Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Skuter Elektrik Honda Bakal Lancar di Indonesia, Harga Dijangka Mampu Milik
Auto Terkini

Skuter Elektrik Honda Bakal Lancar di Indonesia, Harga Dijangka Mampu Milik

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/04/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ASTRA Honda Motor (AHM) bakal melancarkan motosikal elektrik versi pemasangan tempatan (CKD) di Indonesia menjelang penggal kedua 2023.

Bagaimanapun, wakil pengeluar itu masih mengunci mulut mengenai model yang bakal diperkenalkan, termasuk perincian.

Menurut laporan, AHM masih melakukan kajian untuk menyediakan model elektrik yang dapat memenuhi keperluan pengguna Indonesia.

Naib Presiden Pengarah Eksekutif AHM, Thomas Wijaya berkata, pemerimaan motosikal dan skuter elektrik secara am memerlukan masa. Ini kerana mod pengangkutan itu masih berdepan beberapa cabaran mengenai aspek infrastruktur dan spesifikasi sesebuah motosikal elektrik.:

Ini berkaitan prestasi jarak tunggangan dan kelajuan (motosikal elektrik). Kondisi semasa motosikal elektrik adalah kebanyakan memiliki had jarak perbatuan (tunggangan) dan (batasan) infrastruktur.”

Thomas menegaskan cabaran besar bukan hanya aspek spesifikasi motosikal elektrik, tetapi penerimaan orang awam terhadap mobiliti EV. Ini kerana penduduk Indonesia ada keperluan berbeza dan AHM akan cuba memenuhi semua keperluan tersebut.

Selepas itu, pelanggan perlu terima dan sesuaikan diri. Ada kalangan yang menunggang jarak dekat, tetapi bagaimanakah pula mereka yang suka mengembara jarak jauh?”

Beliau juga tidak memberi sebarang petunjuk mengenai harga yang bakal ditetapkan untuk motosikal elektrik Honda. Namun, sesebuah produk itu perlu berharga mampu milik jika mahu diterima pengguna.

Kami masih mengkaji dan melihat secara menyeluruh. Bukan setakat faktor harga, tetapi semua perkara seperti keselamatan, infrastruktur dan lain-lain.”

AHM pernah menawarkan skuter emisi rendah, iaitu Honda PCX e: HEV Hybrid, tetapi ditamatkan pengeluaran.

Untuk hibrid, nampaknya masih memerlukan masa dan usaha kerana ada batasan ruang. Ini kerana ruang yang ada cukup sukar,” kata Thomas.

Menurutnya, teknologi hibrid penuh masih tidak dapat diaplikasi pada motosikal kerana saiz kompak. Sebenarnya, model skuter atau motosikal hibrid lain di Indonesia menggunakan unit motor sebagai bantuan memulakan pergerakan.

Hibrid yang hadir sementara dalam kebanyakan jenama berfungsi sebagai pecutan awal, jadi ia gerak lebih pantas. Tetapi ia tidak boleh jadi macam kereta (hibrid) yang menyimpan tenaga dan mengecas (bateri) sendiri, belum lagi.”

BACA >>> MForce Bakal Lancar Supermoped 150cc Akhir Tahun Ini!
BACA >>> Motosikal Elektrik Neo-Retro Leonart Rigger Dilancarkan, Harga RM26.3k!
BACA >>> Yamaha YZF-R25 Elektrik Boleh Imbang Sendiri Hampiri Pengeluaran

SUMBER: Kompas

Astra Honda Motor (AHM) Auto Terkini Honda Indonesia Mobiliti Elektrik motosikal elektrik roda2 skuter elektrik Thomas Wijaya
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.