Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Sung Song Dinobat Tokoh Automotif Tertinggi Autocar Award2025
Auto Terkini

Sung Song Dinobat Tokoh Automotif Tertinggi Autocar Award2025

SyafieBy Syafie04/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Presiden dan CEO Kia Corporation - Ho Sung SOng
PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kia Corporation, Ho Sung Song mencatat pencapaian gemilang apabila menerima anugerah paling berprestij Autocar Award 2025, Trofi Issigonis, atas sumbangan luar biasa beliau dalam membentuk masa depan industri automotif global, terutama dalam bidang elektrifikasi dan mobiliti pintar.

Trofi Issigonis yang dinamakan sempena tokoh legenda automotif, Sir Alee Issigonis hanya diberikan kepada individu yang menunjukkan kepimpinan, inovasi dan prestasi perniagaan luar biasa dalam industri automotif antarabangsa.

Kami berbesar hati menganugerahkan Trofi Issigonis kepada Ho Sung Song. Beliau menunjukkan kepimpinan luar biasa dalam menjadikan Kia jenama berpengaruh, inovatif dan dikehendaki ramai di era elektrifikasi ini.”

– Mark Tisshaw, Editor Autocar

Kia EV3 Dinobat Kereta Elektrik Terbaik Autocar 2025

CEO Kia - Ho Sung Song

Pada malam anugerah sama, Kia EV3 mengukuhkan reputasi apabila dinobat Autocar 2025 sebagai Kereta Elektrik Terbaik, mengalahkan barisan model kenderaan elektrik (EV) lain yang lebih mahal dan premium.

Kemenangan itu dirai atas kelebihan jarak pemanduan mencecah 375 batu (kira-kira 603km), kebolehan pengecasan pantas, dan rekabentuk praktikal serta bergaya yang semua itu ditawarkan pada harga berpatutan dalam segmen EV mampu milik.

Tisshaw berkata;

Kia EV3 adalah penyertaan paling menonjol dalam kategori EV mampu milik tahun ini. Ia bukan saja mewarisi rekabentuk hebat daripada EV9, tetapi turut menambah nilai dari aspek ruang, pemanduan dan harga menarik.”

Sejak debut global tahun lalu, Kia EV3 memenangi pelbagai pengiktirafan antarabangsa seperti Kereta Terbaik Tahunan 2025 (WCOTY) 2025, Kereta Terbaik UK (UKCOTY) 2025 dan rekabentuk terbaik (Best of the Best) dalam AnugerahRed Dot.

Malah di pasaran Britain, Kia EV3 menjadi EV paling laris di pasaran untuk suku pertama 2025.

Kepimpinan Ho Sung Song Terajui Transformasi Kia

Presiden dan CEO Kia Corporation -  Ho Sung Song

Sejak dilantik sebagai Presiden Kia pada 2020, Sung Song sudah memacu transformasi besar menerusi pelan jangka sederhana dan panjang ‘Plan S’ yang mengangkat Kia sebagai peneraju global dalam teknologi elektrifikasi dan mobiliti mampan.

Antara inisiatif utama beliau adalah:

  • Pelancaran identiti jenama Kia baharu secara global
  • Pengenalan rangkaian EV dan hibrid yang memenangi pelbagai anugerah seperti Kia EV9 dan EV3
  • Menerajui strategi Platform Luar Kenderaan (Platform Beyond Vehicle, PBV), iaitu pendekatan inovatif Kia dalam segmen EV komersial.

Di bawah strategi PBV, Kia sudah:

  • Memperkenalkan barisan konsep PBV di Pameran Elektronik Pengguna (CES) Las Vegas 2024
  • Mengumumkan pembangunan kilang khas PBV di Korea
  • Merancang pelancaran model PV5, iaitu kenderaan EV komersial pertama Kia tahun ini
  • Mensasarkan jualan global 250,000 unit PBV menjelang 2030

Pengiktirafan Kepimpinan Global

Logo Kia

Sebelum menyandang jawatan tertinggi di Kia, Sung Song pernah memenangi beberapa peranan penting seperti:

  • Ketua Operasi Global Kia
  • Presiden Kia Motors Eropah
  • Ketua Perancangan Eksport Kia Motors Corporation

Pengalaman luas beliau dalam rantaian nilai automotif dan operasi antarabangsa membantu Kia melalui era perubahan besar dalam industri automotif global.

Komitmen Masa Depan Kia

Dalam segmen penutup, Sung Song berkata;

Anugerah ini bukan semata-mata untuk saya, tetapi buat seluruh pasukan Kia seluruh dunia. Kami komited untuk terus merekabentuk dengan tujuan, memimpin dengan tanggungjawab dan mencipta pengalaman yang menginspirasikan.”

Dengan strategi PBV yang kini giat dijalankan dan barisan model terdiri daripada EV2 hingga model mewah EV9, Kia berada pada kedudukan terbaik untuk menerajui perubahan global ke arah mobiliti elektrik.

Auto Terkini CEO Kia Ho Sung Song Ho Sung Song Kia Corporation
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.