• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Kereta
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE

#Spyshot: Honda Africa Twin (2018) Pun Sedang Jalani Ujian VTA

January 23, 2018 By AI 1 Comment


PENGHUJUNG tahun lalu, Boon Siew Honda (BSH) mengumumkan ada 10 model bakal menjengah pasaran Malaysia pada 2018. Bagaimanapun BSH tidak mengumumkan nama model-model tersebut.

Selepas terserempak model X-ADV, kami menerima pula imej spyshot Honda CRF1000L Africa Twin Adventure Sports (2018). Selain skuter advencer, nampaknya Africa Twin juga antara produk yang bakal dilancarkan. Model tersebut turut dihantar ke Jabatan Pengangkutan Awam (JPJ) untuk menjalani Ujian Pengesahan Kenderaan (VTA).

BACA >>> Honda Africa Twin Cipta Rekod - Daki Puncak Gunung Berapi Setinggi 5,965 Meter!

TARIKH PELANCARAN MASIH RAHSIA

honda-africa-twin-malaysia-pandulaju-8
honda-africa-twin-malaysia-pandulaju-1
honda-africa-twin-malaysia-pandulaju-2
honda-africa-twin-malaysia-pandulaju-7
honda-africa-twin-malaysia-pandulaju-9

Berdasarkan imej diterima, kelihatan sebuah model ditutup rapi di sebelah Africa Twin yang pelancarannya masih lagi berstatus misteri. Africa Twin juga masih belum diketahui  bilakah tarikh pelancarannya. Apabila ditanya, BSH menyatakan pihaknya masih belum ada sebarang tarikh pelancaran kerana terdapat beberapa model yang menunggu giliran untuk dilancarkan lebih awal.

PERUBAHAN TERPERINCI

CRF1000L Africa Twin versi Adventure Sports (2018) menerima beberapa perubahan rapi bagi meningkatkan keupayaan dan ketahanan platform off-road. Berikut maklumat ringkas mengenai model dual-sport itu:

1. Honda XRV650 Africa Twin diperkenalkan pada 1988, hampir 30 tahun lalu. Sempena meraikan ulang tahun itu, Honda menghasilkan CRF1000L Africa Twin Adventure Sport (2018) dengan penampilan warna biru, merah dan putih.

2. Kehadiran model itu bukan setakat kosmetik, tetapi turut dilengkapkan perincian kemas kini yang dipertingkatkan untuk kegunaan jalan raya dan off-road. Jika diletakkan bersebelahan adik beradik lain dalam famili 'Kembar Afrika', fizikal Africa Twin (2018) adalah lebih tinggi dengan gabungan profil pelana rata dan posisi tunggangan menegak.

3. Ketinggian pelana boleh laras 20mm, daripada 900mm kepada 920mm (50mm lebih tinggi daripada model standard).

honda-africa-twin-malaysia-pandulaju-6
honda-africa-twin-malaysia-pandulaju-5
honda-africa-twin-malaysia-pandulaju-4

4. Keselesaan tunggangan off-road dinikmati menerusi posisi bar hendal yang ditinggikan 33mm, dan turut dilengkapi soket mengecas AC.

5. Lampu depan dual LED mengekalkan identiti Africa Twin, manakala saiz tangki dibesarkan 5.4 liter menjadi 24.2 liter yang mampu menawarkan tunggangan sejauh 500km. Tahap penggunaan bahan api ialah 21.8km per liter.

6. Deflektor angin dan bahagian fairing menawarkan perlindungan angin optimum, manakala madgad dan paip sisi memberi perlindungan penuh kepada mesin.

7. Enjin 998cc Parallel Twin Unicam turut ditala semula supaya lebih lancar. Respons pendikit kini lebih garang pada julat rev pertengahan. Kuasa dihasilkan lejang dan gerek (92mm x 75.1mm) masih kekal pada 95hp (7,500rpm) dan tork 99Nm (6,000rpm).

8. Enjin didatangkan dengan enam cagakan (mounting) yang meminimumkan getaran. Bateri litium-ion pula lebih ringan 2.3kg berbanding model terdahulu.

9. Frem keluli sangga semi-berganda (semi-double cradle steel frame) menyumbang kepada keseimbangan dalam kelajuan tinggi yang sesuai dengan keupayaan off-road.

10. Bahagian kotak angin turut dipertingkat bagi menambah baik respons julat pertengahan menggunakan syaf pengimbang (balancer shaft) lebih ringan. Ekzos juga dinaik taraf.

11. Tambahan signifikan kepada platform Africa Twin (2018) ialah sistem Throttle-By-Wire (TBW) membabitkan tiga mod tunggangan yang mengubah karakter dan output enjin. Ciri baru lain termasuk input Kawalan Tork Dipilih Honda (Honda Selectable Torque Control - HSTC).

12. Transmisi Dual Klac (DCT) menyediakan mod manual yang membolehkan penunggang menukar gear menerusi pencetus pada bar hendal kiri dan dua mod automatik. Mod D memberikan keseimbangan terbaik antara penjimatan bahan api dan keselesaan tunggangan. Mod S menawarkan tiga ciri tunggangan sport: Urban, Tour, dan Gravel, yang boleh dipilih mengikut kesesuaian diri penunggang.

SPESIFIKASI
HONDA CRF1000L AFRICA TWIN ADVENTURE SPORT

JENIS: penyejukan cecair, 4-lejang, 8-injap parallel twin dan uni-cam
SESARAN: 998cc
GERAK x LEJANG: 92.0mm x 75.1mm
KUASA MAKSIMUM: 95hp @ 7,500rpm
TORK MAKSIMUM: 99Nm @ 6,000rpm
TRANSMISI: 6-kelajuan MT constant mesh/ 6-kelajuan DCT dengan mod off-road / jalan raya
KAPASITI TANGKI: 24.2 liter
DIMENSI (Panjang x Lebar x Tinggi): 2,340mm x 930mm x 1,570mm
JARAK RODA: 1,580mm
JARAK LEGA TANAH: 270mm
TINGGI PELANA: 900mm (posisi STD) / 920mm (posisi rendah)
BERAT: 243kg (MT), 253kg (DCT)
RADIUS PUSINGAN: 2.6 meter
SUSPENSI DEPAN: Fork teleskopik terbalik (USD) jenis katrij Showa 45mm boleh laras prabeban dan peredam hidraulik, lejang 252mm, gandar travel 224mm
SUSPENSI BELAKANG: Lengan ayun tetuang aluminium monoblok dengan Pro-Link bersama peredam cas gas, pelaras peredam dan prabeban hidraulik, gandar travel 240mm, lejang 101mm
SAIZ TAYAR: 90/90-R21 (depan) & 150/70-R18 (belakang)
BREK: Cakera hidraulik terapung dual 310mm (depan) dan 256mm di belakang dengan ciri ABS.

GALERI

Filed Under: Auto Terkini, Honda Tagged With: adventure, adventure bike, Africa Twin (2018), Boon Siew Honda, BSH, dual-sport, Honda, Honda Africa Twin, Honda CRF1000L Africa Twin Adventure Sports 2018, motosikal off-road, off-road, Spyshot

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)
  • Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?
  • Proton Perkenal Model MPV, SUV Baharu Tahun Depan!Proton Perkenal Model MPV, SUV Baharu Tahun Depan!
  • Analisis [Siri 1]: Yamaha NVX 155 Kuning, Berapakah Kedai Motor Buat Untung?Analisis [Siri 1]: Yamaha NVX 155 Kuning, Berapakah Kedai Motor Buat Untung?
  • Bagaimanakah Transmisi Variabel Berterusan (CVT) Bekerja?Bagaimanakah Transmisi Variabel Berterusan (CVT) Bekerja?

PANDU UJI

#PanduUji: Volvo XC90 Inscription Plus Facelift, Berbaloi Labur Tambahan RM10k Untuk Sistem Audio Gempak?

KEHADIRAN Volvo XC90 merupakan momen paling kemuncak dalam sejarah … [Baca Lagi...]

Proton 1 Tank Adventure [SIRI 2]: Taktikal Lebih Ekstrem, Jimat Macam Kereta Hibrid!

ARTIKEL Siri 1 dulu, kami berkongsi kepada anda, tidak kira model atau … [Baca Lagi...]

2014 - 2019 © PanduLaju.com.my