Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»Perodua QV-E 2026 – Spesifikasi Dimensi, Bateri dan Kuasa
Kenderaan Elektrik (EV)

Perodua QV-E 2026 – Spesifikasi Dimensi, Bateri dan Kuasa

Han OthmanBy Han Othman01/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Spesifikasi Peordua QV-E 2026

PERODUA QV-E 2026 akhirnya dilancarkan secara rasmi sebagai kenderaan elektrik (EV) pertama buatan Malaysia, menandakan detik bersejarah dalam industri automotif negara. Model EV itu bukan sekadar simbol kemampuan teknikal Perodua, tetapi juga bukti keseriusan Malaysia membangunkan ekosistem EV tempatan.

Rekabentuk QV-E tampil moden, bersih dan matang, yang memadankan identiti Perodua dengan karakter EV global. Ini dapat dilihat pada rekabentuk badan kompak tetapi lebar, garis badan kemas, dan profil mantap.

Perodua QV-E 2026

Lebih menarik, pembangunan QV-E dibuat sepenuhnya pasukan kajian dan penyelidikan (R&D) tempatan di Kilang Mobiliti Pintar (Smart Mobility Plant, SMP), sekali gus menjadikan model itu EV nasional paling tulen setakat ini.

Di bawah ialah spesifikasi lengkap dimensi dan bateri Perodua QV-E 2026:

Dimensi: Kompak, Lebar dan Stabil

Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026

Walaupun diklasifikasi sebagai EV kompak, Perodua QV-E 2026 mempunyai dimensi yang hampir menyamai model segmen-B global.

Spesifikasi Dimensi

Perodua QV-E 2026 memilikki dimensi panjang 4,170mm, lebar 1,800mm, dan tinggi 1,502mm, manakala jarak roda 2,680mm. Jarak tinggi bumi pula 158mm, dan berat kerb 1,600kg

Kombinasi badan rendah dan lebar memberikan QV-E rupa lebih premium dan stabil. Dengan jarak roda 2,680 mm, ruang kabin dijangka lebih baik berbanding kereta segmen-A/B Perodua sedia ada. Jarak tinggi bumi 158mm pula memastikan EV tersebut praktikal untuk pemanduan jalan raya Malaysia.

Motor Elektrik: 150kW, 285 Nm, dan Pecutan 7.5 Saat

Perodua QV-E 2026 nyata bukan EV perlahan. Dengan motor tunggal bertenaga 150kW (201hp) dan tork 285 Nm, prestasi model tersebut setanding EV antarabangsa aras mula.

Prestasi

  • Output kuasa 150kW, dan tork 285Nm
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 7.5 saat (dalam Mod Sport)
  • Kelajuan maksimum 165kmj

Bagi EV nasional pertama, angka itu sememangnya mengagumkan, yang cukup pantas untuk pemandu harian, dan cukup bertenaga di lebuh raya.

Bateri 52.5 kWh (LFP): Lebih Selamat, Tahan Lama dan Kos Bajet

Perodua QV-E 2026

Perodua QV-E 2026 menggunakan teknologi bateri Litium-Besi-Fosfat (LFP), yang terkenal dengan:

  • Ketahanan kitar hayat lebih panjang
  • Suhu operasi stabil
  • Risiko termal lebih rendah
  • Kos penggantian lebih rendah

Butiran bateri

  • Jenis Litium-Besi-Fosfat (LFP)
  • Kapasti tenaga 52.5kWh
  • Voltan 367V
  • Kapasiti143Ah
  • Penyejukan cecair
  • Berat bateri 405.7kg
  • Rating keselamatan IP68 – tahan air | IP69 – tahan habuk

Fakta di atas menjadikan bateri QV-E antara paling ‘heavy-duty’ dalam kelas, yang sesuai dengan cuaca tropika Malaysia.

Pengecasan: AC 8 Jam, DC 30 Minit (30 – 80%)

Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026

Perodua QV-E 2026 menyokong dua jenis pengecasan:

i. Cas AC (Pengecas rumah / Wallbox)

  • Kuasa 6.6kW
  • Pengecasan 0 – 100 peratus ± 8 jam

Pengecasan jenis ini sesuai untuk mengecas semalaman di rumah.

ii. Cas Pantas DC

  • Kuasa60kW
  • Pengecasan 30 – 80 peratus ± 30 minit

Tahap pengecasan yang praktikal untuk perjalanan jauh dengan mengambil masa 30 minit untuk menambah jarak lebih kurang 250 – 300km.

Jarak Pemanduan: 445km (NEDC)

Perodua QV-E 2026 menawarkan jarak:

  • 445km (NEDC)
  • WLTP sedang dalam proses pengesahan

Jika mengikut trend EV lain, WLTP biasanya mencatatkan rekod pemanduan 15 – 20 peratus lebih rendah, tetapi 360 – 380km WLTP masih sangat baik untuk EV harga mampu milik.

Ringkasan Spesifikasi Bateri Perodua QV-E 2026

Perodua QV-E 2026
Perodua QV-E 2026
KomponenSpesifikasi
Motor150kW / 285Nm
Pecutan0 – 100kmj: 7.5 saat
BateriLFP 52.5kWh
Jarak445km (NEDC)
Pengecasan AC6.6kW, 8 jam
Pengecasan DC60kW, 30 – 80 peratus dalam 30 minit
Dimensipanjang 4,170mm × lebar 1,800mm × tinggi 1,502mm
Jarak roda2,680mm
Jarak tinggi bumi158mm
Berat kerb1,600kg

Perodua QV-E 2026 Bukti Malaysia Mampu Bina EV Taraf Global

Daripada dimensi matang, motor 150kW yang cukup bertenaga, bateri LFP selamat, pengecasan pantas, dan jarak pemanduan 445km,  Perodua QV-E 2026 bukan sekadar EV nasional pertama, tetapi permulaan era baharu mobiliti negara.

Pada harga mampu milik dan teknologi moden, Perodua QV-E 2026 berpotensi menjadi EV paling penting dalam sejarah automotif Malaysia.

Auto Terkini EV EV Pertama Malaysia Kenderaan Elektrik (EV) Kereta Elektrik Perodua Perodua Perodua QV-E 2026 Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Pemenang Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang, Mencari OKB’ Diumumkan, Hadiah Keseluruhan RM300,000!

13/06/2026
Auto Terkini

BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

13/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

12/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

12/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

By Syafie09/06/2026
Alpinestars Supertech R10
Aksesori

Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

By Shazwan Hisam08/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.