Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Sondol MPV Honda, Drebar ‘King’ Terbalik Cedera Teruk Juga…
Auto Terkini

Sondol MPV Honda, Drebar ‘King’ Terbalik Cedera Teruk Juga…

FarahBy Farah09/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ALAHAI ‘King’… setiap hari ada saja rakyat Malaysia terbaca kisah mengejutkan dan luar biasa mengenai model Perodua paling laku keras itu, siapa lagi kalau bukan Myvi. 😅

Populariti model itu menyaksikan muncul group khas di Facebook dengan nama ‘Myvi Buat Hal Apa Hari ini?‘yang berkongsi pelbagai insiden, aktiviti dan ragam pemilik Myvi semalaysia.

BACA>>>> Terpaksa ‘Cucuk’ Sebab Perlahan Sangat, Sekali Kena Tengking Drebar ‘King’
BACA>>>>Makwe Terjun Keluar Myvi: Bukan Gaduh, Rupanya Kena Rasuk

Terbaharu, tular video mengenai Myvi kuning terlibat dalam satu kemalangan Sabtu lalu, dipercayai berlaku di susur keluar Lebuhraya MEX menuju Seri Kembangan, Selangor.

Kemalangan kira-kira jam 6.21 petang itu dirakamkan kamera pemuka (dashcam) milik pemandu di depan Myvi kuning tersebut. Video itu dimuat naik Nazreeq Nizam, iaitu rakan kepada pemilik asal dashcam tersebut.

Dalam video klip 44 saat itu, Myvi kuning tersebut dirakam sedang memecut laju dan memotong beberapa kenderaan sebelum tiba-tiba entah kenapa merempuh bampar belakang kereta pemilik dashcam tersebut.

Akibat rempuhan itu, Myvi kuning berkenaan terbalik dengan tayar ke atas dan bergolek beberapa kali. Apa yang mencuri tumpuan ramai, hatchback itu dapat kembali ke posisi asal, tidak ubah seperti dalam filem aksi Hollywood.

Kenderaan lain di belakang juga dilihat memandu dengan tenang seakan tiada kemalangan berlaku. Menurut Nazreeq ketika ditemu bual, bukan kereta dia yang dilanggar Myvi tersebut, tetapi kereta rakannya yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda FR-V.

‘Sondolan’ tersebut turut menyebabkan rim kanan belakang MPV rakannya itu bengkok dan tayar pancit, manakala panel fender sisi remuk agak teruk. Apabila ditanya mengenai keadaan pemandu Myvi tersebut, beritahu Nazreeq;

 Saya sampai driver Myvi itu sudah tak ada. Kata dia (rakannya), cedera teruk juga.”

Buat masa ini, tidak diketahui tahap teruk pemandu Myvi tersebut, tetapi rata-rata netizen mendoakan pemandunya selamat. Netizen juga tidak lupa meninggalkan komen pembakar semangat berbunyi, ‘Myvi tidak pernah mengecewakan!’ 😜

Honda FR-V king of the road klip video Myvi myvi berpusing myvi kemalangan video viral myvi
Farah

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Roda4

    BMW 218 Gran Coupe M Sport CKD Rasmi Lancar di Malaysia, 50 Unit Sahaja, Harga Mula RM192,800

    23/07/2026
    Auto Terkini

    OMODA 9 SHS P 2026 untuk UK, Varian Baharu Black Noble Lebih Eksklusif

    23/07/2026
    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.