Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Subaru Forester Facelift CKD – Pasaran Malaysia Terima 3 Varian
Auto Terkini

Subaru Forester Facelift CKD – Pasaran Malaysia Terima 3 Varian

Abang GYLBy Abang GYL21/03/2016
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Subaru Forester Facelift CKD_Pandulajudotcomdotmy (1)SUBARU Forester facelift versi pemasangan tempatan (CKD) membuat kemunculan di Bangkok International Motor Show 2016 dengan menampilkan rekaan yang lebih segar dan penambahan beberapa ciri baharu.

Ditawarkan dalam tiga varian berbeza iaitu, dua daripadanya (2.0i & 2.0i-P) adalah model CKD dari kilang pemasangan Tan Chong di Segambut manakala Forester XT diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun.

Subaru-Forester-Facelift-CKDMenurut Subaru, varian XT hanya akan menjadi model CKD sekiranya mempunyai permintaan tinggi daripada pelanggan.

Pasaran Malaysia dijangka bakal menerima kehadiran Forester facelift ini pada 14 April 2016. Walau bagaimana, tempahan sudahpun dibuka. Lebih menarik untuk masa terhad, Subaru akan menawarkan rebat tunai sebanyak RM3,000 bagi setiap pembelian Forester facelift.

HARGA: (Anggaran termasuk GST, tidak bagi insurans)

  • Subaru Forester 2.0i – RM145,000
  • Subaru Forester 2.0i-P – RM154,000
  • Subaru Forester XT – RM208,000

Subaru Forester Facelift CKDSubaru Forester Facelift CKDPENAMBAHBAIKAN:

Subaru Forester ada model CKD kedua selepas Subaru XV. Berbanding versi CBU, Forester facelift ini menerima beberapa penambahbaikan seperti kehadiran gril dan bampar baharu, lampu nyalaan siang LED (varian 2.0i-P & XT) dan lampu belakang berbentuk C. Manakala varian 2.0i hanya dipadankan dengan lampu halogen.

Selain itu, Subaru Forester fecelift turut menerima kehadiran roda baharu. Varian 2.0i dan 2.0i-P dipadankan dengan rim aloi bersaiz 17-inci dan dibaluti tayar 225/60R17. Manakala varian XT pula didatangkan dengan rim aloi 18-inci bersama tayar 225/55R18.

Subaru Forester Facelift CKDDALAMAN:

Ruangan dalaman tampak kekal sama seperti versi terdahulu. Ruangan papan pemuka tampak ringkas dan kemas. Cuma ruangan instrumen dipertingkat menerusi kehadiran panel paparan skrin TFT LCD berwarna yang menyediakan pelbagai informasi termasuk penggunaan bahan api dan data pemanduan.

Begitu juga ruangan hiburan yang menerima perubahan yang lebih segar. Ia hadir dengan skrin sesentuh jenama Kenwood DIN berkembar bersama kamera undur. Selain itu, tempat duduk dibaluti kulit menjadi ciri standard pada kesemua varian.

Subaru Forester Facelift CKDPRESTASI:

Bagi varian 2.0i dan 2.0i-P, kedua-dua varian ini dijana ‘jantung’ Boxer 2.0L DOHC yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 148hp pada 6,200rpm dan tork puncak 198Nm (4,200rpm). Manakala varian XT pula didatangkan unit enjin Boxer 2.0L Direct-Injection Turbocharged. Ia mampu menghamburkan kuasa 239hp pada 5,600rpm dan tork setinggi 350Nm (2,400-3,600rpm).

Kesemua varian ini dipadankan dengan kotsak gear Lineartronic CVT bersama pacuan semua roda Symmetrical All-Wheel Drive (S-AWD).

Subaru Forester Facelift CKDBagi memberi kestabilan dan keselamatan, kesemua varian turut didatangkan dengan ciri X-Mode yang juga merupakan sistem kawalan All-Wheel Drive.

Menerusi ciri ini, ia membantu pemandu mengendalikan kenderaan dengan stabil dan memberi tindak balas pantas menurut keadaan jalan raya, sekaligus meningkatkan kupayaan off-road.

Sistem suspensi ditambah baik. Ia disokong oleh topang MacPherson pada bahagian hadapan dan Wish-Bones berkembar pada bahagian belakang.

Subaru Forester Facelift CKDKOD RAHSIA – Ciri Baharu

Lebih menarik, Forester 2.0i-P dan XT dilengkapi ciri membuka pintu tanpa menggunakan kunci. Pemilik hanya perlu memasukkan kod PIN rahsia dan pintu akan terbuka secara automatik. Caranya, tekan kod PIN di bahagian pembuka bonet belakang. Unik bukan?

Bagi anda yang ingin mendekati lagi jentera ini, boleh hadir ke mana-mana bilik pameran Subaru berdekatan. Ingat, dapatkan potongan harga sebanyak RM3,000 bagi setiap pembelian Forester untuk masa terhad.

Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Bangkok motor Show BMS 2016 CBU CKD Facelift Forester XT Image Motor Subaru Subaru Forester Facelift Tan Chong Tan Chong Motor Assemblies
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.