Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Subsidi Petrol: B40 dengan Bil Elektrik Kurang RM200 Baru Layak!
Auto Terkini

Subsidi Petrol: B40 dengan Bil Elektrik Kurang RM200 Baru Layak!

Han OthmanBy Han Othman29/09/20196 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PEMBERIAN subsidi petrol RON95 akan menggunakan bil elektrik sebagai rujukan untuk mengenal pasti penerima yang layak di bawah golongan pendapatan isi rumah B40, menurut laporan TheStar.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata, hanya mereka yang dalam kategori B40, dengan bil elektrik bulanan antara RM100 dan RM200, akan layak untuk subsidi RON95.

“Penggunaan bil elektrik hanya sebagai rujukan,” katanya sambil memaklumkan cadangan mekanisme itu akan diserahkan kepada Kabinet, Oktober ini.

Menurut Chieng Jen lagi, penerima  layak boleh menikmati subsidi RM30 sebulan atau subsidi 30 sen untuk setiap liter RON95 yang terhad untuk 100 liter setiap bulan, manakala penunggang motosikal pula diberikan subsidi RM12 setiap bulan.

Bayaran subsidi akan diagihkan terus ke akaun bank penerima.

Asalnya, cadangan subsidi bersasar untuk RON95 akan dimuktamadkan Julai lalu, tetapi ditangguhkan untuk kajian susulan lebih mendalam. Buat masa ini, kerajaan memperuntukkan purata RM133 juta seminggu untuk subsidi RON95 yang diikat pada RM2.08/liter

BACA >>> Subsidi Petrol: Kerajaan Setuju Beri Tunai kepada Penerima BSH yang Ada Kereta, Motor
BACA >>> Menteri: Subsidi Petrol Bersasar Mungkin Masuk Terus ke Akaun Penerima Layak


KOMEN KAMI

Pada Julai lalu, Kerajaan mendakwa akan menyalurkan subsidi RON95 kepada mereka yang namanya ada dalam senarai Bantuan Sara Hidup (BSH), yang sebelum ini dipangil BRIM (Bantuan Rakyat 1Malaysia). Maknanya, jika anda layak terima BSH, maka anda layak terima subsidi RON95.

Selepas baca berita paling terbaharu ini pula, Kerajaan nampaknya akan menapis lagi kriteria penerima BSH yang layak subsidi RON95, iaitu berdasarkan jumlah bil elektrik semasa, iaitu perlu dalam julat penggunaan RM100-RM200.

Secara mudah faham, untuk layak dapat subsidi RON95, anda perlu:

  • Layak terima BSH.
  • Bil elektrik RM100-RM200 (bawah RM100 tak layak?).
  • Kereta tidak lebih 1,500cc (terhad 100 liter sebulan); motosikal tidak lebih 125cc (terhad 40 liters sebulan)

Selepas lulus tiga kriteria di atas, barulah duit subsidi akan dimasukkan ke dalam akaun penerima.

Ini bermakna, jika ada bulan tertentu menunjukkan bil elektrik melebihi had caj ditetapkan (lebih RM200), maka duit subsidi tidak akan dimasukkan. Atau ada benda yang kami terlepas pandang atau tersilap faham?

Kiranya semua dah bersedia untuk isi minyak ikut harga pasaran ke ni? 😅

BACA >>> #SembangDeras: Subsidi Minyak 30 Sen Lebih Kurang Sama dengan Nilai BRIM Setahun?

SUMBER: TheStar

Auto Terkini Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) Bantuan Sara Hidup (BSH) BRIM BSH Chong Chieng Jen Ron95 Subsidi Bersasar Subsidi RON95 Subsisi Petrol Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Auto Terkini

#Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

28/07/2026
Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Suzuki meterai MoU FLUX |
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

28/07/2026

6 Comments

  1. Alson P on 29/09/2019 12:08

    Kebanyakan rumah bungalow sekarang menggunakan tenaga solar sebagai punca tenaga ke bungalow mereka, bagi mengurangkan bill TNB.. mereka tetap masih menggunakan khidmad TNB sebagai backup tenaga… Rumah² orang kaya ini bill TNB nya di bawah rm200… Mereka juga menggunakan mercedes 1.5L atau mempunyai 2 atau lebih kereta yang salah satunya bersesaran 1.5L ke bawah..

    Reply
    • AO on 02/10/2019 00:02

      Kalau nama tiada dalam senarai BSH, tak layak untuk subsidi petrol walaupun bil letrik rendah.

      Reply
      • Alson P on 03/10/2019 20:18

        Baguslah..!!
        Mereka (b40) memang layak dibantu… Peniaga kecil nak kasi gaji rm2k kepada setiap pekerja, sememangnya tidak terdaya..

        Reply
  2. Noradzim on 30/09/2019 09:44

    Penjelasan yg muhasabah dan diterima akal

    Reply
  3. Juniorwells on 30/09/2019 22:53

    Bagi penerima BSH yang tidak menggunakan tenaga elektrik tapi guna solar sahaja macamana nak dapat

    Reply
    • AO on 01/10/2019 23:57

      Tak tau sebab belum finalized

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.