Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»McLaren 788HS Diperkenal – Hanya 200 Unit, Model Penutup Era Supercar
Roda4

McLaren 788HS Diperkenal – Hanya 200 Unit, Model Penutup Era Supercar

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam09/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JENAMA kereta, McLaren memperkenalkan model edisi khas 788HS (High Sport) sebagai penutup tirai bagi keluarga supercar 720S, 765LT dan 750S sebelum syarikat itu beralih ke generasi baharu.

Model berprestasi tinggi itu ditawarkan dalam dua pilihan badan, Coupe dan Spider, dengan pengeluaran dihadkan kepada hanya 200 unit di seluruh dunia, iaitu 100 unit bagi setiap varian.

Enjin V8 4.0L Twin-Turbo Jana 777hp

Jantung pacuan McLaren 788HS masih menggunakan enjin V8 4.0 liter twin-turbo, namun talaan semula dilakukan bagi meningkatkan kuasa kepada 777hp dan 800Nm.

Peningkatan itu membolehkan 788HS memecut dari 0-100 kmj dalam hanya 2.8 saat, manakala pecutan 0-200 kmjdicapai dalam tempoh tujuh saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 330 kmj.

Lebih Ringan, Nisbah Kuasa Kepada Berat Terbaik

Bagi mereka yang mengejar prestasi maksimum, varian Coupe menjadi pilihan kerana mempunyai berat kering hanya 1,265kg, sekali gus menawarkan nisbah kuasa kepada berat terbaik dalam siri ini iaitu 614hp bagi setiap tan metrik.

McLaren turut menawarkan pilihan badan penuh gentian karbon menerusi bahagian McLaren Special Operations (MSO) untuk pelanggan yang mahukan pengurangan berat tambahan serta penampilan lebih eksklusif.

Aerodinamik Diilhamkan Formula 1

Selain peningkatan kuasa, McLaren turut memberi perhatian terhadap aspek aerodinamik dengan mendakwa 788HS menghasilkan 10 peratus lebih daya mendap (downforce) berbanding 765LT.

Antara komponen baharu termasuk splitter hadapan, diffuser belakang yang diinspirasikan daripada teknologi Formula 1, spoiler belakang aktif yang lebih tinggi serta saluran udara S-Duct pada bonet bagi mengurangkan gangguan aliran udara.

Casis Lebih Tajam, Brek Dari McLaren Senna

Sistem suspensi hidraulik turut ditala semula dengan gandar hadapan direndahkan sebanyak 5mm berbanding 750S bagi meningkatkan kestabilan ketika mengambil selekoh pada kelajuan tinggi.

Kuasa membrek pula diserahkan kepada cakera karbon-seramik yang diadaptasi daripada McLaren Senna, dipadankan dengan rim tempa baharu menggunakan sistem centre-lock, pertama kali diperkenalkan pada siri supercar McLaren ini.

Model ‘High Sport’ Ketiga Dalam Sejarah McLaren

788HS merupakan model ketiga yang menggunakan lencana High Sport (HS) selepas MP4-12C HS pada 2012 dan MSO HS pada 2016.

Kesemua 200 unit akan disiapkan oleh McLaren Special Operations (MSO), membolehkan setiap pelanggan menghasilkan konfigurasi yang unik mengikut citarasa masing-masing. Dengan jumlah pengeluaran yang sangat terhad serta prestasi lebih ekstrem, 788HS dijangka menjadi antara model koleksi paling eksklusif dalam sejarah McLaren.

SUMBER: Motor1.com

High Sport (HS) McLaren McLaren 788HS McLaren Special Operations (MSO) Supercar Twin-Turbo
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Jaecoo J5 EV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Roda4

    Bentley Torcal Didedah Sebagai SUV Elektrik Baharu, Debut 23 September Ini

    08/07/2026
    Roda4

    Dacia Striker 2027, Bukti Kereta Mampu Milik Tak Perlu Nampak Murah!

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.