Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#Spyshot: Honda Africa Twin (2018) Pun Sedang Jalani Ujian VTA
Auto Terkini

#Spyshot: Honda Africa Twin (2018) Pun Sedang Jalani Ujian VTA

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGHUJUNG tahun lalu, Boon Siew Honda (BSH) mengumumkan ada 10 model bakal menjengah pasaran Malaysia pada 2018. Bagaimanapun BSH tidak mengumumkan nama model-model tersebut.

Selepas terserempak model X-ADV, kami menerima pula imej spyshot Honda CRF1000L Africa Twin Adventure Sports (2018). Selain skuter advencer, nampaknya Africa Twin juga antara produk yang bakal dilancarkan. Model tersebut turut dihantar ke Jabatan Pengangkutan Awam (JPJ) untuk menjalani Ujian Pengesahan Kenderaan (VTA).

BACA >>> Honda Africa Twin Cipta Rekod – Daki Puncak Gunung Berapi Setinggi 5,965 Meter!

TARIKH PELANCARAN MASIH RAHSIA

Berdasarkan imej diterima, kelihatan sebuah model ditutup rapi di sebelah Africa Twin yang pelancarannya masih lagi berstatus misteri. Africa Twin juga masih belum diketahui  bilakah tarikh pelancarannya. Apabila ditanya, BSH menyatakan pihaknya masih belum ada sebarang tarikh pelancaran kerana terdapat beberapa model yang menunggu giliran untuk dilancarkan lebih awal.

PERUBAHAN TERPERINCI

CRF1000L Africa Twin versi Adventure Sports (2018) menerima beberapa perubahan rapi bagi meningkatkan keupayaan dan ketahanan platform off-road. Berikut maklumat ringkas mengenai model dual-sport itu:

1. Honda XRV650 Africa Twin diperkenalkan pada 1988, hampir 30 tahun lalu. Sempena meraikan ulang tahun itu, Honda menghasilkan CRF1000L Africa Twin Adventure Sport (2018) dengan penampilan warna biru, merah dan putih.

2. Kehadiran model itu bukan setakat kosmetik, tetapi turut dilengkapkan perincian kemas kini yang dipertingkatkan untuk kegunaan jalan raya dan off-road. Jika diletakkan bersebelahan adik beradik lain dalam famili ‘Kembar Afrika’, fizikal Africa Twin (2018) adalah lebih tinggi dengan gabungan profil pelana rata dan posisi tunggangan menegak.

3. Ketinggian pelana boleh laras 20mm, daripada 900mm kepada 920mm (50mm lebih tinggi daripada model standard).

4. Keselesaan tunggangan off-road dinikmati menerusi posisi bar hendal yang ditinggikan 33mm, dan turut dilengkapi soket mengecas AC.

5. Lampu depan dual LED mengekalkan identiti Africa Twin, manakala saiz tangki dibesarkan 5.4 liter menjadi 24.2 liter yang mampu menawarkan tunggangan sejauh 500km. Tahap penggunaan bahan api ialah 21.8km per liter.

6. Deflektor angin dan bahagian fairing menawarkan perlindungan angin optimum, manakala madgad dan paip sisi memberi perlindungan penuh kepada mesin.

7. Enjin 998cc Parallel Twin Unicam turut ditala semula supaya lebih lancar. Respons pendikit kini lebih garang pada julat rev pertengahan. Kuasa dihasilkan lejang dan gerek (92mm x 75.1mm) masih kekal pada 95hp (7,500rpm) dan tork 99Nm (6,000rpm).

8. Enjin didatangkan dengan enam cagakan (mounting) yang meminimumkan getaran. Bateri litium-ion pula lebih ringan 2.3kg berbanding model terdahulu.

9. Frem keluli sangga semi-berganda (semi-double cradle steel frame) menyumbang kepada keseimbangan dalam kelajuan tinggi yang sesuai dengan keupayaan off-road.

10. Bahagian kotak angin turut dipertingkat bagi menambah baik respons julat pertengahan menggunakan syaf pengimbang (balancer shaft) lebih ringan. Ekzos juga dinaik taraf.

11. Tambahan signifikan kepada platform Africa Twin (2018) ialah sistem Throttle-By-Wire (TBW) membabitkan tiga mod tunggangan yang mengubah karakter dan output enjin. Ciri baru lain termasuk input Kawalan Tork Dipilih Honda (Honda Selectable Torque Control – HSTC).

12. Transmisi Dual Klac (DCT) menyediakan mod manual yang membolehkan penunggang menukar gear menerusi pencetus pada bar hendal kiri dan dua mod automatik. Mod D memberikan keseimbangan terbaik antara penjimatan bahan api dan keselesaan tunggangan. Mod S menawarkan tiga ciri tunggangan sport: Urban, Tour, dan Gravel, yang boleh dipilih mengikut kesesuaian diri penunggang.

SPESIFIKASI
HONDA CRF1000L AFRICA TWIN ADVENTURE SPORT

JENIS: penyejukan cecair, 4-lejang, 8-injap parallel twin dan uni-cam
SESARAN: 998cc
GERAK x LEJANG: 92.0mm x 75.1mm
KUASA MAKSIMUM: 95hp @ 7,500rpm
TORK MAKSIMUM: 99Nm @ 6,000rpm
TRANSMISI: 6-kelajuan MT constant mesh/ 6-kelajuan DCT dengan mod off-road / jalan raya
KAPASITI TANGKI: 24.2 liter
DIMENSI (Panjang x Lebar x Tinggi): 2,340mm x 930mm x 1,570mm
JARAK RODA: 1,580mm
JARAK LEGA TANAH: 270mm
TINGGI PELANA: 900mm (posisi STD) / 920mm (posisi rendah)
BERAT: 243kg (MT), 253kg (DCT)
RADIUS PUSINGAN: 2.6 meter
SUSPENSI DEPAN: Fork teleskopik terbalik (USD) jenis katrij Showa 45mm boleh laras prabeban dan peredam hidraulik, lejang 252mm, gandar travel 224mm
SUSPENSI BELAKANG: Lengan ayun tetuang aluminium monoblok dengan Pro-Link bersama peredam cas gas, pelaras peredam dan prabeban hidraulik, gandar travel 240mm, lejang 101mm
SAIZ TAYAR: 90/90-R21 (depan) & 150/70-R18 (belakang)
BREK: Cakera hidraulik terapung dual 310mm (depan) dan 256mm di belakang dengan ciri ABS.

GALERI

adventure adventure bike Africa Twin (2018) Boon Siew Honda BSH dual-sport Honda Honda Africa Twin Honda CRF1000L Africa Twin Adventure Sports 2018 motosikal off-road off-road Spyshot
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.