Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Subaru WRX S4 STI Sport 2024 yang Ada 500 Unit Sahaja Melalui Undian, Harga RM199k
Roda4

Subaru WRX S4 STI Sport 2024 yang Ada 500 Unit Sahaja Melalui Undian, Harga RM199k

Abang HirataBy Abang Hirata02/02/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KHUSUS untuk pelanggan di Jepun, Subaru menawarkan WRX S4 STI Sport 2024 yang diasaskan daripada WRX S4 STI Sport R EX dengan pengeluaran dihadkan kepada 500 unit sahaja, manakala pemilihan pelanggan dibuat melalui undian.

Keistimewaan WRX ini adalah pada komponen prestasi STI dan turut menerima talaan khas bagi meningkatkan kestabilan pengendalian dan pemanduan lebih bermutu.

Bahagian luaran menampilkan komponen warna Crystal Black Silica seperti gril, cermin sisi, antena sirip yu dan spoiler. Bahagian dalaman pula dilengkapi kerusi depan Recaro balutan Ultrasuede dan kulit sintetik dengan logo STI pada penyandar kepala, manakala kerusi belakang juga dibalut bahan sama dengan sulaman benang perak.

Menggerakkan WRX ini ialah enjin sama, iaitu F42A 2.4L turbo yang menghasilkan output 273hp (275ps) @ 5,600rpm, dan tork 375Nm @ 2,000-4,800rpm.

Transmisi pula kekal menggunakan automatik CVT Subaru Performance Transmission (SPT) dengan penyejuk bendalir.

Dari segi pengendalian, WRX ini dilengkapi sejumlah komponen STI seperti suspensi palang topang (strut bar), bar pengikat bawah enjin dan casis belakang (di sebalik bampar). Seperkara menarik, rim sport BBS 19 inci mempunyai cetakan ‘front’ dan ‘rear’. Setiap unit WRX S4 STI Sport ditawarkan pada harga 6,237,000 yen (RM199,780).

Ciri Subaru WRX S4 STI Sport 2024

  • Enjin F42A 2.4L DIT AVCS berkembar.
  • Output kuasa 273hp @ 5,600rpm, 375Nm @ 2,000-4,800rpm.
  • Transmisi CVT SPT dengan mod manual. Penyejuk bendalir kotak gear.
  • Dimensi panjang 4,670mm, lebar 1,825mm, dan tinggi 1,465mm, manakala jarak roda 2,675mm dan jarak tinggi bumi 135mm.
  • Berat 1,610kg.

Luaran

  • Komponen hitam Crystal Black Silica (gril depan, cermin sisi, antena sirip yu, spoiler).
  • Logo STI hitam sekeliling
  • Logo WRX S4 dan SYMMETRICAL AWD hitam

Dalaman

  • Stereng kulit asli dengan sulaman benang perak.
  • Sarung tombol gear dengan sulaman benang perak.
  • Kerusi depan RECARO  balutan Ultrasuede dan kulit tiruan (leatherette) dengan sulaman benang perak dan logo STI.
  • Kerusi depan boleh laras elektrik 8-tetapan.
  • Kerusi belakang balutan Ultrasuede® dan kulit tiruan dengan sulaman benang perak.
  • Papan pemuka dan panel pintu dengan balutan ala sued dan sulaman benang perak.
  • Tali keledar depan ELR (Emergency Locking Retractor) 3-poin dengan pengehad daya
  • Tali keledar belakang ELR 3-poin.

Casis/Pengendalian

  • Sistem suspensi palang topang (strut bar) depan dengan logo STI Sport #.
  • Palang pengikat bawah enjin dan casis belakang STI.
  • Rim tempa BBS 19 inci x 8 1/2J dengan tera front dan rear.
  • Tayar Michelin Pilot Sport 5 saiz 245/35.
  • Bahan peredam gegaran pada ruang tayar ganti dalam but.
Subaru WRX S4 STI Sport 2024 (Jepun)
Roda4 STI Subaru Subaru WRX Subaru WRX S4 STI Sport Subaru WRX S4 STI Sport 2024
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Opel Bekerjasama Dengan Leapmotor Untuk EV Baharu!

    09/05/2026
    HEV

    Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    08/05/2026
    Auto Terkini

    Lexus TZ, BEV Berkotak Dengan 3 Baris Kerusi, Jarak 530 km

    08/05/2026
    Roda4

    Taycan Turbo GT dengan Kit Manthey Cipta Rekod di Nürburgring!

    08/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    HEV

    Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie08/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda4

    Subaru Crosstrek 2026 Lancar di Malaysia – SUV Subkompak CBU dari Jepun, Harga RM190k

    By Han Othman06/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.