• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Citroën C3 R5 – Lagi Jentera Rali Bajet Mahu Turun Trek

Citroën C3 R5 - Lagi Jentera Rali Bajet Mahu Turun Trek

November 13, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


SEBELUM ini, riuh tentang Proton Iriz R5 yang dibangunkan pasukan penala Proton Satria Neo S2000 secara persendirian, iaitu Mellors Elliot Motorsport (MEM). MEM sebenarnya memang sejak dulu lagi terbabit dalam program rali antarabangsa Proton.

Mitsubishi juga memiliki Mirage R5 yang bukan dibangunkan dari kilang sendiri atau kepakaran dalaman, tetapi  firma penala luar.

Tetapi apakah maksud R5 sebenarnya?

R5 bermula pada 2013 apabila Persekutuan Antarabangsa Automobil (FIA) mengeluarkan peraturan R5 dalam usaha membantu melahirkan kereta rali generasi baharu.

Asasnya, kereta rali R5 dibangunkan untuk pasukan dan pemandu persendirian dalam bentuk mesra bajet ini. Jentera R5 terkenal dengan julukan 'Mini WRC' berikutan tetapan spesifikasi, iaitu sistem pacuan semua roda (AWD), enjin 1.6L pengecas turbo, suntikan terus bahan api dan kuasa sekitar 280hp dengan kotak gear semi automatik sekuensial.

Sejak itu, jentera R5 mula digunakan dalam pelbagai perlumbaan rali seperti WRC 2, Kejohanan Rali Eropah (ERC) dan rali kebangsaan di banyak negara. Paling hampir di rantau ini ialah Mitsubishi Mirage R5 dan Skoda Fabia R5 yang digunakan dalam Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC).

PENDATANG BAHARU R5

Bermula tahun hadapan, kategori R5 bakal menambah satu lagi muka baharu, yang kali ini bukan dibina penala persendirian, tetapi pengeluar itu sendiri, iaitu Citroën.

Selepas menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D), termasuk memandu uji serta merekabentuk selama setahun, Citroën Racing bakal melakukan ujian pembangunan pertama Citroën C3 R5. Model rali yang disasarkan kepada pasukan atau pelumba persendirian itu dikatakan bakal menjadi penanda aras baharu dalam kategori berkenaan.

BACA >>> Proton Iriz R5 Cipta Sejarah & Dinobatkan Juara Rali Di Goodwood Festival of Speed 2017

Ujian dijalankan Yoann Bonato dan Benjamin Boulloud, juga pelumba yang baru saja menjuarai Kejohanan Rali Perancis 2017 menerusi jentera DS 3 R5.

Sejak awal September lalu, Citroën C3 R5 sudah terbabit dalam beberapa sesi ujian atas permukaan berturap dan kerikil. Beberapa pemandu lain turut terlibat dalam sesi ujian model prototaip tersebut, seperti Stéphane Lefebvre, Craig Breen dan Bonato sendiri dengan jarak perjalanan melebihi 4,000km.

'ZERO CAR' DI PERANCIS

Citroën C3 R5 03
Citroën C3 R5 02
Citroën C3 R5 01

Pada 23-26 November ini, Citroën C3 R5 akan digunakan sebagai salah satu zero car di Rallye du Var pada pusingan akhir Kejuaraan Perancis. Prototaip itu belum lagi boleh digunakan untuk berlumba kerana masih belum mendapat kelulusan homologasi FIA.

Citroën C3 R5 itu akan dipandu Bonato, selaku juara Kejohanan Perancis 2017 dalam empat siri rali (Limousin, Rouergue, Mont-Blanc dan Cœur de France) dengan DS 3 R5.

Rallye du Var bermula pada Jumaat, 24 November ini membabitkan 14 peringkat perlumbaan  berjarak 183km. Walaupun bukan perlumbaan rasmi C3 R5, tetapi sangat berguna dalam memberikan input penting kepada jurutera sebelum ditawarkan secara rasmi kepada pelumba dan pasukan berminat pada separuh pertama tahun hadapan.

GALERI

 

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Citroen, Citroën C3 R5, FIA, Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC), Kejuaraan Rali Dunia (WRC), kereta rali, Persekutuan Antarabangsa Automobil (FIA), R5, rali, Roda4, WRC

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
    Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
  • Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
    Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
  • Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
    Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
  • RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
    RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my