Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»SUV Elektrik Lotus Eletre 2024 Tiba di Malaysia, Harga RM598.8k!
Roda4

SUV Elektrik Lotus Eletre 2024 Tiba di Malaysia, Harga RM598.8k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LOTUS Cars Malaysia memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik (EV) Lotus Eletre, iaitu varian terbaharu pada harga bermula serendah RM598,800 dengan penghantaran dijangka bermula Oktober ini. Harga tidak termasuk cukai jalan dan perlindungan insurans serta sah untuk pembelian di Semenanjung Malaysia.

Varian EV asas itu akan mengisi lompong antara model pertengahan Eletre S (RM698,000), dan versi perdana Eletre R (RM838,000).

Lotus Eletre membolehkan pemilik memiliki EV hampir sama seperti Eletre S dan Eletre R, tetapi tetap ada perbezaan dalam aspek komponen dan ciri kenderaan berkenaan.

Model ini disasarkan lebih kepada pembeli yang menitikberat kemewahan dan pemanduan prestasi tinggi. Berikut perinciannya:

  • Dua warna baharu: Akoya White (putih) dan Cinnabar Red (merah) serta warna lain seperti KaimuGrey (kelabu), SolarYellow (kuning), Natron Red (merah),Galloway Green (hijau), Stellar Black (hitam) dan Blossom Grey (kelabu).
  • Dipacu sistem kelajuan tunggal berkuasa 603hp dan tork 710Nm.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 4.5 saat.
  • Kelajuan maksimum 258kmj dan jarak pemanduan sejauh 600km.
  • Menggunakan bateri 112kWh dan pengecas 350kW yang membolehkan pengecasan pantas 10-80 peratus dalam masa 20 minit.

  • Ada lima mod pandu: Range, Tour, Sport, Off-Road dan Individual.
  • Rim aloi 5-jejari 20 inci, dan ada opsyen naik taraf rim 22 inci.
  • Sistem brek cakera dengan kaliper 4-piston, dan opsyen sistem brek cakera 6-piston dengan tambahan kos RM30,000.
  • Boleh juga ditambah aksesori kamera sisi dan spoiler belakang aktif.
  • Ada Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) dengan ciri seperti:
    • Kawalan Jelajah Adaptif Pintar (ACC)
    • Sistem Pemantauan Pemandu (DMS)
    • Amaran Pelanggaran Belakang (RCW)
    • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
    • Amaran Trafik Lintas Depan (FCTA)
    • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
    • Amaran Keluar Lorong (LDW)
    • Pemantau Titik Buta (BSM)
    • Bantuan Parkir (Parking Assist)
    • Kawalan Casis Dinamik Pintar (IDCC) Lotus
  • Sistem audio premium 1,380 watt KEF dengan 15 pembesar suara berserta Uni-Q dan sistem teknologi bunyi tiga dimensi (3D).
  • Waranti pengilang lima tahun atau 150,000km (mana satu tiba dulu).
  • Waranti bateri lapan tahun atau 200,000km (mana satu tiba dulu).
  • SUV ini boleh dilihat secara dekat di Lotus Store di Pavilion Damansara Heights, Kuala Lumpur atau  layari web www.lotuscars.com.
  •  Lotus Karz ialah pengimport, pengedar dan pengendali perkhidmatan selepas jualan serta alat ganti tunggal Lotus di Malaysia.
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Lotus Cars Malaysia (LCM) Lotus Eletre Lotus Karz Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.