/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

By Syafie27/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.