Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Stellantis Buka Kilang CKD Model EV Leapmotor di Gurun
Auto Terkini

Stellantis Buka Kilang CKD Model EV Leapmotor di Gurun

Han OthmanBy Han Othman18/04/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


STELLANTIS dan Leapmotor hari ini mengumumkan langkah penting dalam usaha elektrifikasi Asean menerusi pelan pemasangan tempatan kenderaan elektrik (EV) Leapmotor di Malaysia dan projek akan bermula di kilang Stellantis di Gurun, Kedah dengan pelaburan awal bernilai €5 juta (RM25.06 juta).

Kerjasama ini menggabungkan kepakaran global Stellantis dan teknologi EV canggih Leapmotor dari China. Ini bukan saja menandakan permulaan pengilangan tempatan EV Leapmotor, tetapi juga menempatkan Malaysia sebagai peneraju industri EV rantau ini.

Strategi itu turut menyokong inisiatif elektrifikasi global Stellantis di bawah pelan Dare Forward 2030, dengan menumpukan kepada pertumbuhan dia India dan Asia Pasifik.

Ketua Pegawai Operasi (CEO) Stellantis India & Asia Pasifik, Ashwani Muppasani berkata, kerjasama ini akan mempercepat mobiliti mapan di seluruh Asia Tenggara. Gabungkan teknologi Leapmotor dan kekuatan operasi Stellantis, kedua-dua syarikat berhasrat menyediakan solusi mobiliti berteknologi tinggi yang lebih mudah diakses.

Kilang Stellantis di Gurun, Kedah.

Pemilihan Gurun sebagai lokasi pemasangan dibuat kerana infrastruktur kukuh dan lokasi strategik sebagai hab automotif serantau. Ini juga sejajar visi Stellantis, ‘Dibina di Asean untuk Asean’ yang mahu memacu pertumbuhan tempatan dan kecekapan pengedaran ke negara jiran.

Pengarah Urusan Stellantis Asean, Isaac Yeo pula berkata, kilang di Gurun sudah dinaik taraf untuk menyokong pengeluaran EV dengan model pertama akan dipasang ialah Leapmotor C10, yang dijadual bermula hujung 2025. Pencapaian tersebut menjadikan Leapmotor sebagai EV pertama dipasang tempatan di kilang tersebut.

Inisiatif itu juga selaras Dasar Automotif Negara (NAP) 2030 yang menjadi aspirasi Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025. Selain itu, kerjasama berkenaan dijangka memberi impak positif kepada pembangunan industri automotif melalui pemindahan teknologi dan kerjasama dua hala Malaysia-China.

Pengasas Leapmotor, Zhu Jiangming menyifatkan projek itu sebagai pemangkin kepada pengembangan global syarikat. Sementara itu, CEO Leapmotor International, Tianshu Xin menekankan komitmen dalam menawarkan teknologi berkualiti tinggi pada harga mampu milik yang selaras slogan pengeluar itu, ‘Excellence Within Reach’.

Logo Stellantis
Logo Leapmotor

Leapmotor sudah membuat debut di Malaysia pada Oktober 2024 dan kini merancang memperluas kehadiran ke seluruh Asean dengan sokongan pengedaran global daripada Stellantis. Inisiatif CKD itu menjadi titik tolak kepada akses lebih luas kepada EV berkualiti tinggi dan mampu milik di rantau ini.

Dengan visi bersama untuk mendemokrasikan mobiliti elektrik, Stellantis dan Leapmotor kini membuka laluan kepada masa depan EV lebih inklusif dan mampan yang bermula di Malaysia dan berkembang ke seluruh Asean.

Ashwani Muppasani Auto Terkini Dare Forward 2030 Isaac Yeo Leapmotor Leapmotor C10 Roda4 Stellantis Tianshu Xin Zhu Jiangming
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

McLaren 788HS Diperkenal – Hanya 200 Unit, Model Penutup Era Supercar

09/07/2026
Auto Terkini

Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

09/07/2026
Auto Terkini

BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

09/07/2026
Auto Terkini

Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

08/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

By Shazwan Hisam03/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.