Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Sur-Ron Light Bee – e-Bike yang Laju dan Ranggi Seperti Motosikal
Roda2

Sur-Ron Light Bee – e-Bike yang Laju dan Ranggi Seperti Motosikal

AryonBy Aryon16/02/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


Basikal elektrik atau e-bike ialah kompromi yang bagus antara basikal dan skuter atau moped. Kini anda dapat memiliki sebuah basikal praktikal dan lincah yang dipacukan motor elektrik berkuasa umpphh. Paling menarik, tiada lesen memandu khas diperlukan. Takkan naik basikal kena ada lesen?

Jika anda tinggal di bandar, e-bike mungkin cara mudah untuk bergerak ke mana saja tanpa perlu risau tentang kesesakan trafik. Kini muncul satu e-bike yang dihasilkan antara basikal dan motosikal dengan jarak dan kelajuan maksimum mengujakan. E-bike ini dipanggil Sur-Ron Light Bee. Masalahnya, e-bike ini tidak seperti e-bike sebenar, tetapi tidak juga seperti motosikal elektrik.

BACA >>> eCub – Motosikal Elektrik Kustom Berasaskan Kapcai Honda Cub dan Super Cub

Pada pandangan pertama, Light Bee nampak seakan sebuah dirt bike kecil untuk penunggang muda atau kanak-kanak berbanding motosikal sebenar. Kerangka digunakan dibina daripada frem dirt bike seberat 50kg yang dikira berat bagi sebuah e-bike, tetapi ringan bagi sebuah dirt bike.

E-bike ini turut dipasangkan swingarm di belakang, fork teleskopik tiub ganda, dan brek hidraulik 4 piston pada kedua-dua roda. Malah turut dilengkapkan set tayar motosikal off-road sebenar.

Ada dua jenis bateri ditawarkan, 48V atau 60V, dan motor elektrik 6kW yang membolehkan penunggang memecut hingga 80kmj, hampir layak berada dalam segmen skuter atau moped. Jarak perbatuan untuk sekali cas penuh ialah 96km, bergantung kepada bagaimana cara anda menunggang.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Kelebihan dan Kekurangan Motosikal Elektrik?

Masa mengecas Light Bee pula mengikut jenis pengecas dengan tempoh menunggu antara 3 hingga 6 jam. Ada dua jenis mod tunggangan, Eco dan Sport yang memberikan anda pilihan menentukan output kuasa diperlukan. Mod Eco akan mengurangkan kuasa hingga separuh dan memberikan gaya tunggangan lebih senyap. Mod Sport pula tidak perlu dijelaskan lagi, sudah tentu untuk prestasi dan pecutan maksimum.

KINI DI AMERIKA


Sur-Ron ialah syarikat China yang mensasarkan produk buatannya itu untuk pasaran domestik. Tetapi kini produk itu sudah boleh dibeli penduduk Amerika Syarikat menerusi Luna Cycles di El Segundo yang dimasukkan dalam senarai MX (motocross) dengan harga jualan bermula AS$3,495 (RM14,339) dan hanya varian 60V ditawarkan.

BACA >>> Kymco Ionix dengan Bateri Boleh Tanggal, Selesaikan Masalah Motosikal Elektrik

Bagaimanapun, e-bike tidak sah ditunggang atas jalan raya biasa. Ini kerana di AS, walaupun Light Bee dikategorikan sebagai e-bike, dan bukan motosikal elektrik, tetapi peraturan jalan raya untuk segmen tersebut di sana tidak sama. Ini kerana e-bike seperti Light Bee dilihat sebagai terlalu berkuasa untuk dibenarkan berada atas jalan raya biasa berbanding e-bike standard.

Malaysia macam mana? Ada yang berminat buat kenderaan pergi kerja? Tak payah isi minyak beb!

GALERI

SUMBER: RideApart

e-bike EV Kenderaan Elektrik (EV) Luna Cycles motosikal elektrik motosikal EV roda2 Sur-Ron Sur-Ron Light Bee
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.