Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»SUV Elektrik Mazda MX-30 (2022) Buka Tempahan! 12 Perkara Anda Perlu Tahu
Auto Terkini

SUV Elektrik Mazda MX-30 (2022) Buka Tempahan! 12 Perkara Anda Perlu Tahu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERMAZ Motor Trading mengumumkan pra-tempahan untuk model kenderaan bateri-elektrik (BEV) pertama Malaysia, Mazda MX-30 pada harga permulaan serendah RM198,780.

Model import dari Jepun (CBU) itu didatangkan dalam dua varian pilihan untuk pelanggan yang mahukan kenderaan elektrik tanpa mengorbankan kepuasan pemanduan.

BACA >>> Bermaz Tayang SUV EV Mazda MX-30, Bakal Masuk Malaysia!
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Crossover EV Mazda MX-30 Cuma Dapat Pandu 200km?

Berikut perincian Mazda MX-30 (2022):

1. ADA BERAPA VARIAN

  • Dua varian diperkenalkan: EV Mid dan EV High.
  • Buat masa ini, Bermaz Motor tiada perancangan menambah varian pilihan.

2. HARGA MX-30

  • Harga varian EV High, RM198,780, manakala varian EV Mid akan dimuktamadkan kelak.

3. PILIHAN TRENKUASA

  • MX-30 ialah kenderaan BEV dengan Motor Segerak Magnet Kekal (Permanent Magnet Synchronous Motor – PMSM).
  • Pek bateri voltan tinggi menghasilkan output 35.5kWh untuk mengurangkan impak terhadap alam sekitar. Pek bateri litium-ion ada sistem penyejukan tersendiri.
  • Sistem pacuan roda depan (FWD) untuk kedua-dua varian. Motor elektrik mampu menghasilkan kuasa 107kW (143hp) dan tork 271Nm.

4. BERAPA JARAK PEMANDUAN

  • Anggaran jarak pemanduan untuk setiap cas bateri penuh ialah 199km, tetapi bergantung situasi dan gaya pemanduan, termasuk faktor suhu.

5. MODEL CBU SAHAJA

  • MX-30 diimport dari Jepun dan belum ada sebarang rancangan menjadikan produk itu model pemasangan tempatan (CKD) di kilang Inokom Kulim, Kedah.

6. BILAKAH BOLEH TEMPAH DAN MASA KIRIMAN DIBUAT?

  • Pelanggan boleh membuat tempahan bermula hari ini, 29 Jun, tetapi hanya di bilik pameran Mazda Glenmarie.
  • Kiriman dijangka bermula seawal suku keempat tahun ini, bergantung situasi jika tiada sebarang gangguan bekalan kenderaan dan alat ganti Jepun.

BACA >>> Mazda MX-30 Dipilih Kereta Paling Cantik 2020 di Jepun!
BACA >>> Mazda CX-30, MX-30 Raih Anugerah Red Dot: Product Design 2020

7. SENARAI PILIHAN WARNA

Ada lima pilihan warna ditawarkan untuk edisi 2022 iaitu:

Soul Red Crystal (merah dengan bumbung hitam)
Machine Gray (kelabu)
Polymetal Gray (biru kelabu)
Jet Black Mica (hitam dengan tiang bumbung perak)
Zircon Sand (coklat hijau dengan bumbung hitam)

8. JAMINAN

  • Dipakejkan dengan waranti pengilang lima tahun atau 100,000km (mana satutiba dulu), tidak termasuk pek bateri litium-ion.
  • Waranti bateri litium-ion atau bateri EV pula hingga lapan tahun atau 160,000km (mana satu tiba dulu).

9. KAEDAH DAN ALAT PENGECAS

  • Menggunakan kabel pengecas Type 2 (normal) dan juga CCS2 untuk DC (pengecasan pantas).
  • Pembeli akan menerima pengecas mudah alih AC, tidak termasuk pengecas EV untuk dipasang di kediaman. Bagaimanapun, Bermaz akan memberi khidmat nasihat dan saranan jika pelanggan bercadang memasang kotak pengecas di rumah.

BACA >>> #TMS2019: MX-30 – Model EV Pertama Mazda dengan Pintu Ala RX-8

10. TEMPOH PENGECASAN

Kedua-dua varian memerlukan tempoh masa sama mengecas bateri dengan perbezaan masa cuma membabitkan kaedah pengecasan dan voltan:

Pengecasan AC (normal) untuk capai kapasiti 100 peratus:

  • 3kW – 12 jam
  • 6.6kW – 5 jam

Pengecasan DC (pantas) untuk capai kapasiti 80 peratus:

  • 40kW – 36 minit

11. PAKEJ KESELAMATAN TERMAJU

Dilengkapi pakej Teknologi Keselamatan Termaju  i-Activsense untuk melindungi pemandu dan penumpang dalam setiap perjalanan, seperti:

  • Pemantau Titik Buta (BSM)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Sistem Amaran Pergerakan Keluar Lorong  (LDWS)
  • Amaran Perhatian Pemandu (DAA) dengan Pemantau Pemandu
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LAS)

Varian EV High menerima tambahan ciri keselamatan Lampu Utama Adaptif (ALH), Amaran Trafik Lintas Depan (FCTA) dan Sokongan Trafik dan Jelajah (CTS).

12. APA BEZA MID DAN HIGH?

  • Rim aloi: Mid perak, High cerah
  • Lampu utama: Mid LED, High LED Signatur
  • Bumbung suria: High dilengkapi ciri ini dengan kaca cermin boleh miring
  • Cermin pandang belakang: Mid ada frem, High tanpa frem
  • Fungsi kerusi depan boleh laras: Mid manual 6-tetapan (pemandu dan penumpang), High elektrik 8-tetapan (pemandu), manakala penumpang depan manual 6-tetapan.
  • Material kerusi: Mid Fabrik, High kombinasi fabrik dan kulit tiruan (leatherette).
  • Pembesar suara: Mid, lapan pembesar suara, High, 12 unit pembesar suara Bose
  • Kamera undur: Mid kamera biasa, High monitor 360º
Auto Terkini bermaz Motor Kenderaan Elektrik (EV) Mazda MX-30 (2022) Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam21/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.