Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Subaru Forester (2019) dengan Teknologi EyeSight Kini di Malaysia, Harga Bermula RM139k
Roda4

Subaru Forester (2019) dengan Teknologi EyeSight Kini di Malaysia, Harga Bermula RM139k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/08/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGEDAR rasmi kenderaan Subaru di lapan negara Asia, Motor Image tahun lalu menerbangkan beberapa wakil media automotif Malaysia untuk menghadiri pelancaran global Forester (2019) di Taiwan. Kami juga berpeluang memandu uji model kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz pertengahan itu di Taichung, tengah Taiwan.

Selepas setahun Forester (2019) kini tiba ke pasaran Malaysia dengan perincian dan praktikaliti dikemas kini untuk keselesaan dan keseronokan memandu. SUV ini didatangkan dengan ciri keselamatan aktif dan bantuan pemandu yang menjadi sebahagian Teknologi Teras Subaru (SCT), terdiri daripada Platform Global Subaru (SGP), pacuan semua roda simeteri @ Symmetrical AWD, enjin boxer dan teknologi EyeSight. 

Berikut fakta pantas yang perlu anda tahu tentang Forester (2019):

BACA >>> 13 Fakta Pantas – Subaru Forester (2019) dengan Teknologi EyeSight®, di Malaysia Tahun Depan

ENJIN 2.0L BOXER

Dikuasakan enjin 2.0L boxer berkuasa 154hp dan tork 196Nm dengan teknologi suntikan terus untuk prestasi optimum dan kecekapan bahan api terbaik. Keseronokan memandu dipertingkat menerusi transmisi CVT dengan mod manual 7-kelajuan baharu, dan dipadankan ciri Symmetrical AWD, iaitu sistem AWD simetri untuk hantaran kuasa  lancar ke setiap roda.

Ciri ini menawarkan kestabilan dan kawalan optimun dengan respon stereng yang baik di selekoh. Begitu juga aspek keseimbangan dan kawalan traksi atas permukaan jalan basah, juga dalam talaan terbaik. Ini memudahkan pemandu meredah apa jua cabaran jalan dan rupa bentuk bumi.

TIGA VARIAN, HARGA BERMULA RM139k

Berbanding model global ditawarkan dalam empat pilihan varian, Forester (2019) spesifikasi Malaysia hanya menerima tiga varian iaitu:

  • 2.0 i-S EyeSight – RM159,788
  • 2.0 i-S – RM149,788
  • 2.0 i-L – RM139,788

* Semua model akan mula berada di pusat pameran bermula esok

BACA >>> #SMS2019: Subaru Forester e-Boxer di Singapura, Malaysia Terima Versi Konvensional Dahulu

KEMAS KINI LUARAN SPORTY, KABIN LEBIH LAPANG

Kemas kini bahagian luaran Forester boleh dilihat pada gril, lampu depan dan belakang untuk kelihatan lebih elegan. Sementara varian 2.0i-S dan 2.0 i-S EyeSight didatangkan dengan rim 18 inci dan 2.0 i-L (17-inci).

Kabin Forester (2019) direka semula, konsol tengah menawarkan lebih banyak ruang dengan menggantikan brek tangan konvensional kepada brek parkir elektronik (EPB). Tidak ketinggalan, kabin diperhalusi menerusi ciri poket kerusi dengan pembahagian ruang simpanan, palam USB dan ventilator penyaman udara belakang konsol tengah.

Panel instrumen menampilkan paparan multifungsi berkualiti tinggi. SUV ini turut ditawarkan dengan tambahan ruang kaki belakang dan ruang kargo dengan bukaan pintu but lebih luas.

TEKNOLOGI EYESIGHT

Model spesifikasi Malaysia hanya menerima satu varian: Teknologi EyeSight, terdiri daripada:

  • Brek Pra-Perlanggaran (PCB)

Sistem ini mengelak berlaku perlanggaran depan. Ia berfungsi dalam halaju 50kmj ke bawah. Sistem ini akan mengesan objek seperti pejalan kaki, basikal, motosikal dan objek lain. Jika ada risiko perlanggaran, sistem akan mengaktifkan brek secara automatik untuk memperlahankan atau menghentikan kereta apabila mengesan tiada respon segera daripada pemandu.

  • Pengurusan Terotel Pra-Perlanggaran (PCTM)

Jika sensor mengesan pedal terotel dipijak dengan daya tidak diperlukan dan kenderaan berada berhampiran objek depan, sistem ini mengeluarkan amaran kepada pemandu dalam bentuk indikator amaran dan bunyi penggera, termasuk menyekat kuasa enjin supaya kenderaan bergerak perlahan bagi mengurangkan risiko perlanggaran mengejut.

  • Amaran Keluar Lorong (LSW)

Apabila sistem mengesan kenderaan terkeluar dari laluan dalam halaju lebih 60kmj, sistem akan memberi amaran kepada pemandu dalam bentuk bunyi dan indikator amaran.

  • Amaran Tukar Lorong (LDW)

Jika kenderaan terbabas dari laluan asal dalam halaju 50kmj ke atas, amaran bunyi dan indikator akan tercetus sebagai tanda amaran.

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)

ACC akan mengawal halaju kenderaan untuk mengekalkan jarak yang ditetapkan dengan kenderaan depan pada kelajuan 0-180kmj. Ini meminimumkan penggunaan brek dan terotel.

  • Amaran Kenderaan Depan (FCW)

Apabila kenderaan berhenti dan trafik mula bergerak, sistem akan mengeluarkan amaran bunyi dan indikator.

PLATFORM GLOBAL SUBARU (SGP)

Pembangunan Forester (2019) melibatkan proses merekabentuk semula casis berasaskan Platform Global Subaru (SGP) dengan menawarkan respons stereng tinggi, olengan badan berkurangan 50 peratus, ciri serapan perlanggaran dipertingkat hingga 40 peratus dan pengurangan bunyi bising jalan.

Aspek pemanduan kini lebih stabil. Selain itu, platform baharu ini turut menyumbang kepada jarak roda 30mm lebih panjang berbanding generasi keempat dan tambahan 33mm ruang kaki.

CIRI KESELAMATAN STANDARD

Demi ketenangan minda pemilik ketiga-tiga varian didatangkan dengan ciri keselamatan dan kelengkapan premium seperti:

  • 7 beg udara
  • Pautan tali pinggang keledar boleh laras tinggi (kerusi depan)
  • Penyandar belakang kepala dengan tiga tahap pelarasan
  • Tali keledar penumpang belakang 3 poin untuk ketiga-tiga kerusi
  • 4 sensor/4 saluran Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dengan Agihan Tekanan Brek Elektronik (EBPD)
  • Sistem Bantuan Brek (BAS)
  • ISOFIX
  • Imobiliser

Ciri standard menawarkan:

  • SI-Drive (Pacuan Pintar Subaru)
  • X-Mode
  • Kawalan Turun Bukit (HDC)
  • Ciri brek pegun, Auto Vehicle Hold (AVH)
  • Tork Pemvektoran Aktif (AVT)
  • Sistem Kawalan Dinamik (DCS) Tunda Kenderaan
  • Brek Parkir Elektronik (EPB)

BACA >>> Honda CR-V (2019) Euro Spec – Kini dengan Varian 7-Kerusi, dan Enjin Hibrid

GALERI
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Motor Image Segmen D Subaru Subaru Forester (2019) Subaru Forester 2.0 i-L Subaru Forester 2.0 i-S Subaru Forester 2.0 i-S EyeSight® SUV SUV saiz pertengahan SUV segmen-D
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    02/07/2026
    Auto Terkini

    Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Terokai’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

    02/07/2026
    PHEV

    Lamborghini Urus SE Performante – Kini Lebih Ringan, Super SUV Paling Pantas Dunia!

    02/07/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

    01/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.