Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»SUV Kompak Chery Tiggo 7 Pro 2024 Lancar di Malaysia, Harga RM123,800
Roda4

SUV Kompak Chery Tiggo 7 Pro 2024 Lancar di Malaysia, Harga RM123,800

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/06/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CHERY Auto Malaysia (Chery Malaysia) secara rasmi melancarkan Chery Tiggo 7 Pro 2024, iaitu model kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharu selepas Omoda 5, E5 dan Tiggo 8 Pro untuk pasaran tempatan.

Chery Tiggo 7 Pro 2024 ialah model pemasangan tempatan (CKD) dari kilang Inokom di Kulim, Kedah, dan ditawarkan dalam satu varian sahaja untuk pengguna Malaysia pada harga RM123,800.

Menariknya, 2,000 pembeli pertama dapat memiliki SUV segmen-C ini pada harga istimewa RM119,800 sahaja. Berikut perincian Chery Tiggo 7 Pro 2024:

WARNA

  • Ada empat pilihan warna: Bloodstone Red with Black Roof (merah-hitam), Khaki White with Black Roof (putih-hitam), Carbon Black (hitam) dan Vanilla Blue (biru lembut).

TRENKUASA

  • Enjin petrol 4-silinder 16-injap 1.6L turbo suntikan terus (TGDi) berkuasa 194hp dan tork 290Nm.
  • Transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan dalam pacuan dua roda (2WD).
  • Pecutan 0-100kmj mengambil masa 8.3 saat.
  • Kelajuan maksimum 205kmj.
  • Kadar penggunaan bahan api 7 liter per 100km.

LUARAN

  • Sistem lampu LED penuh pada lampu utama, lampu belakang, lampu kabus, lampu siang (DRL), dan lampu signal belok (jenis sekuensial).
  • Ada sensor hujan pada cermin depan.
  • Pintu but elektrik.
  • Dimensi panjang 4,513mm, lebar 1,862mm, dan tinggi 1,696mm, manakala jarak roda 2,670mm dan berat kasar 1,512kg.

DALAMAN

  • Kerusi dan stereng menggunakan material kulit tiruan (leatherette) dengan kluster butang kawalan pada stereng.
  • Sistem penghidup tanpa kunci dan enjin boleh dihidupkan secara kawalan jauh.
  • Ada tiga mod pandu: ECO, Normal dan Sport.
  • Kerusi pemandu boleh laras elektrik 6-tetapan, dan penumpang depan 4-tetapan. Kerusi barisan depan juga ada ciri ventilasi.
  • Dilengkapi pengecas wayarles 50W.
  • Ada lampu ambien boleh kustom pelbagai warna.
  • Penyaman udara dwi-zon automatik (depan) dan ada corong penyaman udara untuk penumpang belakang.
  • Sistem infotainmen dwi-skrin 24.6 inci jenis melengkung dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Sistem bunyi premium Sony Audio System dengan lapan pembesar suara.
  • Ada dua port USB dan satu port pengecas pantas Type-C, serta dua soket 12V.
  • Bumbung suria panoramik dan ciri Brek Parkir Elektrik (EPB).

KESELAMATAN

Ciri keselamatan Chery Tiggo 7 Pro 2024 terdiri daripada tiga bahagian utama, iaitu Bantuan Pemanduan, Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) generasi terbaharu 2.5, dan pakej keselamatan standard seperti berikut:

  • Kamera panoramik definisi tinggi (HD) 540º
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Sistem Bantuan Brek
  • Progran Stabiliti Elektronik (ESP)
  • Kawalan Bantuan Daki Bukit (HAC) dengan Kawalan Turun Bukit (HDC)
  • Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS)
  • Ada tujuh beg udara SRS.
  • Brek Kecemasan Automatik (AEB)
  • Brek Multi-Rempuhan (MCB)
  • Pengesan Titik Buta (BSD)
  • Amaran Buka Pintu (DOW)
  • Bantuan Trafik Sesak (TJA)
  • Kawalan Lampu Suluh Tinggi Pintar (IHBC)
  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW) dan Belakang (RCW)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dan Integrasi Kawalan Jelajah (ICC)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW) dengan Cegah Keluar Lorong (LDP)
  • Bantuan Tukar Lorong (LCA) dan Bantuan Kecemasan Kekal Lorong (ELKA)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dan Brek Trafik Lintas Belakang (RCTB)
Chery Auto Malaysia Chery Malaysia Chery Tiggo 7 Pro Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV SUV kompak SUV segmen-B
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.