Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»SRT Jadi Pasukan Bebas MotoGP 2022!
Auto Terkini

SRT Jadi Pasukan Bebas MotoGP 2022!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEPANG Racing Team (SRT) akan menjadi pasukan independen dalam Kejuaraan Dunia MotoGP dan dijenamakan semula bermula musim depan. Litar Antarabangsa Sepang (SIC) juga akan dipisahkan daripada SRT.

Perkara itu dinyatakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Azhan Shafriman Hanif dalam sidang akhbar digital petang semalam, bagi menjelaskan situasi semasa SIC dan SRT, termasuk Petronas.

Kami sudah setuju untuk Datuk Razlan (Razali) membawa pasukan di MotoGP secara persendirian. Buat masas ini, SIC tiada pasukan baharu musim depan. Razlan akan menjenamakan semula pasukan itu (SRT),” katanya.

Beliau juga menjelaskan, proses penjenamaan itu masih di peringkat perbincangan dan belum ada keputusan muktamad membabitkan kedua-dua pihak. Ini kerana SIC bukan lagi sebahagian SRT bermula tahun depan.

BACA >>> PETRONAS sah tamatkan kerjsama dengan SRT dalam MotoGP

Kenapa Petronas Enggan Sambung Kontrak?

Menurut Azhan, kontrak Petronas dan SRT tamat tahun ini dan keputusan diambil selepas syarikat minyak itu membuat penilaian menyeluruh ke atas semua portfolio dan situasi semasa, termasuk krisis pandemik Covid-19 yang melanda negara dan dunia.

Jelasnya, soal prestasi semasa dan kemelut SRT bukan faktor penentu kontrak tersebut tidak disambung, tetapi membabitkan banyak perkara lain. Kebanyakan firma mengalami penyusutan kewangan akibat krisis Covid-19.

Memang kami ada berbincang dengan Petronas sejak awal tahun ini hingga keputusan dibuat (berpisah dengan SRT). Petronas ada sebab tersendiri tidak mahu sambung semula kontrak. Semua syarikat ketika ini sedang menilai semua portfolio masing-masing. Kami harap mereka akan kembali melabur semula suatu hari kelak.”

Siapa Cari Tajaan Baharu?

Mengenai usaha mencari penaja utama baharu untuk musim depan, SIC mengesahkan pihaknya TIDAK menyerahkan mana-mana proposal kepada entiti lain untuk mendapatkan penaja tetapi itu menjadi tugas prinsipal SRT, Razlan.

Razlan sedang berusaha dengan satu deal baru untuk sponsor masuk. Kita tunggu beliau umum perkembangan seterusnya,” katanya.

Mengenai aspek tajaan negara Asean lain, Azhan berkata, kebanyakannya medndapat ada tajaan Kerajaan dan pihak swasta.

Bagaimanapun, Malaysia ketinggalan jauh ke belakang dalam situasi itu kerana banyak bergantung harap pada kantung Petronas sejak sekian lama.

Selama ini, Petronas yang banyak beri sokongan dan saya harap lebih banyak syarikat walaupun kecil atau besar tampil untuk bantu soal tajaan. Kita ada ramai anak muda tempatan yang berbakat (dalam sukan permotoran).”

Menurutnya, tajaan tidak menetapkan syarat sesebuah syarikat perlu melabur jutaan ringgit, tetapi SIC terbuka untuk berbincang. Tajaan itu juga boleh dibuat untuk satu atau dua aksi sukan bermotor.

Sebagai langkah mendapat situasi menang-menang, SIC mengakui sedang bekerjasama dengan pihak kementerian  mendapatkan insentif pengecualian cukai untuk pihak penaja.

Pada minggu lalu, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang menjadi penaja utama SRT sejak 2018 memutuskan menamatkan kerjasama.

Apa Tugas SIC?

  • SIC akan beri fokus kepada Adam Norrodin dan Damok (Syarifuddin Azman) untuk menamatkan Kejuaraan CEV Repsol. 
  • SIC akan meneruskan kerja mencari dan mencungkil bakat dalam sukan permotoran, khususnya Kejohanan MiniGP dan CEV yang akan ke Kejuaraan Dunia.

BACA >>> Adam Norrodin Naik Podium, Damok Pamer Prestasi Terbaik di Portugal
BACA >>> Adam Norrodin Raih Podium di Estoril!

Auto Terkini Azhan Shafriman Hanif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) MotoGP Petronas Petronas Razlan Razali SIC SRT Petronas
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    rider-p-hailing-bg
    Auto Terkini

    BUDI95 untuk Rider P-Hailing Naik? PMX Cadang Tambah kepada 250 Liter Sebulan

    18/05/2026
    Roda4

    BRABUS Bodo Rasmi Diperkenal Secara Global, Hanya Ada 77 Unit Seluruh Dunia!

    18/05/2026
    Auto Terkini

    Dua Jet Pejuang Bertembung Di Idaho, Semua Kru Terselamat

    18/05/2026
    Mercedes Autohaus Kuantan
    Auto Terkini

    Pusat 4S Mercedes-Benz Terbesar di Pantai Timur, Asbenz Stern Autohaus Lancar di Kuantan

    18/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.